Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Sedap Tak Terkata, Tengok 12 Jenis Durian Yang Terbaik Ini Dan Tips Membelinya

Sedapnya buah durian ni, memang buat orang teringat-teringat! Walaupun bukan dalam musimnya, sanggup beli tu dengan harga yang lebih mahal.

Kalau yang hantu durian tu, bukan 2 3 ulas ya, 2 3 biji sekali gus boleh habis sekali hadap.

12 Jenis Durian Yang Terbaik

Jom, kita tengok 12 jenis durian yang menduduki kedudukan terbaik dalam carta kesedapannya:

#1. Durian Duri Hitam

Highlighted

Kredit gambar: saji.my

Dikenali juga dengan nama blackthorn, durian duri hitam ni mendapat namanya mungkin kerana warna kulitnya yang kehitaman gitu.

Berbeza dengan isinya, ia berwarna keemasan jingga. Rasanya manis dan berkrim, tapi ada rasa pahit sedikit. Itu yang membuatkan rasanya lagi sedap.

#2. Durian Musang King

Kredit gambar: saji.my

Durian ni pun memang tak boleh disangkal kesedapannya lah. Isinya yang kekuningan dan rasanya yang lemak manis berkrim telah membuatkan ia digelar sebagai emas.

Sekali rasa, memang macam whipped cream isinya.

#3. Durian D24

Kredit gambar: sixthseal.com/

Isi durian D24 ni tak kuning tetapi lebih kepada pucat sikit. Walaupun tak nampak semewah musang king, D24 ni tetap terbaik rasanya.

Kalau yang tak suka manis sangat tu, sesuai lah selera dengan rasa isi D24 ni.

#4. Durian Udang Merah

Kredit gambar: saji.my

Isinya yang tebal dan rasanya yang lemak manis, durian udang merah ni memang mempunyai peminat tersendiri. Kalau nak bezakan isinya, ia bukanlah kekuningan atau pucat tetapi lebih kepada berwarna jingga dan oren gitu.

#5. Durian Ioi

Kredit gambar: duriotourism.com

Lebih kurang seperti durian udang merah, durian ioi ni isinya berwarna oren jingga. Memang sekali tengok bukan kuning lah.

Isinya manis berlemak tetapi dengan rasa yang unik sikit dan ada pahit-pahit juga. Yang best nya beli durian ioi ni, kulit dan bijinya nipis dan kecil. Jadi dengan isi tebal macam tu, memang puas makan!

#6. Durian Mao Shan Wang

Kredit gambar: expatchoice.asia/

Ada juga yang lebih suka durian mao shan wang berbanding musang king. Dikatakan isinya sama sahaja seperti musang king tetapi ada rasa pahit-pahit sikit.

Kadang tu, memang ramai yang meminati isi durian sebegini. Manis sahaja lama-lama rasa bosan juga kan?

#7. Durian Tangkai Panjang

Kredit gambar: fazlisyam.com

Senang je nak cam durian tangkai panjang ni, tengok pada tangkainya je. Kalau panjang pelik berbanding yang lain, itulah durian tangkai panjang.

Isinya tebal tau, rasanya pun kuat. Manis dan lembut gebu je. Ia juga dikenali dengan nama durian ganja.

#8. Durian Kunyit

Kredit gambar: Facebook @Durian Kunyit Jeli

Tengok sahajalah isinya, kekuningan macam warna kunyit. Durian kunyit ni lebih kepada manis rasanya. Tak adalah pejal isinya tetapi bergantung kepada saiz buah, isinya agak tebal juga.

#9. Durian D13

Kredit gambar: eztakaful.com.my

Ramai yang sering tertukar isi durian D13 dengan udang merah. Mana taknya, memang sekilas pandang nampak sama je. tapi sebenarnya berbeza tau. D13 ni, ia dikenali juga sebagai golden bun.

Bentuk ulasnya seakan bun kan?

#10. Durian Golden Phoenix

Kredit gambar: eztakaful.com.my

Mesti dalam misi mencari durian yang terbaik terjumpa durian ni kan? Durian golden phoenix ni pun ada peminat tersendiri. Ini kerana rasanya yang pahit dengan aroma yang kuat.

Isinya yang kuning pucat ni tak kurang popular nya di kalangan hantu durian!

#11. Durian XO

Kredit gambar: eztakaful.com.my

Lebih kurang seperti durian golden phoenix, durian XO ni pucat juga warna isinya. Rasanya pun tak jauh beza, agak pahit dan lembut tekstur isinya.

#12. Durian D168 Hjh Hasmah

Kredit gambar: duriotourism.com

Ramai juga yang mencari durian Hjh Hasmah ni. Isinya yang oren, rasa lemak manis dengan twist pahit sikit, memang setanding juga dengan musang king!

Tips Memilih Durian Yang Terbaik

Nak pilih durian ni, tak boleh main pilih je. Ada tipsnya untuk dapatkan isi yang segar dan sedap:

  1. Tengok pada tangkai durian. Jika ditoreh sedikit dan ia masih hijau dan bergetah, isinya masih segar lah tu.
  2. Tengok juga pada duri kulit duriannya. Jangan cari yang tumpul dan pecah-pecah ya. Itu mungkin tanda durian dah lama dan jatuh kuat ke dalam proses pengendaliannya. Isi di dalamnya mungkin tak terjaga lah.
  3. Ada juga yang tengok pada corak di duri tu. Katanya kalau terang coraknya, isinya pun sedap.
  4. Tips lain, tengok pada bahagian duri buah durian yang hampir dengan batangnya. Tengok pada sekeliling tu, jika bahagian di situ tebal dan nampak ‘menaik’, isinya mungkin tebal dan sedap juga.
  5. Kalau reti, cuba goncangkan buah durian tu. Kalau ada bunyi, masaklah tu.
  6. Orang tua-tua juga kata, cari buah durian yang kulitnya ada lekuk-lekuk, buah durian tu nampak seakan-akan berbunga gitu. Yang macam ni, orang kata memang sedap isinya.

Bolehlah cuba memilih durian berdasarkan tips-tips ini ya? Selamat menjamu selera!