Pada hari ini, kami akan kongsikan resepi Salmon yang digemari oleh orang ramai. Sebelum kita mula memasak, mari kita lihat dulu khasiat, manfaat dan side dish apa yang sesuai dengan ikan Salmon ini.
Salmon merupakan ikan yang popular dengan kandungan nutriennya. Rasanya yang sedap dan berlemak pasti amat menyelerakan. Salmon boleh dimasak dengan pelbagai cara dan ada juga yang makan secara mentah seperti sushi.
Salmon mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat, antaranya adalah:
Manfaat Salmon
- Kaya dengan lemak Omega-3: Pelbagai kajian mendapati bahawa omega-3 membantu dalam mengurangkan keradangan dan risiko penyakit serta mengawal tekanan darah tinggi.
- Sumber protein: Bagi 100 gram salmon, ia mengandungi 22-25 gram protein.
- Sumber potassium: Potassium membantu untuk mengawal tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
- Mengandungi selenium: Selenium membantu mengekalkan kesihatan tulang, mengurangkan risiko kanser dan mengurangkan antibodi tiroid bagi orang yang mempunyai penyakit tiroid autoimun.
- Mengandungi antioksidan Astaxanthin: Membantu meningkatkan kesihatan kulit dan membuatkan anda kelihatan lebih muda.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung: Salmon dapat meningkatkan kandungan omega-3 dalam darah.
Salmon juga kaya dengan vitamin dan mineral seperti:
- Potassium
- Magnesium
- Omega-3
- Selenium
- Vitamin B1 (thiamin)
- Vitamin B2 (riboflavin)
- Vitamin B3 (niacin)
- Vitamin B5 (pantothenic acid)
- Vitamin B6
- Vitamin B9 (folic acid)
- Vitamin B12
Apa itu Perasa Cajun?
Untuk resepi ini, kita akan mengguna cajun seasoning. Ia berasal dari Louisiana, Cajun seasoning boleh digunakan untuk pelbagai cara masakkan. Diperbuat daripada rempah ratus yang biasa dalam masakan Cajun adalah paprika, cayenne dan serbuk bawang putih.
Selain itu, campuran ini tersedia untuk dibeli di pasaran terdekat anda, tetapi ianya lebih baik apabila anda boleh mencampurkannya dengan rempah segar anda sendiri.
Makan Bersama Sayur-Sayuran
Bagaimana mahu menikmati hidangan ini? Mesti la kita perlu tambah sayur-sayuran dan juga karbohidrat yang bersesuaian! Sayur-sayuran yang sesuai untuk makan bersama Salmon adalah kentang seperti mash potato, lobak merah, asparagus, tomato dan brokoli.
Mommy juga boleh makan bersama pasta kerana resepi ini menggunakan salmon bakar yang kering, senang untuk makan dengan pasta goreng.
Banyak juga maklumat yang diperolehi tentang resepi ini. Oleh itu, moga-moga resepi ini dapat membantu Mommy untuk lebih tahu tentang ikan Salmon dan khasiatnya.
Tidak lupa juga dengan info tentang perasa Cajun yang boleh dinikmati bersama protein lain seperti tauhu, ayam dan banyak lagi.
Selamat mencuba!
Ikan Salmon Bakar Cajun
Equipment
- Air Fryer
Ingredients
BAHAN-BAHAN A
- 3 keping ikan salmon
- 1 sudu makan lada hitam kisar
- 2 sudu makan rempah Cajun
- Garam secukup rasa
- 1 biji lemon
BAHAN-BAHAN B
- ½ biji salad lettuce (Dihiris kasar)
- ½ batang lobak merah (Dihiris halus)
- Tomato kecil
Instructions
- Pertama sekali, gaul rata lada hitam, rempah Cajun dan garam.
- Seterusnya, sapukan gaulan tadi pada seluruh permukaan ikan dan perahkan lemon ke atasnya.
- Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C sehingga lampu heater padam. Anggaran 3 minit.
- Masukkan ikan ke dalam Air Fryer dan masak selama 10 minit.
- Kemudian, terbalikkan ikan dan masak lagi 5 minit.
- Akhir sekali, susunkan bahan B di dalam pinggan hidangan bersama dengan ikan salmon bakar.
Mommy juga boleh melawat page Motherhood story untuk mendapatkan lebih banyak resepi menggunakan Air Fryer!