Ashlee Gadd, ibu dan blogger menerangkan ikatannya bersama anak kedua tanpa disedarinya.
4 Bulan
Saya menutup pintu garaj dan berjalan perlahan ke ruang tamu – usaha yang sia-sia – dia masih terjaga. Bunyi tangisannya menyentak saya: suami saya duduk di sofa.
“Saya dah cuba berikannya botol susu lebih dari sejuta kali” dia berkata.
Saya mengerling ke arah botol tersebut, membuat kiraan sendiri. Dua hari susu dada dipanaskan berkali-kali.
00:00
00:00
“Dia menunggu awak”
“Saya tahu. Awak boleh tapis susu itu,” Saya berkata perlahan.
Kami melepasi sesama sendiri diruang tamu dan menuju kea rah tangisan itu, saya melihat jam microwave untuk memastikan 4 auns sudah dipanaskan, bersama kepayahan yang hampir hilang.
9:47pm.
Saya membuka pintu bilik dan mengambilnya. Kami duduk dikerusi dan dia menyusu dengan gelojoh, memegang baju saya sepanjang masa.
8 Bulan
Saya berjalan ke ruang tamu bersama iPhone ditangan, bersedia untuk melihat e-mail semasa sarapan. Waktu itu, saya beranikan diri, tetapi ia terlalu lewat, saya melihat tompokan.
Dia bermula untuk bersifat hyper. Keupayaannya semsa dia merangkak kea rah kaki saya, bergerak ke arah mainannya seperti askar. Dia melihat saya dengan mata penuh harapan. Meletakkan tangannya dia kaki saya secara terdesak, seolah-olah dia tidak melihat saya untuk beberapa hari.
Saya mengambilnya dan meletakkannya dipangkuan. Dia menyandar dengan selesa.
Kali terakhir dia melihat saya adalah 14 minit yang lalu.
12 Bulan
Dia memaut saya dengan kuat apabila tetamu datang menerpa. Saya melepaskan pegangannya dan menciumnya, meyakinkannya yang saya tidak akan melepaskannya. Saya cuba untuk mengalih perhatiannya dengan belon yang berkilauan, tetapi dia terlalu panik untuk bermain.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Nenek cuba untuk mengambilnya: dia menjerit.
Ayah cuba untuk mengambilnya: dia menjerit.
Saya terlepas dari kejadian tersebut beberapa minit di dalam bilik air. Suami saya mengajaknya keluar bermain, dan saya menuju ke dapur dengan berhati-hati. Saya pergi ke pintu, amil burrito, dan akhirnya duduk bersama-sama rakan-rakan.
“Saya rasa saya selamat sekarang!” Saya bergurau.
Ayat yang kedua keluar dari mulut saya, dan diikuti dengan suara raungan. Saya melihat ke tingkap dan melihatnya, didakapan suami saya, memandang ke pintu.
Suami saya merenung saya melalui tingkap.
“Dia mendengar suara awak!”
Saya tidak boleh berbuat apa-apa, saya meletakkan burrito kembali ke pinggan. Saya membuka pintu, dan apabila saya mendukungnya, kukunya berada dilengan saya, dan kepalanya menyandar di dada saya.
Dia tersengih.
Anak pertama saya mempunyai kegemuruhan yang biasa, dan berakhir selepas beberapa minggu. Ianya indah, dan membolehkan saya keluar berehat kerana dia tidak mempunyai banyak karenah.
Tetapi ini? Anak kedua saya? Saya tidak menyangka ikatannya sebegini. Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini. Tangkapkan gambar saya memegang bayi semasa saya membasuh pinggan, menyediakan makanan, menaip e-mail, semasa ke tandas, dan apa sahaja. Tangkapkan gambar saya memberikannya kepada orang lain dan wajahnya akan berubah merah semasa menjerit. Tangkapkan gambar saya berjalan ke pintu semasa mukanya di tekup di karpet menangis seperti saya tidak kembali lagi. Tangkapkan gambar saya menyorok di sekitar rumah seperti ninja untuk hilang dari pandangannya semasa dia sedang leka bermain.
Apabila dia tidak berada di dakapan saya, bayi ini akan berada di kaki saya, memaut di kaki saya. Dia tidak berpuas hati selagi dia tidak berada di sebelah saya, di dakapan, di pangkuan saya, bernafas dalam udara yang saya. Dia adalah bayi Velcro; saya boleh mendengar rengekannya apabila dia diletakkan di pangkuan orang lain.
Bagaimana bayi sepertinya sangat menyayangi saya?
Sebaliknya, ikatan ini sangat menyeksakan. Diantara mengasuh sepanjang masa dan mendukungnya, saya rasakan keganjilan pada badan saya, seperti ia bukanlah milik saya lagi. Kami seperti kekurangan . . . apa yang digelar oleh pakar terapi? Oh ya, sempadan.
Dan saya juga berasakan bahawa saya akan menipu jika saya katakana ikatan ini tidak diperlukan yang saya rasakan sepanjang kehidupan.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Malu untuk mmengakuinya, tetapi saya merasakan satu kebanggaan apabila dia menangis setelah saya masa kebilik. Saat ini, saya rasakan pengorbanan dan kesucian apabila bergelar ibu,kekurangan ini menyentak saya. Siapa yang ambil peduli jika saya tidak pernah makan dengan aman? Siapa peduli jika saya memegang bayi saya semasa berada di tandas. Saya diperlukan! Dan saya bangga.
Saya melihat anak saya yang berusia 3.5 tahun yang sedang melambai, “Bye, mommy!” pada hari pertama persekolahan. Dia boleh berdikari dengan sendiri. Minggu lepas, dia memberitahu saya yang dia boleh pergi ke tandas sendiri,.
“Saya perlukan pwivasi!” dia menjerit.
Saya terkejut. Adakah ini akan berterusan?
Saya tidak tahu berapa lama frasa ini akan bertahan, tetapi kita semua tahu ia hanyalah sementara. Suatu hari nanti dia tidak akan menangis apabila saya keluar. Suatu hari nanti dia perlukan peneman seperti ayahnya, abangnya, atau teman wanitanya. Suatu hari nanti dia perlukan ruang, sementara saya akan terdesak inginkan masa bersamanya, berbual, berkongsi cerita. Kami menuju saat itu, seperti tren yang tidak akan berhenti.
Mungkin ini cuma latihan. Mungkin sekilas masa depan saya, dan dia melalui jalannya kearah jangkaan saya. Pada hari dia mendapat lesen memandu. Pada hari terakhir dia melangkah keluar dari kolej. Pada hari dia berkahwin. Pada satu saat nanti, mungkin saya yang akan menangis sambil menekup muka ke karpet.
Semuanya akan berputar kembali dalam lingkaran bulatan, dan Velcro akan kembali lagi.
Artikel ini dipetik dari PopSugar