Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Laluan ke Arah Pemulihan – Jagaan Selepas Dijangkiti COVID-19

sunway velocity medical centre malaysia

Bagi pesakit yang telah pulih dari COVID-19, ia mungkin kelihatan seolah-olah kesan terburuk akibat virus itu telah berlalu – namun adalah satu langkah bijak bagi mereka untuk mengekalkan tahap jagaan dengan cara yang betul dan mengamalkan satu gaya hidup yang sihat untuk menguatkan imuniti mereka dan mencegah sebarang komplikasi kesihatan lanjutan yang mungkin timbul.

Bergantung kepada betapa teruknya keadaan mereka, bukan semua pesakit akan memerlukan hospitalisasi.

Dalam kes di mana mereka perlu dimasukkan ke hospital, discaj mereka adalah atas budi bicara doktor terbabit dan mereka hanya boleh dibebaskan dari hospital jika ia telah melepasi masa sekurang-kurangnya 10 hari sejak simptom mereka mula muncul, dan 24 jam telah berlalu sejak demam terakhir mereka pulih secara semulajadi atau melalui penggunaan pengubatan mengurangkan demam.

Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa, Pakar Perunding dan Doktor Respiratori, Tidur & Pengubatan Dalaman dari Sunway Medical Centre Velocity (SMCV).

Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa, Pakar Perunding dan Doktor Respiratori, Tidur & Pengubatan Dalaman dari Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) berkongsi bahawa pesakit adalah dinasihatkan supaya kembali semula ke hospital untuk mendapatkan penilaian dua hingga tiga minggu selepas didiscaj untuk memastikan bahawa mereka telah pulih sepenuhnya.

“Semasa lawatan susulan, jika tidak terdapat sebarang simptom, ujian biasanya tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, jika pesakit itu mengadu mengenai kesesakan nafas atau batuk yang sukar pulih, maka kami perlu membuat penilaian samada pesakit itu mungkin menderita akibat daripada penyakit paru-paru interstitial atau mengalami pneumonia selepas COVID-19, pulmonary embolism, atau serangan jantung yang boleh berlaku selepas COVID-19.

Berdasarkan kepada keadaan mereka, kami akan mencadangkan agar pesakit itu menjalani X-ray dada, ujian electrocardiogram (ECG) dan ujian enzim kardiak, serta ujian penilaian parameter jangkitan seperti C-Reactive Protein, dan juga siasatan lanjut untuk menolak kemungkinan berlakunya pulmonary embolism melalui prosedur-prosedur seperti D-dimer dan imbasan CT pulmonary angiogram,” beliau berkata.

Dr Nurul menambah bahawa pesakit masih perlu mematuhi SOP yang ketat memandangkan mereka masih boleh dijangkiti virus sekali lagi selepas pemulihan.

Mereka masih perlu memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial, kerana masih terdapat risiko jangkitan semula tiga bulan selepas pulih dari COVID-19.

Pemvaksinan masih diperlukan, kerana imuniti semulajadi yang badan mereka bina terhadap Covid-19 hanya boleh bertahan setakat tiga hingga enam bulan sahaja.

Kesan-kesan Selepas COVID-19 dalam pesakit

Dr Henning Loo Cheng Kien, Pakar Perunding Hematologi dari Sunway Velocity Medical Centre (SVMC)

Dr Henning Loo Cheng Kien, Pakar Perunding Hematologi dari SMCV berkongsi bahawa terdapat kemungkinan bahawa pesakit boleh mengalami komplikasi lanjutan setelah pulih dari COVID-19, termasuk masalah yang berkaitan dengan kardiovaskular, pulmonari, buah pinggang, neurologi atau psikiatri, dan dalam sesetengah keadaan masalah yang jauh lebih serius seperti sindrom keradangan pelbagai sistem – Multisistem Inflammatory Syndrome (MIS) atau masalah keadaan autoimun.

“Pesakit mungkin mengalami suatu keadaan yang dipanggil jangkitan post-acute sequalae SARS-COV2 (PASC) yang boleh berlanjutan selama empat minggu selepas jangkitan pertama. Ia adalah ketidakupayaan untuk kembali kepada keadaan kesihatan seperti biasa berikutan jangkitan COVID-19 yang akut, dan boleh terdiri daripada simptom-simptom yang baru atau berulang termasuk keletihan melampau, kesukaran dalam berfikir atau berkonsentrasi, kesukaran untuk bernafas, batuk, sakit dada, kemurungan atau kegelisahan, demam, kehilangan deria bau atau rasa atau pening-pening semasa berdiri,” beliau menjelaskan.

Dr Henning mengesyorkan agar pesakit tekun membuat lawatan susulan dengan merujuk kepada pengamal perubatan pelbagai disiplin seperti doktor dada, pakar fisioterapi rehabilitasi dan pakar psikiatri untuk memantau keadaan mereka.

Memberikan sokongan kepada pesakit yang pulih dari COVID-19

Sementara setiap pesakit mungkin mempunyai kadar pemulihan yang berbeza dan mengalami simptom-simptom yang berlainan dalam tempoh selepas COVID-19, satu perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pesakit adalah agar mereka mengutamakan satu gaya hidup yang aktif dan sihat.

Selepas pesakit itu didiscaj, mereka juga mungkin akan melalui berbagai fasa pemulihan dari kedua-dua aspek fizikal dan mental – dan di sinilah di mana sokongan dari ahli-ahli keluarga atau isi rumah adalah amat penting.

“Mengekalkan satu diet yang seimbang dan sihat akan memberikan zat kepada badan dan mengamalkan senaman yang kerap akan membantu badan dan minda kekal aktif dan ini adalah amat penting untuk pemulihan. Mendapat tidur yang mencukupi akan menguatkan imuniti seseorang, dan sentiasa ingat untuk menguruskan stres dengan sewajarnya memandangkan ia boleh memberi kesan ke atas kesihatan seseorang secara keseluruhannya,” Dr Nurul menambah.

Pesakit yang telah pulih 100% boleh menyambung aktiviti harian mereka sepenuhnya, tetapi terdapat orang lain yang mungkin memerlukan terapi oksigen untuk membantu kapabiliti pernafasan mereka sehingga mereka pulih sepenuhnya.

Ahli keluarga dan penjaga boleh memberi sokongan mereka dengan membantu tugasan harian seperti makan atau mandi, di samping memantau masa pengambilan pengubatan pesakit untuk memastikan mereka berada di landasan yang betul dengan preskripsi mereka.

Jika pesakit masih mempunyai sebarang kebimbangan mengenai status kesihatan mereka selepas COVID-19, mereka harus berbincang dengan doktor mereka yang mengkhusus dalam merawat penyakit COVID-19 seperti doktor pakar paru-paru, doktor pakar penyakit berjangkit, dan doktor pakar penyakit gangguan darah yang boleh memberikan mereka nasihat tentang langkah-langkah seterusnya yang boleh diambil.

Mengenai Program Jagaan Selepas COVID-19

Untuk sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Pusat Saringan Kesihatan di talian +603 9772 9229 atau emel kepada smcv_wellness@sunway.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Medical Centre Velocity, lawati www.sunmedvelocity.com.my (Facebook: Sunway Medical Velocity).


Mengenai Sunway Medical Centre Velocity

Sunway Medical Centre Velocity terletak di Bandaraya Sunway Velocity merupakan Hospital Pemenang Anugerah yang diiktiraf oleh Healthcare Asia Awards 2021 di atas pencapaian konsistensinya dalam melaksanakan pelbagai promosi kesihatan dan digitalisasi penjagaan kesihatan bagi memastikan perjalanan pesakit yang lebih baik semasa pandemik COVID-19.

Tiga anugerah yang dimenangi termasuk ‘Health Promotion Initiative of the Year – Malaysia’, ‘ICT Initiative of the Year – Malaysia’ dan ‘Smart Hospital Initiative of the Year – Malaysia’.

Sunway Medical Centre Velocity ialah sebahagian daripada Sunway Healthcare Group yang terdiri daripada Sunway Medical Centre, Sunway Medical Centre Velocity, Sunway Specialist Centre Damansara, dan Sunway Medical Centre Singapore.

Sunway Medical Centre adalah affiliasi dengan Jeffrey Cheah School of Medicine & Health Sciences, Monash University Malaysia, University of Cambridge, Royal Papworth Hospital dan Harvard Medical School bagi memenuhi permintaan dalam rawatan klinikal, pendidikan dan kajian.