Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kejam! Ibu Penagih Dadah, Anak-Anak Terbiar

credit: The Star

Seorang budak lelaki telah dijumpai tinggal di dalam gerai burger yang terbiar bersama ibunya yang sedang mengandung 7 bulan. Ibu budak tersebut dipercayai positif dadah.

Mereka dipercayai telah tinggal di gerai burger terbiar tu selama 2 bulan, di Balai Panjang. Mereka telah dijumpai oleh pihak The Star ketika mereka sedang melakukan siasatan di sana.

Budak malang tersebut datang dari keluarga yang miskin dan sekarang hanya tinggal dengan ibunya yang berumur 33 tahun kerana ayahnya telah ditangkap kerana kesalahan mencuri, 3 tahun yang lalu.

Highlighted

credit: The Star

Anak Terbiar!

Budak lelaki malang tersebut tidak lagi bersekolah dan mempunyai 4 lagi adik beradik yang tinggal di pusat kebajikan. Budak lelaki malang itu juga akan dibawa ke pusat kebajikan selepas ini.

Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) di Melaka juga telah mengenal pasti yang ibu budak malang tersebut adalah positif dadah.

Sejurus selepas itu, AADK terus membawa ibu budak tersebut yang juga mengandung 7 bulan, untuk dihantar ke pusat pemulihan.

credit: The Star

Ini Bukan Kes Pertama di Malaysia

Pada tahun 2017, 5 orang adik beradik dijumpai terbiar di dalam timbunan sampah sarap di Kelantan, mereka juga  tidak pernah ke sekolah, tidak berpakaian, makan minum tidak terurus, tinggal dalam timbunan sampah, lebih malang ibu seorang penagih dadah.

Itu nasib lima beradik di Kampung Bawah Lembah, Pintu Geng di sini yang serba-serbi diabaikan.

Keadaan tempat tinggal mereka kotor dan busuk, seperti bukan tempat yang sesuai untuk dipanggil kediaman manusia.

Namun langsung tiada riak sugul, murung, apatah lagi bersalah pada wanita yang dikenali dengan nama Faridah Yaakob yang dakwanya berasal dari Tawang, Bachok. Malah ada kalanya dia tersengih, merenung jauh mengelamun seperti berada dalam dunianya sendiri.

Pakaian, makan minum entah ke mana, mereka hanya menjamah buah jambu sebagai sarapan.

Yang boleh bersekolah, tidak dihantar ke sekolah dengan alasan yang tidak mahu didedahkan, namun difahamkan kerana tidak mahu pendidikan akademik.

credit: MaiTengok!

Menurut Faridah, kesemua anaknya yang katanya mempunyai surat beranak sudah tinggal bersamanya sejak enam tahun lepas.

Sehingga kini, sewa bulanan RM300 masih dibayar bekas suaminya. Malah bekas suaminya jugalah yang datang membawa makanan untuk anak-anak mereka ini setiap hari.

Dengan tubuh badan kotor, comot dan berkaki ayam, keadaan daif kanak-kanak itu mengundang satu persoalan:

Apakah nasib anak-anak ini jika terus dibiarkan begini?

Untuk mendapatkan barangan anak-anak secara online murah dan mudah, sila layari Motherhood.com.my.