Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Panduan Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan Yang Boleh Diberikan Pada Si Manja

Foto Kredit: Adobe Stock

Terasa teruja sekali apabila anak dah nak masuk 6 bulan. Kalau ikutkan hati, Mama mesti akan mula mencari pelbagai info mengenai jadual pemakanan bayi 6 bulan bukan?

Namun hampir semua info yang terdapat di internet sarat dengan nasihat untuk memulakan makanan pertama bayi 6 bulan dengan puri buah atau sayur-sayuran.

Sebenarnya mengikut pakar, puri sahaja tidak cukup untuk menampung keperluan nutrisi bayi. 

Makanan Apakah Yang Mesti Diberi Pada Bayi 6 Bulan?

Berdasarkan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mama boleh mulakan makanan pelengkap si manja pada usia 6 bulan mengikut kesesuain keadaan usus dan sistem pencernaannya yang telah matang bagi bayi normal. 

Makanan yang Mesti Ada untuk Bayi 6 Bulan:

  • Bubur Nasi – sumber karbohidrat yang memberi tenaga.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan – sumber vitamin dan mineral.
  • Protein seperti daging dan ikan – membina otot tubuh.
  • Minyak seperti minyak zaitun – memberi tenaga dan melincirkan tekstur makanan.

Portion yang Betul bagi Bayi 6 Bulan

Highlighted


Mama harus ingat bahawa hidangan makanan utama perlu mempunyai sama ada bubur nasi, sayur atau buah, minyak, ikan atau daging.

Ini adalah untuk memastikan makanan yang diambil untuk bayi 6 bulan Mama lengkap dengan nutrisi yang diperlukan demi perkembangan mereka dari segi fizikal dan mental. 

Jadual Pemakanan yang Senang Difahami & Boleh Diikuti oleh Ibu Bapa

Berikut merupakan antara cadangan jadual pemakanan bayi 6 bulan yang sebagai panduan Mama dan Papa.

Foto Kredit: Pinterest

Jangan risau, jadual pemakanan ini boleh ditukar mengikut kesenangan dan kesesuaian situasi anda. 

Sebenarnya ia akan jadi lebih mudah dengan adanya jadual pemakanan untuk bayi yang boleh diikut supaya dapat mengelakkan masa pemberian makanan kepada bayi yang tidak menentu.

Kekerapan pemberian makanan mengikut umur mengikut cadangan KKM:

1. Makanan pelengkap harus diberi berdasarkan kekerapan mengikut umur seperti berikut:

  •  6 – 8 bulan: 2 – 3 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat
  •  9 – 11 bulan: 3 – 4 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat
  •  1 – 3 tahun: 4 – 5 kali sehari dengan 1 – 2 kali snek berkhasiat

2. Tambah kekerapan waktu makan sekiranya jumlah makanan yang diambil adalah kurang atau makanan yang disediakan adalah cair (kepadatan tenaga rendah).

Bila dah tahu beberapa kerap harus anak kita kena makan, barulah senang untuk merancang resepi makanan bayi 6 bulan kita.

Resepi & Cara Penyediaan yang Betul

Foto Kredit: Adobe Stock

Anda tidak perlu menjadi ‘master chef’ pun di dapur untuk menyediakan makanan bayi anda sendiri.

Walaupun mudah dan menyenangkan, makanan komersial untuk bayi yang banyak dijual di kedai mungkin akan kehilangan vitamin dan nutrien semasa pemprosesan, serta “rasa lazat” yang dapat membuat bayi anda teruja untuk mencuba makanan dan kombinasi baru.

Beberapa perkara yang perlu anda ingat sebelum menyediakan makanan bayi:

  • Bayi yang masih baru nak makan hanya memerlukan kira-kira 1 hingga 2 sudu makan. Jadi pastikan bahagian makanannya kecil sahaja.
  • Berwaspada terhadap alahan atau alergik yang dialami bayi, terutamanya semasa memberi makan anak anda yang mengandungi alergen. Alergen biasanya termasuk telur, kacang tanah, gandum, soya, ikan, dan kerang.
  • Bukti terbaru menunjukkan tidak ada faedahnya menunda memperkenalkan makanan ini kepada bayi melebihi 6 bulan atau memperkenalkan makanan dalam urutan tertentu.
  • Yang paling penting, jangan lupa untuk berseronok semasa menyediakannya!

Resepi ‘simple’ yang disediakan ini adalah mudah, pantas, murah, dan jauh lebih berkhasiat daripada makanan bayi di kedai.

Puri Kacang Pis

Resepi daripada Madeformums

Kacang pis adalah makanan yang kecil tetapi kaya dengan vitamin A dan C, zat besi, protein, dan kalsium.

Sekiranya kulit kacang pis membuat teksturnya menjadi kurang menarik bagi anak anda, pastikan anda meregangkannya agar menjadi sehalus mungkin.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan kacang pis beku.
  • ½ cawan susu ibu.

Cara penyediaan:

  1. Letakkan pengukus ke dalam periuk dan isi dengan air tepat di bawah bahagian bawah pengukus. Didihkan air dan kemudian masukkan kacang pis. Tutup  dan kukus hingga kacang pis menjadi lembut dalam 15 minit.
  2. Masukkan kacang pis yang telah dikukus dan susu ibu ke dalam pengisar atau mesin pemproses makanan. 
  3. Kisar bahan-bahan sehingga menjadi halus dan berkrim. Jangan lupa untuk masukkan sedikit demi sedikit ya Mama. Ini adalah untuk mengelakkan daripada kacang pis tidak dikisar dan menjadi gumpalan.
  4. Tuangkan bahan kisar kacang pis tersebut ke dalam dulang kiub ais, tutup dengan plastik dan bekukan – sekurang-kurangnya dalam 2 hingga 3 jam.
  5. Pindahkan kiub beku ke dalam beg plastik yang boleh ditutup semula dan simpan di dalam peti sejuk beku.
  6. Mama hanya harus panaskan kiub tersebut di dalam ketuhar selama kira-kira 30 saat sehingga suam dan kacau sebati.

Bijirin Beras Perang

Resepi daripada Madeformums

Bijirin beras adalah salah satu makanan yang sering diperkenal sebagai makanan bayi 6 bulan kerana sifatnya yang kurang alergenik dan mudah dicerna.

Dengan mencampurkan bijirin beras dengan tekstur yang agak lembut dapat membantu bayi anda membuat peralihan diet dan jadual pemakanan bayi 6 bulan anda dari cair ke makanan yang lebih pekat.

Proses yang sama ini juga boleh digunakan untuk oat yang sangat berkhasiat untuk si manja.

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan beras perang.
  • 4 cawan air.

Cara penyediaan:

  1. Masukkan beras perang yang belum dimasak ke dalam mesin memproses makanan dan kisar sehingga ia menjadi serbuk halus.
  2. Masukkan beras perang yang telah dikisar dan 4 cawan air ke dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
  3. Kemudian, perlahankan api dan tutup bahan tersebut selama lebih kurang 20 minit agar ia masak dengan sempurna. Jangan lupa untuk periksa konsistensi bijirin beras perang dan Mama boleh tambahkan air jika mahukannya menjadi lebih lembut.
  4. Apabila bijirin mencapai konsistensi yang paling sesuai untuk usia bayi Mama, tuangkan ke dalam cawan penyimpanan dan beku atau sejukkan.

Yang bestnya menu ini ialah anda boleh biarkan ia di dalam peti sejuk selama 3 hari atau di bahagian sejuk beku selama 30 hari.

Mudahlah kalau Mama sediakan dalam kuantiti yang banyak terus bukan?

Stew Daging Lembu

Resepi daripada Madeformums

Stew ini penuh dengan zat besi kerana bahan utamanya adalah daging lembu. Resepi ini memerlukan sedikit masa ketika penyediaannya berbanding resepi makanan bayi yang lain, tetapi rumah anda akan berbau luar biasa sampai anda sendiri pun teringin!

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging lembu panggang tanpa tulang, dipotong kiub 1/2 inci.
  • 2 sudu teh minyak zaitun.
  • 1/4 bawang kecil, dicincang.
  • 1 lobak merah, dikupas dan dicincang menjadi kepingan 2 inci.
  • 1 biji kentang sederhana, dikupas dan dipotong menjadi kiub 1 inci.
  • 1 cawan air.

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk  di atas api yang sederhana/tinggi.
  2. Masukkan potongan daging lembu dan rebus selama 2-3 minit sehingga setiap sisi daging berubah warna menjadi keperangan.
  3. Masukkan bawang, lobak, kentang dan air.
  4. Kacau bahan dan didihkan.
  5. Perlahankan api, tutup dan masak selama 1 jam 15 minit atau sehingga daging dan sayur-sayuran menjadi lembut.
  6. Purikan dalam pemproses makanan sehingga tekstur menjadi lembut.

Mudah sahajakan sebenarnya menu dan jadual pemakanan untuk bayi 6 bulan anda?

Jangan risau, mulakan dengan resepi yang mudah dahulu asalkan berasas dengan sumber nutrisi yang bagus untuk bayi anda. 

Semoga bermanfaat dan jom mulakan cara ini dengan segera untuk bayi anda.