Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sex Education #9: Macam Mana ni, Anak Saya Tengok Porn?!

tengok porn

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Heriot-Watt University Malaysia (HWUM) untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), terdapat lebih 7% remaja pernah menonton porn sebelum berumur 8 tahun lagi!

Terkejut? Terkesima? Ini adalah fakta yang berlaku dalam kalangan anak-anak muda di Malaysia sekarang. Itu baru berapa peratus daripada mereka yang ambil bahagian. Realitinya, ramai lagi remaja dan kanak-kanak pernah tengok porn atau bahan lucah sejak mereka kecil lagi!

Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Antara faktor utama ialah, permainan online – samada di tablet, smartphone, laptop dsb. Ibu bapa sekarang kan senang sangat biarkan anak-anak guna handphone kita. Daripada tengok YouTube, main game, dan ada juga yang dah pandai guna WhatsApp, Facebook dan media sosial yang lain.

Highlighted


Hasil daripada satu online survey yang dijalankan oleh MCMC pada 2016 menunjukkan ramai pelajar sekolah menghabiskan masa di internet kira-kira 20.9 jam dalam seminggu.

Tanpa tunjuk ajar dan kawalan yang betul, anak-anak kita ni mudah sangat terpengaruh dengan apa yang mereka tengok. Kalau mereka tengok benda yang berfaedah, okay lah. Tapi kalau porn?

Bestnya barang bayi di motherhood.com.my ni!

Apa Ibu Bapa boleh buat?

1. Pantau penggunaan Internet.

Untuk anak-anak yang masih kecil, senang lagi untuk anda pantau apa je anak anda tengok apabila mereka menggunakan internet. Ibu bapa yang patut tegas dan berkuasa dalam hal ini. Tetapkan juga masa yang sesuai dan berapa lama mereka boleh menggunakan internet.

Bill Gate & Steve Jobs pun tetapkan had masa tau untuk anak-anak mereka guna internet.

2. Berbincang dengan anak anda.

Anda juga boleh bercakap mengenai hal ini dengan anak anda. Walaupun mereka masih kecil, ajak mereka untuk bercakap tentang apa yang boleh diakses dan tidak apabila menggunakan internet. Tak salah untuk anda bersifat terbuka dan bercakap dengan mereka mengenai hal ini.

Taboo? Taklah! Beritahu mereka baik buruk melihat atau menonton benda-benda lucah ni. Kalau mereka tanyakan perkara yang berkaitan seksual, tak salah pun untuk anda ceritakan hal sebenar. Tak payah panjang lebar, cuma beritahu secara dasar dan simple je.

3. Takpe, tanya je!

Biasalah, budak budak. Banyak je soalan untuk setiap benda yang mereka nak tahu. Tambah-tambah lagi perkara baru. Jangan mudah rasa rimas kalau anak anda banyak bertanya hal-hal macam ni. Lagi baik anak kita tanya kita sendiri daripada tanya orang lain kan? Takut lain pula jadinya nanti.

Kanak-kanak sangat mudah terpengaruh dan belajar melalui medium-medium yang mereka sering gunakan. Contohnya bila mereka menggunakan telefon atau tablet kita. Mungkin kita dah pantau dan sekat akses mereka untuk website tertentu, tapi kalau mak ayah sendiri pernah masuk ke laman-laman web tak patut tu, google boleh track tau. Lepastu nanti keluar laa dalam carian anak-anak tu juga. Jadi, mak ayah pun patut berhati-hati ye mengenai hal ini.

Ikuti siri #SexEducation kami untuk menjawab persoalan anda tentang kenapa pentingnya pendidikan seks untuk kanak-kanak.

Bestnya barang bayi di motherhood.com.my ni!