Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara-Cara Untuk Mengetahui Anak Anda Mengalami Jangkitan Saluran Kencing

kesihatan bayi

Adakah ia sakit ketika anak anda kencing? Ini adalah salah satu tanda anak anda mengalami jangkitan saluran kencing.

Daripada Krisha McCoy, MS

Menurut institusi kesihatan kebangsaan, jangkitan saluran kencing menjadi tanggungjawab kepada lebih satu juta pakar kanak-kanak yang melawat Amerika Syarikat. Jangkitan saluran kencing, atau UTI, disebabkan oleh bakteria yang berjangkit di buah pinggang, pundi kencing, utera dan bahagian saluran kencing yang lain.

Bakteria yang menyebabkan UTI boleh terus tinggal di saluran pencernaan, faraj, dan di sekitar utera dan selalunya tidak mempunyai apa-apa masalah. Tetapi jika bakteria ini mula masuk uretra, ia akan mula masuk ke pundi kencing, buah pinggang dan bahagian saluran kencing. Jangkitan pundi kencing merupakan salah satu jangkitan saluran kencing, tetapi tidak tersebar ke buah pinggang.

Bakteria yang menyebabkan UTI disingkirkan daripada saluran kencing terlebih dahulu sebelum berjangkit, tetapi ia akan menjadi UTI kepada orang yang mendedahkannya. Sebagai contoh, perempuan, perempuan lebih ramai yang dijangkiti dengan jangkitan saluran kencing berbanding lelaki.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Simptom Jangkitan Saluran Kencing

“Simptom UTI kebiasaannya adalah apabila deria berasa sakit ketika membuang air kencil, bahagian bawah perut dimana terletaknya pundi kencing, terasa seperti anda mahu ke tandas sepanjang masa tetapi hanya mengeluarkan sedikit sahaja air kencing” kata Barbara Frankowski, MD, MPH, profesor pakar kanak-kanak dari University of Vermont College of Medicine dan pakar kanak-kanak di hospital kanak-kanak Vermont di Burlington, Vt.

Dr. Frankowski menyatakan apabila jangkitan saluran kencing (UTI) semakin serius, kanak-kanak tersebut mungkin akan demam. Tetapi kebanyakan UTI, termasuk jangkitan pundi kencing, kebiasaannya tidak melibatkan demam.

Tanda-tanda lain UTI termasuk:

  • Kencing berbau busuk
  • Kencing kelihatan keruh atau kemerah-merahan
  • Kelesuan
  • Demam

Simptom UTI kemungkinan susah untuk dikenal pasti bagi kanak-kanak berbanding orang dewasa. Kadang-kadang kanak-kanak tidak selalu menunjuk simptom-simptom UTI, atau mereka tidak mampu untuk jelaskan kepada ibu bapa mereka. Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berkenaan, anda patut menghubungi pakar kesihatan dengan segera yang menyediakan:

  • Emosi yang cepat marah
  • Cara pemakanan dan selera makan yang berbeza
  • Demam yang berterusan
  • Masalah lemah kawalan kencing
  • Diarrhea
  • Sentiasa kurang tenaga atau tidak sihat

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Rawatan Jangkitan Saluran Kencing

Ujian dilakukan untuk menganalisis UTI selalunya termasuk ujian fizikal dan ujian air kencing. Ini penting untuk menguji kehadiran bakteria pada air kencing, UTI juga tidak biasa terjadi pada kanak-kanak, dan kemaluan masih mentah, terutama kanak-kanak perempuan, akan menyebabkan simptom UTI seperti melecet ketika membuang air kecil.

Apabila disahkan menghidap jangkitan saluran kencing, doktor anak anda akan syorkan antibiotic untuk membunuh bakteria yang menjadi punca terhadap jangkitan. Ia adalah sangat penting untuk anak anda mengambil ubat itu seperti yang diarahkan, dan menghabiskan kesemua ubat itu, walaupun ia semakin pulih. Pakar kanak-kanak juga akan membuat lebih banyak kajian setelah anak anda pulih. Ini kerana untuk memastikan anak anda tidak mengalami sebarang kecacatan pada saluran kencing, contohnya saluran kecil tersumbat dan mengakibatkan jangkitan berulang.

Pencegah jangkitan saluran kencing jika anak anda terdedah kepada UTI, ikut tips ini untuk mencegahnya:

  • Cecair yang boleh menolaknya. Pastikan anak anda meminum air setiap hari. Jus kranberi mampu mengurangkan risiko jangkitan salur kencing.
  • Menggalakkan berhenti seketika untuk ke tandas. Ajar anak anda untuk terus ke tandas jika mahu terkencing.
  • Mengajar anak anda untuk mengelap dengan betul dari hadapan ke belakang selepas menggunakan tandas.
  • Pilih jenis kain kapas sebagai seluar dalam dan elakkan pakaian yang ketat kepada anak anda.

Langkah ini mudah untuk diikut dan mudah pada dompet anda. Peringatan kepada anak anda akan mengukuhkan tips ini, tanpa membuat anak anda cemas.

Artikel ini dipetik daripada www.everydayhealth.com