Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak dari segi mental dan fizikal. Salah satu cara untuk memastikan kesihatan fizikal mereka terjamin ialah dengan melengkapkan vaksin dan imunisasi yang telah digariskan oleh kerajaan Malaysia.
Program Imunisasi Kebangsaan yang diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1950-an adalah perkhidmatan yang diberikan secara percuma untuk melindungi kanak-kanak daripada pelbagai jangkitan penyakit termasuk batuk kering (tuberculosis), hepatitis B, campak (measles), dan banyak lagi.
Program tersebut dirangka mengikut Program Perkembangan untuk Imunisasi yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau dikenali sebagai World Health Organisation (WHO). Melalui program oleh WHO ini, setiap negara dicadangkan untuk menawarkan imunisasi kepada enam jenis penyakit utama kanak-kanak.
Dua hingga tiga juta kematian daripada penyakit seperti influenza dan campak telah berjaya dicegah melalui program imunisasi menurut laporan dari WHO. Ini membuktikan vaksin adalah usaha yang berkesan dan perlu dipertimbangkan oleh setiap individu, terutamanya ibu bapa dengan anak-anak kecil.
Bagaimana Vaksin Berfungsi Untuk Kanak-Kanak
Secara terperinci, vaksin mengandungi antigen yang diformulasikan menggunakan sebahagian atau seluruh virus atau bakteria sama ada yang dilemahkan, dibunuh, atau tidak aktif. Ia kemudian digunakan untuk mendorong sistem imun badan manusia untuk meningkatkan imunisasi terhadap penyakit-penyakit tersebut.
Tubuh kanak-kanak menghasilkan sel dan antibodi secara semulajadi untuk melindungi diri daripada jangkitan virus dan bakteria. Mekanisma pertahanan ini boleh dipertingkatkan oleh antigen dalam vaksin untuk merangsang sistem imun untuk menghasilkan antibodi khusus terhadap penyakit tertentu.
Kanak-kanak perlu diberi vaksin atau imunisasi sejak bayi lagi kerana sistem imun mereka masih lemah berbanding dengan sistem imun orang dewasa. Vaksin dapat membantu menguatkan sistem imun mereka, justeru memberi perlindungan yang optimum daripada penyakit-penyakit yang sebelum ini mengancam nyawa ratusan dan ribuan orang.
Walaupun anak nampak sihat dan kuat sahaja, ibu bapa masih perlu memberi vaksin kepada mereka kerana penyakit-penyakit yang merbahaya ini boleh melanda sesiapa sahaja.
Ada sesetengah ibu bapa yang menuntut bahawa imuniti semulajadi adalah lebih baik daripada vaksin. Untuk meningkatkan imuniti secara semulajadi terhadap penyakit tertentu, seseorang kanak-kanak perlu dijangkiti oleh bakteria atau virus itu terlebih dahulu dan pulih sepenuhnya dari penyakit itu.
Walaupun ini boleh terjadi, tetapi anda akan meletakkan risiko yang tinggi pada anak sendiri yang boleh menyebabkan komplikasi dan mengancam nyawa. Vaksin sebenarnya menawarkan perlindungan yang sama baiknya sahaja dengan imuniti semulajadi. Tambahan pula, ia jauh lebih selamat!
Jadual Imunisasi Bayi di KKM
Berikut adalah jadual imunisasi bayi yang terkini diterbitkan oleh KKM. Jadual ini menunjukkan jenis vaksin dan peringkat umur bayi atau kanak-kanak vaksin tersebut perlu diberikan.
Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta bagi menambah suntikan vaksin pneumococcal ke dalam jadual imunisasi terkini. Suntikan ini akan diberikan kepada semua bayi yang lahir bermula Januari 2020 dengan tiga dos suntikan iaitu pada bulan ke empat, lapan, dan 15.
Vaksin perlu diberi mengikut jadual yang ditetapkan seperti yang ditunjukkan di atas. Maksudnya ibu bapa perlu mematuhi usia dimana vaksin tersebut perlu diberikan. Ini adalah kerana waktu-waktu tersebut dipilih untuk memberi “peringatan” kepada tubuh badan dan merangsang tubuh badan untuk menghasilkan perlindungan yang efektif.
Pastikan anak Ibu menerima semua dos vaksin dengan lengkap. Sesetengah vaksin perlu diberikan beberapa kali kerana dos pertama atau pertama dan kedua memberi perlindungan dalam tempoh terhad. Sebab itu dos tambahan atau booster diperlukan.
Imunisasi ini diberikan secara percuma kepada setiap rakyat Malaysia di semua Klinik Kerajaan. Klinik dan hospital swasta juga menyediakan perkhidmatan vaksin berbayar berserta vaksin-vaksin tambahan.
Senarai Vaksin Dan Keterangan Penyakit
[tabgroup layout=”horizontal”]
[tab title=”Vaksin”][/tab]
[tab title=” Keterangan”][/tab]
[columns_row width=”half”]
[column]BCG[/column]
[column]Penyakit batuk berterusan, kering, dan berdarah disebabkan oleh mycobacterium tuberculosis, iaitu bakteria pada paru-paru yang menyebabkan keradangan[/column]
[/columns_row]
[columns_row width=”half”]
[column]Hepatitis B[/column]
[column]Jangkitan virus hepatitis B menyebabkan keradangan dan kerosakan hati yang kronik[/column]
[/columns_row]
[columns_row width=”half”]
[column]DTap[/column]
[column]Kombinasi vaksin Difteria-tetanus-pertussis untuk:
– Difteria (batuk ayam): Jangkitan bakteria corynebacterium diphteria pada kerongkong tekak yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat
– Tetanus (kancing gigi): Keracunan bakteria clostridum tetani yang menyebabkan kekejangan otot badan
– Pertussis (batuk kokol): Jangkitan bakteria bordetella pertussis yang menyebabkan batuk berterusan sehingga sukar bernafas dan senang berjangkit[/column]
[/columns_row]
[columns_row width=”half”]
[column]Hib[/column]
[column]Jangkitan pada paru-paru (pneumonia) dan keradangan selaput otak (meningitis) yang disebabkan oleh bakteria Haemophilus influenza jenis B[/column]
[/columns_row]
[columns_row width=”half”]
[column]Polio (IPV)[/column]
[column]Poliovirus menyebabkan kecacatan kekal kepada otot iaitu kelumpuhan akibat jangkitan otak[/column]
[/columns_row]
[columns_row width=”half”]
[column]MMR[/column]
[column]Kombinasi Vaksin Measles-Mumps-Rubella untuk:
– Campak (Measles): Jangkitan kritikal virus Rubeola yang menyebabkan ruam dan demam dan boleh juga berlaku pada paru-paru dan otak
– Beguk (Mumps): Jangkitan virus yang menyebabkan bengkak di kelenjar parotid dan boleh merebak ke organ lain seperti testis dan otak
– Rubella: Penyakit jangkitan virus yang menyebabkan ruam merah yang membahayakan nyawa bayi sekiranya lahir daripada ibu yang terkena jangkitan rubella[/column]
[/columns_row]
[columns_row width=”half”]
[column]HPV[/column]
[column]Kanser yang disebabkan oleh Human papilloma virus (HPV) terutamanya jenis 16 dan 18[/column]
[/columns_row]
[columns_row width=”half”]
[column]JE[/column]
[column]Jangkitan virus Japanese encephalitis melalui gigitan nyamuk yang menyebabkan kerosakan pada otak[/column]
[/columns_row]
[columns_row width=”half”]
[column]Pneumococcal[/column]
[column]Jangkitan bacteria streptococcus pneumonia yang boleh merebak melalui titisan pernafasan[/column]
[/columns_row][/tabgroup]
Cara Mendaftar Untuk Program Imunisasi
Pada kebiasaannya, bayi akan diberikan imunisasi pertama BCG sejurus selepas lahir sebelum discaj dari hospital atau mana-mana premis dan fasiliti yang menyambut kelahiran, termasuk kelahiran di rumah.
Suntikan tersebut akan direkodkan dalam buku rekod imunisasi bayi. Jadi sebenarnya tiada pendaftaran formal yang perlu dilakukan. Buku tersebut kemudian boleh dibawa ke mana-mana Klinik Kesihatan untuk mendapatkan imunisasi selanjutnya seperti yang tertera didalam buku rekod imunisasi tersebut.
Bayi yang dilahirkan di hospital swasta pula selalunya ada buku rekod imunisasi yang dikeluarkan oleh hospital swasta tersebut berserta logonya.
Apabila kebanyakan individu telah dilindungi dari jangkitan sesuatu penyakit disebabkan pengambilan vaksin, bakteria atau virus penyakit tersebut susah untuk berjangkit. Oleh itu, seluruh masyarakat akan terlindung dari jangkitan penyakit tersebut, dan ini dinamakan ‘imuniti kelompok’.
Imuniti kelompok hanya boleh dicapai dengan liputan imunisasi yang tinggi, sekurang-kurangnya 80%. Ia berupaya melindungi individu yang tiada perlindungan imunisasi disebabkan keadaan kesihatan tertentu seperti kanser.
Maka, imunisasi bukan sahaja melindungi individu, tetapi ia turut melindungi seluruh keluarga, masyarakat, dan negara. Sebagai ahli masyarakat, kita bertanggungjawab untuk melindungi sesama sendiri.