Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ibu tergamak tinggalkan bayi keseorangan dan kelaparan dalam bilik sewa, di Johor

bayi kelaparan di johor

Sumber: Google

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan seorang ibu yang tergamak meninggalkan bayinya seorang diri dan kelaparan. Kejadian berlaku di sebuah bilik sewa di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, Johor. Sehingga ke hari ini, tiada maklumat dapat dikenal pasti mengenai bayi lelaki itu.

BACA: Apa ibubapa boleh buat jika anak alami Breath-Holding Spells (BHS)?

Ibu mencari bilik sewa kononnya untuk keluarga

Mengikut maklumat, ibu bayi berkenaan mencari sebuah bilik sewa pada 5 Julai yang lalu. Ibunya bertanyakan kepada salah seorang kenalan yang juga penyelamat bayi itu, mengenai bilik untuk disewa. Menurut lelaki tersebut, wanita yang berusia 20-an itu bersetuju untuk menyewa bilik sewa di Taman Tampoi Indah pada hari yang sama dengan sewa bulanan RM250. Dia juga sudah berjanji akan membuat pembayaran apabila suaminya pulang daripada Kuala Lumpur.

Bayi ditemui berseorangan

Namun pada 8 Julai, apabila lelaki itu membuat tinjauan di bilik sewa berkenaan, dia mendapati seorang bayi lelaki ditinggalkan berseorangan. Bayi berkenaan kelihatan lemah dan dipercayai sedang kelaparan. Atas rasa tanggungjawab, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk menjaga bayi tersebut dengan harapan ibu atau bapanya pulang.

Kesihatan bayi makin merosot

Walau bagaimanapun, selepas beberapa hari menunggu wanita itu tetap tidak pulang menuntut bayinya. Melihat kesihatan bayi tersebut yang makin merosot, lelaki berkenaan membawanya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 12 Julai untuk mendapatkan rawatan. Nasib masih ada lelaki yang budiman macam ni!

Bayi malang itu dikatakan telah dirawat di HSI selama 5 hari sebelum Jabatan Kerja Sosial HSI merujuk JKM pada 16 Julai yang lalu.

Hasil siasatan mendapati bayi berkenaan ditemui di bilik sewa di Jalan Mawar 3, Taman Tampoi Indah, Johor. Namun sehingga ke hari ni, masih tiada maklumat tambahan mengenai bayi itu ataupun si ibu. Malah, bayi berkenaan yang dinamakan sebagai Eimir didapati tidak dilahirkan di mana-mana hospital awam di Johor.

Disahkan dijangkiti Gastrik

Malangnya nasib kamu Eimir. Menurut laporan MyMetro, Eimir masih diberi rawatan susulan di HSI berikutan masalah gastrik selepas ditinggalkan kelaparan. Pegawai kesihatan yang bertugas juga sudah membuat laporan polis dan seterusnya merujuk kepada pelindung kanak-kanak JKM bagi penempatan sementara.

Highlighted

Sumber: Google

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001. Berikutan tiada sebarang tuntutan, bayi itu ditempatkan di institusi perlindungan JKM mengikut Seksyen 18 Akta Kanak-Kanak 2001.

ujar pegawai Pelindung Kanak-kanak JKM Johor Bahru, Zaid Ikhwan Lim.

Bagaimana anda boleh membantu?

Jalankan tanggungjawab anda jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini dengan menghubungi JKM di talian 07-2232606.

Dapatkan barangan pelbagai produk bayi disini hari ini!