Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kenapa Ibu Ini Tidak Mahukan Anaknya Berkongsi?

sharing

 

Jika anak kepada Alanya Kolberg tidak mahu berkongsi permainannya, bermakna ia tidak mahu, dan ibunya tidak akan mengajar anaknya untuk mengalah. Ibu dari Missouri ini sangat teguh dengan pendiriannya bahawa anaknya tidak perlu untuk berkongsi dan ia tidak mahu menjelaskan sebab pendiriannya selepas kejadian di taman itu.

Bagi  sesiapa yang melihatnya pendiriannya ternyata mengelirukan, Alanya menulis di Facebook, “Anak saya tidak perlu berkongsi dengan anda.” Dia menjelaskan apabila dia dan Carson berjalan di taman, datang sekumpulan lelaki menyuruhnya berkongsi permainanya. “Dia menarik dan mendakap permainannya di dada apabila mereka memintanya.” Carson memandang saya. “Anda boleh untuk berkata tidak, Carson.” Ujarnya.

Alanya meyakinkan anaknya bahaw dia tidak perlu berasa tertekan. Apabila kanak-kanak lain berlari mendapatkan ibubapanya untuk mengadu tentang Carson, Alanya memberitahu mereka bahawa dia telah menjawab soalannya dan jika dia mahu berkongsi, dia akan berbuat demikian. Walaupun respon tersebut membuat ibubapa lain memberi tanggapan buruk kepadanya, Alanya masih tenang dan dia mempunyai mesej untuk ibubapa tersebut — dan ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

“Adakah seseorang yang dewasa, yang tidak dikenali, ingin mencuba sandwich tersebut, dan tidak akan tersinggung jika saya menariknya? Tidak sama sekali.

Sementara anda memberi tanggapan buruk, menganggap saya dan anak saya biadap, namun siapa yang lebih biadap? Dia enggan memberikan permainannya kepada mereka, atau sekumpulan kanak-kanak tersebut inginkan sesuatu yang bukan milik mereka, walaupun tuannya sangat tidak selesa?

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Tujuannya adalah untuk mengajar anak-anak bagaimana untuk menjadi dewasa. Saya sangat mengenali sesetengah dewasa yang tidak mahu belajar untuk berkongsi sama seperti kanak-kanak. Saya mengenali mereka yang tidak tahu untuk katakan tidak, atau membina sempadan, atau bagaimana untuk menjaga diri. Termasuklah saya sendiri. . . .

Di masa akan datang apabila anak anda berlari pada anda, berasa sedih kerana kawannya tidak mahu berkongsi, ingatlah bahawa kita bukanlah hidup didunia ini untuk mengalah dan memberi apa sahaja yang anda ada kepada orang lain, dan saya tidak akan mengajar anak saya begitu kerana itulah hakikatnya.”

Artikel ini dipetik dari TeachingYourKidsShare