Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Siapa kata wanita lemah? Jacinda Ardern buktikan pemerkasaan Wanita

pm new zealand jacinda

Untuk baca edisi Inggeris, klik sini.

Siapa kata wanita lemah? Sekarang dah ramai ikon wanita telah berjaya membuktikan yang wanita juga boleh melakukan pelbagai perkara dalam satu masa. Antaranya ialah Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Tahniah juga diucapkan kepada Jacinda Ardern dan pasangan diatas kelahiran anak perempuan sulung mereka! Menurut the Guardian News, Ardern merupakan Perdana Menteri Wanita yang kedua melahirkan anak ketika masih menjawat jawatan tersebut, selepas Benazir Bhutto.

 

Highlighted


Sumber: Instagram @jacindaardern

Jacinda Ardern menjadi perbualan hangat diseluruh dunia apabila beliau mengumumkan kehamilannya beberapa bulan selepas pemimpin Parti Buruh itu menang pada tahun 2017.

Beliau menerima pelbagai komen dan kritikan sepanjang tempoh kehamilannya. Tanpa ragu, Ardern telah menunjukkan kuasanya sebagai wanita yang bekerjaya, dan juga seorang ibu dengan menepis segala tohmahan terhadap seorang wanita.

Perdana Menteri wanita, muda dan kini seorang ibu!

WOW! Beliau baru berumur 37 tahun dan telah berjaya membuktikan segala stigma masyarakat terhadap wanita adalah salah. Malah, pada tahun 2017, Ardern sendiri dengan tegasnya menunjukkan beliau tidak setuju dengan pandangan sesetengah orang terhadap kaum wanita.

Semasa temubualnya dalam rancangan The AM Show, Ardern menjawab soalan pengacara tersebut dengan pedas apabila topik mengenai wanita dan kehamilan menjadi satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam melantik seorang pekerja wanita.

“I elected to talk about it, it was my choice … but for other women it is totally unacceptable in 2017 to say a woman should have to answer that question in the workplace. It is a woman’s decision about when they choose to have children. It should not predetermine whether they should have a job or be given job opportunities.” – Jacinda Ardern.

Berita kelahiran anak sulung Perdana Menteri New Zealand itu menjadi semakin hangat diperkatakan apabila pasangannya, Clarke Gayford, memilih untuk menjaga anak mereka sepenuh masa.

Ardern akan mengambil cuti bersalin selama lebih kurang enam minggu. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Winston Peters akan memangku tugas sebagai Perdana Menteri.

Segala stigma terhadap wanita perlu dihapuskan!

Jacinda Ardern telah membuktikan kepada seluruh dunia bahawa wanita boleh multitasking. Tak kira lah apa jawatan yang dipegang seorang wanita, kehidupan seorang wanita bekerjaya untuk menjadi seorang ibu bukanlah satu halangan.

Rakyat New Zealand juga menerima berita ini dengan penuh positif. Mereka menganggap ini merupakan satu evolusi positif dan baik untuk generasi masa kini.

Jadi untuk kaum lelaki diluar sana, sudah-sudahlah memandang rendah terhadap wanita ye 😉

Dapatkan barangan bayi istimewa disini.