Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Alamak, Ibu Hamil Tak Boleh Pakai Inai Ke? Baca Penjelasan Doktor

Sudah menjadi adat orang melayu memakai inai sewaktu majlis perkahwinan atau apabila ada sebarang perayaan. Selalu pengantin dan bridesmaid akan pakai sekali.

Tapi zaman sekarang pun, ramai para wanita memakainya suka-suka seperti trend untuk mendapatkan kuku yang lebih cantik dan sebagai penggayaan harian.

Sebelum itu, mari kita lihat dahulu ada apa dalam inai ni sebenarnya dan perbezaan di antara inai serbuk dan juga inai instant yang sering dijual di pasaran sekarang.

Inai Betul vs Inai Tipu

Highlighted


Secara amnya, inai ialah pewarna yang diperbuat daripada pokok inai atau dalam bahasa saintifiknya, Lawsonia inermis. Ia juga dikenali sebagai pokok mignotte dan privet Mesir yang juga merupakan satu-satunya spesies Lawsonia. 

Untuk membezakan sama ada inai tersebut adalah inai asli atau inai tiruan (inai tipu) berikut merupakan ciri-ciri yang Mommy boleh check dahulu sebelum membeli:

#1 Bau seperti bahan kimia
Ini perbezaan yang paling ketara untuk Mommy lihat. Mommy boleh bezakan produk semula jadi, atau apa yang diperbuat daripada bahan kimia.

Selalunya, inai tidak berbau, tetapi, ada juga sesetengah inai mempunyai bau seperti parafin. Manakala, inai serbuk pula mempunyai bau seperti tanah.

#2 Kandungan bahan berbeza
Kebanyakan orang tidak menyemak bahan-bahan produk sebelum membelinya. Cara terbaik untuk menyemak sama ada ia adalah inai palsu atau asli adalah dengan melihat bahan-bahannya.

Jika daun Lawsonia inermis bukan salah satu bahannya, Mommy tidak mungkin mendapat inai yang Mommy impikan.

#3 Pakai sedikit untuk pastikan Mommy tidak alergik 
Untuk check kualiti inai, Mommy harus lakukan patch test terlebih dahulu. Sapukan inai pada kulit dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit.

Jika kulit Mommy menunjuk reaksi, ia semestinya bukan inai asli atau Mommy alergik terhadap inai.

#4 Inai tiruan mempunyai warna perang kemerahan/gelap
Inai asli, diperbuat daripada daun inai dan hanya mempunyai satu warna iaitu coklat kemerahan. Apabila dipakai, ia akan lekat pada kulit selama 4-6 hari.

Jika inai bukan asli ia mempunyai warna kemerahan yang lebih gelap.

Inai memang seronok untuk dipakai bersama-sama keluarga. Tapi, pastikan Mommy sentiasa periksa dahulu keaslian inai tersebut ya. 

Info tambahan untuk Mommy yang sedang hamil, please take note ya! 

Sebenarnya, ibu hamil tidak digalakkan untuk memakai inai atas beberapa sebab. Namun, ia tidak memudaratkan kesihatan Mommy ataupun janin Mommy. Cumanya ia akan mengganggu ibu hamil ketika anda melakukan pemeriksaan kesihatan kelak.

Menerusi penjelasan daripada Dr Irma Izzati tentang pemakaian inai buat ibu hamil, ia sebenarnya mungkin akan mengganggu Mommy semasa pemeriksaan kesihatan nanti.

Jom baca dengan lebih lanjut.

Inai Untuk Ibu Hamil dan Pemeriksaan Kesihatan 

Antara masalah yang dikemukakan adalah apabila ibu hamil memakai inai ialah ia boleh mengganggu petugas kesihatan semasa melakukan pemeriksaan pada ibu mengandung.

Contohnya, dalam situasi yang biasa dialami oleh ibu mengandung adalah kekurangan oksigen (Peripheral Cynosis) yang akan menyebabkan hujung jari dan kuku berubah menjadi kebiruan. 

Selalunya, keadaan ini disebabkan oleh tahap oksigen rendah dalam darah, secara klinikal, ia dikenali sebagai hipoksia. Ini berlaku apabila tidak cukup oksigen bergerak dari paru-paru ke darah. Pakaian atau barang kemas yang ketat juga boleh menyebabkan sianosis periferi.

Kemudian, Dr Irma tambah lagi, sewaktu doktor dan petugas ingin memeriksa tahap anemia dan oksigen, mereka akan menekan kuku dengan kuat untuk melihat tahap darah merah pada Mommy dan ini boleh melambatkan proses pemeriksaan kesihatan Mommy semasa hamil.

Mujur ada perkongsian daripada Dr Irma. Kalau tak, Mommy-Mommy baru dah nak inai kan tangan mereka. Memang tiada salah dan tidak memudaratkan kesihatan, tetapi buat mereka yang sedang hamil, mereka akan sering pergi membuat pemeriksaan kesihatan.

Jadi, adalah lebih baik untuk Mommy fikirkan dahulu isu-isu yang mungkin timbul jika Mommy memakai inai seperti yang dikongsikan Dr Irma di atas. 

Kalau Mommy nak tengok video post Dr Irma boleh klik pada pautan di bawah.

@drirmaizzati

Replying to @jimingyuhanihae mengandung tak boleh pakai inai? Inai dari @inainunha_hq #tiktokdoc #doktortiktok #learnontiktok #tiktokguru

♬ original sound – dr irma – dr irma

Kredit: Dr Irma Izzati