Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jenis-Jenis Berus Gigi Yang Selamat Dan Sesuai Untuk Bayi Dan Anak-Anak Kecil

berus gigi bayi

Ibu tentu tertanya-tanya, kenapa perlu jaga gigi susu bayi yang hanya sementara sahaja dan akan digantikan oleh gigi kekal?

Sebenarnya, dari gigi susu pertama yang tumbuh, bayi Ibu akan mendapat banyak manfaat dari penjagaan gigi yang betul.

Gigi bayi yang rosak boleh mengganggu pemakanan dan perkembangan percakapan atau pertuturan yang baik.

Sekiranya gigi bayi yang rapuh tanggal terlalu awal, tentu sukar bagi bayi untuk belajar makan dengan betul! Dah besar kelak, mungkin anak akan menjauhi dari makanan berkhasiat.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Bila Boleh Mula Menggosok Gigi Bayi?

Ibu boleh mula menggosok gigi bayi sejurus sahaja gigi pertama mula tumbuh.

Sebelum itu juga Ibu sudah boleh membersihkan mulut bayi menggunakan jari Ibu yang bersih atau kain yang lembap.

Ini juga dapat melegakan gusi sekiranya bayi sedang mengalami pertumbuhan gigi dan gusi mereka mungkin agak sakit.

Sebaik sahaja gigi mula tumbuh, kerosakan juga sudah boleh bermula. Malah, lebih awal Ibu menjaga kebersihan mulut bayi walaupun tiada gigi lagi, lebih baik dan banyak faedahnya.

Ia akan menetapkan tabiat penjagaan gigi yang baik dan membantu kesihatan gigi sepanjang hayat.

Doktor gigi pediatrik menyarankan agar para ibu bapa menggunakan berus gigi yang dibasahi dengan air dan ubat gigi yang mempunyai fluorida yang bersesuaian dengan bayi dan anak-anak kecil.

Saiz ubat gigi yang diperlukan hanyalah setitik bagi bayi di bawah tiga tahun, dan sebesar kacang tanah bagi kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun.

Sumber: healthychildren.org

Kriteria Memilih Berus Gigi Bayi Yang Sesuai

Antara ciri-ciri umum berus gigi yang sesuai untuk digunakan oleh bayi adalah seperti berikut:

  • diperbuat daripada bahan silikon kerana ia sangat lembut untuk gusi bayi yang masih sensitif
  • berus gigi tidak mempunyai lebih dari tiga baris bulu atau lebih dikenali sebagai ‘bristles
  • berus gigi yang paling awal Ibu boleh gunakan mempunyai bentuk yang pendek dengan lubang dimana Ibu boleh masukkan jari telunjuk supaya Ibu boleh menggosok gusi dan gigi dengan selesa
  • berus gigi bayi perlu ditukar setiap tiga bulan untuk mengelakkan bakteria yang sudah mula menumpuk pada berus gigi
  • bagi bayi yang sudah boleh menggenggam, Ibu boleh beri berus gigi yang berbentuk ‘teether‘ memandangkan mereka suka masukkan barang dalam mulut. Ini dapat membuatkan bayi biasa dengan keadaan menggosok gigi
  • bagi kanak-kanak yang sudah boleh memegang berus gigi, Ibu boleh mula memberi berus gigi yang pendek dan mempunyai pemegang yang bulat dan besar supaya bayi boleh cuba untuk memasukkan kedalam mulut dan menggosok gusi dan gigi sendiri
  • jika anak Ibu mempunyai warna atau binatang kegemaran, Ibu boleh cari berus gigi yang berbentuk haiwan atau warna tersebut supaya anak-anak berminat untuk menggunakannya
  • gunakan berus gigi yang mempunyai pemegang dengan cengkaman anti-slip
  • jika ada bajet yang lebih, Ibu boleh menggunakan berus gigi elektrik kerana ia dapat membersihkan gigi dengan sangat berkesan

7 Berus Gigi Yang Sesuai Untuk Bayi Dan Anak-Anak Kecil

1. PUKU Tooth Brush (Finger Type) / Baby Tooth Brush + Massage Tooth Brush

Berus gigi jenis jari yang diperbuat daripada silikon ini amat sesuai untuk bayi yang baru lahir. Ibu boleh menggunakannya untuk membersihkan mulut bayi dan juga mengurut gusi untuk melegakan kesakitan pertumbuhan gigi susu.

2. Marcus & Marcus Finger Cap Toothbrush & Gum Massager Set

Sama seperti di atas, berus gigi jenis ini senang digunakan hanya dengan memasukkan jari kedalam berus gigi.

Set ini mempunyai bintik-bintik besar di bahagian lagi satu untuk mengurut gusi bayi dengan lebih selesa. Ia juga mempunyai bekas di mana Ibu boleh simpan berus-berus gigi tersebut.

3. Marcus & Marcus Baby Teething Toothbrush

Berus gigi jenis teething ini bersesuaian dengan bayi yang sedang mengalami pertumbuhan gigi susu.

Ia berfungsi seperti teether yang biasa digunakan untuk melegakan gusi sakit, tetapi ia juga mempunyai bahagian berus gigi silikon seperti berus gigi jari diatas.

Perbezaannya ialah jenis berus gigi ini senang dipegang oleh bayi yang sudah boleh menggenggam barang.

4. Nubi Banana Toothbrush with 360 Degree Bristles

Berus gigi berbentuk pisang ini sangat comel dan menarik untuk anak-anak kecil, terutama sekali jika mereka sudah tahu bentuk pisang dan juga suka makan pisang!

Diperbuat daripada bahan silikon lembut, bayi boleh menggunakannya untuk belajar memberus gigi dan gusi sendiri. Ia juga boleh disejukbekukan dan digunakan secara sejuk untuk melegakan sakit gusi juga.

5. Haakaa 360 Silicone Toothbrush

Berus gigi Haaka 360 yang diperbuat daripada silikon mempunyai berus di keliling kepala berus supaya anak-anak dapat membersih gigi dan mulut dengan berkesan.

Tambahan pula, ia mempunyai penghalang yang melindung mulut bayi supaya berus gigi tidak termasuk dalam mulut bayi.

Berus gigi ini juga mempunyai teknologi serpihan perak mikroskopik yang dapat membantu mencegah penyebaran virus dan kuman.

6. ROCS Baby Pro Toothbrush

Sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga umur tiga tahun, berus gigi ini mempunyai bulu yang sangat lembut dengan teknologi triple-polishing yang unik.

Ia juga mempunyai pemegang yang besar dan sesuai untuk dipegang oleh tangan kecil si comel.

Pemegang yang boleh digunakan sebagai teether itu juga diperbuat daripada plastik Terlux℗ yang berkualiti tinggi dan selamat.

7. Marcus & Marcus Baby Self Training 360° Standing Toothbrush with Suction Pad

Berus gigi istimewa ini bukan sahaja mempunyai warna cerah yang menarik, tetapi juga mempunyai ciri-ciri penting sebagai berus gigi untuk anak-anak kecil.

Sesuai untuk kanak-kanak dari umur satu tahun, ia mempunyai pemegang yang besar, berus silikon di keliling kepala berus, penghalang berus untuk mengelakkan daripada termasuk mulut, dan juga pad penyedut yang membolehkan berus gigi tersebut disimpan dengan berdiri tegak!

 

Jadi Ibu jangan tangguhkan lagi penjagaan gigi bayi dan anak-anak kecil!

Elakkan gigi berlubang, hitam, atau rapuh supaya kesihatan dan perkembangan anak Ibu tidak terjejas.