Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Awas Dengan Influenza A: Irma Hasmie Ceritakan Saat Gentar Sewaktu Anaknya Menghidap Influenza A

Kredit gambar: Instagram Irma Hasmie

Sejak kebelakangan ini, ramai orang menunjukkan simptom batuk, demam dan macam-macam lagi. Terdapat pelbagai virus dan bakteria yang berleluasa. Sebab itulah kita harus berhati-hati dan menjaga kebersihan sentiasa di mana jua kita berada.

Tambahan pula, selepas sakit, tak semestinya kita terus sihat sepenuhnya. Ada juga sakit yang menyebabkan kesakitan lain dan berterusan atau mengambil mass untuk pulih. Jadi, jagalah kesihatan Mommy dan seisi keluarga sentiasa, makan makanan yang seimbang, dan aktif bergerak.

Berikut merupakan kisah anak selebriti dan bekas pelakon, Irma Hasmie mengenai anaknya yang dijangkiti virus Influenza A dan bagaimana ia mengambil masa yang lama untuk anaknya pulih sepenuhnya.

Makan Ubat Pun Demam Tak Turun

Bismillahi Mashaallah.

Mulanya, Irfhan sesak nafas tengah pagi (jam 3 AM ke 4 AM kejar ke klinik 24 jam ambil nebulizer) 2 kali neb back to back sebab pertama kali neb tu masih tidak jelas lagi. Waktu tu takde demam lagi, esoknya badan dia mula panas, macam biasa bila kita pantau suhu naik tinggi mesti akan bagi dia paracetamol.

Highlighted

Kredit gambar: Instagram Irma Hasmie

Tapi panas juga, tak turun demamnya. Saya dah mula risau la. Macam tak jadi apa je walaupun makan paracetamol tu setiap 4 hingga 6 jam la lebih kurang. Selepas itu, dia dah tak aktif, mengadu sakit kepala sangat, letih melepek je.

Saya bawa pergi klinik lagi, doktor beri antibiotik pula. Masuk hari ke-3 masih demam, muntah-muntah, tambah pelik lagi padahal dah makan antibiotik kan. Dia memang dah lesu teruk la. Sampai tahap minum air kosong pun muntah juga. Apa lagi ubat. Pukul 12 AM kejar pergi hospital. Pergi dekat kecemasan, masa ni Irfhan nak berdiri pun tak boleh, kaki dia lembik. Admitted. Di ruang kecemasan tu dah masuk Drip, amik darah. 3 syringe. Amik neb lagi. X-ray dada.

Kredit gambar: Instagram Irma Hasmie

Dijangkiti Influenza A

Dah la tak tahu lagi sakit apa la anak saya ni kan. Memang la hati ni tak keruan. Gitu gini Gitu gini dah nak subuh. Nurse datang nak maklum Irfhan menghidap Influenza A.

“Allahu. Terkejut.”

Jujur, tak terfikir langsung virus ni. Saya rasa memang agak sukar nak kenal pasti bila anak terkena demam yang dijangkiti virus Influenza A. Tapi dalam masa sama, syukur sebab dah tahu sakit apa, dapat rawatan cepat-cepat, Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Kredit gambar: Instagram Irma Hasmie

Elak dari berlakunya komplikasi serius penyakit Influenza tu yang boleh ragut nyawa kalau lambat rawat, nauzubillah. Jadi yang membaca ni, boleh elak lebih baik elak dari terkena virus ni. Cari cara cara pencegahan ok. Bila dah dijangkiti memang susah jaga. Tempoh jangkitan selalunya ambil masa 7 hingga 21 hari untuk sembuh. Tengok gambar ubat-ubat kena makan dan kena lengkapkan, ubat tu ada yang sampai 14 hari ye. 3 hari juga Irfhan kat hospital.

Sekarang ni macam-macam ‘penyakit’ yang merisaukan ye. Yang pasti, mak ayah kena hati-hati, virus ni merupakan sebahagian daripada influenza bermusim dan sangat mudah berjangkit. Kita doa banyak-banyak untuk anak-anak keturunan kita. Hasbunallah wa ni’mal wakil ni’mal maula wa ni’mal nashir.

Kini anaknya kembali sihat selepas dirawat di hospital (Kredit gambar: Instagram Irma Hasmie)

Untuk baca dengan lebih lanjut tentang post Irma Hasmie, Mommy boleh klik di sini.

Mak mana yang dapat menyangka ada antara ahli keluarga akan diduga dengan penyakit-penyakit seperti ini hinggalah orang terdekat dan orang tersayang kita melaluinya bukan?

Buat Mommy yang masih tidak tahu mengenai virus Influenza A, berikut merupakan beberapa maklumat penting yang Mommy kena take note.

Apa Sebenarnya Influenza A?

Influenza ataupun juga dikenali sebagai selesema jangkitan virus yang berjangkit dan menyerang sistem pernafasan kita.

Virus influenza mempunyai tiga kumpulan iaitu A, B, dan C. Jangkitan Influenza A boleh menjadi lebih teruk daripada biasa. Gejala Influenza A boleh dikelirukan dengan penyakit lain tau Mommy. Beberapa kes yang lebih ringan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa simptom yang memudaratkan, tetapi kes yang teruk boleh mengancam nyawa.

Simptom Influenza 

Mari kita lihat apa tanda-tanda jangkitan yang Mommy harus aware. Tanda-tanda biasa jangkitan influenza termasuklah:

  • Demam tiba-tiba
  • Batuk kering
  • Sakit kepala
  • Sakit otot dan sendi
  • Rasa tidak sihat
  • Sakit tekak
  • Hidung berair

Tetapi penyakit ini boleh sembuh dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, jika gejala berterusan selama lebih daripada seminggu tanpa sebarang keadaan yang lebih baik seperti adik Irfhan, Mommy harus segera bawa anak Mommy mendapatkan rawatan dengan segera.

Risiko Dijangkiti Influenza A

Orang yang berisiko tinggi ialah pada orang mempunyai sistem imun yang lemah seperti kanak-kanak dan orang yang berumur. Mereka harus mendapatkan rawatan segera jika dijangkiti. Jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan:

  • Jangkitan telinga
  • Cirit-birit
  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Pening
  • Sakit perut
  • Sakit dada
  • Serangan asma
  • Pneumonia
  • Bronkitis
  • Masalah jantung

Selain daripada ia boleh menyebabkan keradang paru-paru, jangkitan influenza diketahui boleh menyebabkan komplikasi neurologi pada kanak-kanak seperti sawan dan keadaan mental berubah. Untuk pengetahuan Mommy, senario yang paling teruk ialah Acute Necrotizing Encephalopathy (ANEC) dan jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Rawatan 

Dalam sesetengah kes, Influenza A boleh hilang sendiri dengan rehat secukupnya dan pengambilan ubat yang disyorkan. Dalam kes lain, doktor mungkin akan memberi ubat antivirus untuk melawan jangkitan.

Ubat antivirus biasa termasuk:

  • zanamivir (Relenza)
  • oseltamivir (Tamiflu)
  • peramivir (Rapivab)

Ubat-ubatan ini mengurangkan virus merebak dari sel ke sel, melambatkan proses jangkitan. Walaupun ubat-ubatan ini berkesan, tetapi ingat Mommy! Ia akan memberi kesan sampingan seperti loya dan muntah. Jika anak Mommy mula mengalami mana-mana simptom ini atau ia menjadi lebih teruk, stop serta merta dan segera bawa mereka untuk mendapatkan rawatan pakar.

Jika Mommy mahukan info lanjut, boleh baca di Motherhood MY.

Kredit: Instagram Irma Hasmie