Si manja yang berumur kurang dari setahun secara semula jadinya menggunakan deria untuk meneroka persekitaran mereka menerusi rasa, bau, penglihatan, bunyi dan juga sentuhan. Namun, apa yang mak ayah perlu tahu adalah deria dalaman seperti keseimbangan, kedudukan dan pergerakan boleh diajarkan kepada si manja khususnya yang belum mencecah umur setahun.
Mak ayah boleh perkenalkan aktiviti ‘messy play’! Sangat fun, entertaining dan berbeza dengan alat permainan kerana ia menyokong proses tumbesaran si manja.
‘Messy play’ membolehkan si manja memahami jenis-jenis deria yang dimiliki selain menyokong pemahaman tentang dunia ‘baru’ serta persekitarannya. Ia memupuk rasa ingin tahu, mempertingkatkan daya imaginasi dan meneroka serta bereksperimen dengan pelbagai tekstur, bentuk dan permukaan.
Kebanyakan ‘messy play’ yang ditunjukkan menerusi online video atau buku menggunakan bahan-bahan yang sensitif dan tidak sesuai untuk si manja seperti kapur, pasir dan cat pewarna. Min tak nafikan, mungkin ada mak ayah yang risau jika perlu membeli bahan-bahan ‘messy play’ ini kerana bahan-bahan ini tidak sesuai untuk si manja.
Nasib baik Min ternampak video viral di TikTok baru-baru ini berkenaan dengan ‘messy play’ oleh pemilik akaun TikTok @MamaShee. Pemilik akaun ini bernama Siti Shairah atau lebih mesra dengan panggilan MamaShee memaparkan beberapa video ‘messy play’ bersama anaknya bernama baby Hana (kini berusia 10 bulan).
Menariknya, video MamaShee memaparkan aktiviti ‘messy play’ yang jauh berbeza dan lebih selamat untuk si manja.
Menerusi perkongsian video oleh MamaShee, ‘messy play’ untuk si manja boleh diperbuat dengan menggunakan makanan yang sedia ada di rumah.
Aktiviti #1: ‘Free-colouring’
Dengan hanya menggunakan pewarna makanan dan yogurt natural, MamaShee menunjukkan cara-cara untuk menyediakan ‘free-colouring’ sebagai aktiviti ‘messy play’ untuk si manja.
Aktiviti ‘free colouring’ ini dapat meningkatkan sensory skills, cognitive development, improves fine motor skills, meningkatkan daya kreativiti dan juga language skills si manja.
Nah, nie activity paling Hana suka. Benda comot-sepah. And we called it “MessyPlay”
Paling menarik? Biarkan si manja untuk bermain dengan pewarna yang telah disediakan secara freestyle. Memandangkan ‘messy play’ ini diperbuat menggunakan bahan makanan dan selamat, mak ayah tak perlu risau sekiranya ia termasuk dalam mulut si manja, terkena kulit dan kelihatan comot.
Mak ayah juga tak perlu pening kepala kerana ia sangat mudah untuk dibersihkan selepas si manja bermain dengannya. Jangan lupa untuk bentangkan beberapa helaian kertas lebar di atas lantai sebelum memberikan si manja cat pewarna ‘messy play’ ini ya.
Aktiviti #2: Spageti!
Selain daripada aktiviti ‘free-colouring’ untuk ‘messy play’, satu lagi perkongsian video menyeronokkan oleh MamaShee adalah dengan memberikan baby Hana satu paket spageti yang telah dimasak dan membiarkan dia bermain dengannya. Best kan?
Aktiviti ini lebih mudah kerana pewarna makanan tidak diperlukan berbanding dengan video sebelumnya. Mak ayah hanya perlu rebuskan satu paket spageti, sejukkan ia terlebih dahulu dan siap! Boleh terus berikan kepada si manja.
Aktiviti ini pula dapat meningkatkan creative dan fantasy play, emotions’ regulations, improves fine motor skills, membolehkan si manja untuk mengekspresikan kreativiti serta sokongan cognitive development.
Hana seronok sangat, bagai helicopter semua nyaa
Mak ayah juga perlu melibatkan diri dengan aktiviti ‘messy play’ ini bersama dengan si manja di rumah untuk menjalin hubungan kekeluargaan selain menjadikan ia sesi pembelajaran yang menyeronokkan seisi keluarga.
Selain daripada aktiviti di atas, anda juga boleh mencuba aktiviti-aktiviti ‘messy play’ yang lain seperti dalam artikel ini.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!