Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jangan Seksa Bayi Anda sebab “Sayang”!

bayi-menangis-ubat-tradisional

credit: bengkung moden

Tak semua bayi ni sama. Ada yang boleh makan ubat-ubatan tradisional, ada yang tak boleh. Biasanya, ibubapa tahu je yang anak-anak mereka tak boleh makan sesetengah makanan atau minum sesetengah minuman tapi nenek-nenek pula yang memaksa untuk ikut petua yang ada. Katanya “Ala dulu nenek moyang kamu makan elok je?”. Ya, betul. Tapi itu dulu.

Highlighted


Ada sesetengah kes dimana bila bayi ada penyakit kuning, bayi itu memang tak boleh nak minum sebarang minuman air buah, air yang dimasak, sebab akan buat penyakit kuning tu jadi makin teruk. Bayi yang menghidapi penyakit kuning hanya boleh minum susu ibu je.

Tapi, ada segelintir nenek ni degil sebab mereka rasa mereka betul. Sebab mereka terlebih dulu “makan garam”.

Dipaksanya bayi tu minum air buah sebab mereka percaya yang dengan minum air buah tu dapat mengubati penyakit kuning tu. Tapi, mereka tak tahu yang bayi akan menghadapi banyak komplikasi dalam badan. Kesudahannya, bayi dan ibu bayi tersebut juga akan susah.

Kisah Benar

(terjemahan dari facebook post di atas)

Macam ada satu kes ni yang terjadi pada seorang bayi yang mengalami penyakit kuning dan neneknya memaksa bayi tersebut untuk minum jus anggur dengan alasan untuk mengurangkan tahap kuning itu. Ibu bayi terpaksa akur sebab nanti dituduhnya degil tak dengar kata pula. Lepas minum jus anggur tu, bayi malang tersebut dimasukkan ke dalam ICU dan zon merah.

Bila doktor cek, doktor dapati yang ada sisa buah anggur hijau dalam usus bayi tu sebab tak dapat dicernakan menyebabkan perut bayi kembung dan gangguan pernafasan. Siapa yang susah sekarang?

Kadang-kadang sebagai ibubapa, anda perlu jadi tegas dengan ibubapa anda juga. Bukan sebab nak melawan ke apa, ini untuk menjaga kesihatan bayi-bayi anda.

Ikut je cakap doktor. Kalau doktor cakap A, A la dia. Jangan nak memandai. Nanti bayi anda pula yang dapat penangan. Ingat ya?

Credit: Cleveland Clinic Health Essentials

Sudah-sudahlah dengan ubat-ubatan tradisional tu. Betul, ada bayi yang boleh terima ubat-ubatan tradisional, ada bayi yang tak boleh. Jadi sebagai ibubapa, anda harus tegas dalam hal ni, okay?

Biar la orang nak cakap anda degil atau melawan cakap orang tua, asalkan anak2 selamat. 🙂

Untuk membeli barang bayi murah sila KLIK DISINI!