Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Yakin ke tu Jenis Keputihan Yang Normal? Baik Check Sini Dulu

Kredit gambar: istockphoto

Kredit gambar: istockphoto

Sebagai wanita, memang sinonim kehidupan kita dengan vaginal discharges. Banyak atau sikit, kita tetap kena pakai pantyliner setiap masa.

Bukan untuk menjaga kebersihan je, tetapi kesihatan kita juga. Keputihan ni bukanlah cecair yang suci dan bersih. Banyak bakteria yang mungkin ada padanya.

Bergantung kepada warna, bau dan teksturnya, kadang-kadang Mommy mungkin tertanya:

Normal ke keluar keputihan yang macam ni?

9 Jenis Keputihan, Normal Dan Abnormal

Sebab itulah penting untuk kita kenali badan kita sendiri dan fahami jenis-jenis keputihan yang kaum wanita biasanya alami:

#1. Berwarna putih

Melalui perkongsian Healthline, keputihan yang berwarna putih adalah normal bagi kesihatan wanita. Mesti ramai Mommy yang alami vaginal discharge yang macam ni kan?

Ia biasanya keluar pada permulaan atau di akhir kitaran haid Mommy ya. Teksturnya pula, tebal dan melekit tetapi tiada bau yang kuat dan tidak menyenangkan.

#2. Berwarna putih, cheesy

Kalau yang berwarna putih tetapi teksturnya macam cottage cheese gitu, ia boleh menjadi petanda yang Mommy diserang yeast infection.

Kena perhatikan juga pada bau dan rasa di sekitar bahagian sulit Mommy. Kalau dah serius jangkitan ni, baunya manis dan ada yang macam masam gitu. Bahagian sulit pun rasa gatal je dan kemerahan.

#3. Jernih dan cair

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Kebiasaannya, sekitar waktu Mommy nak ovulasi, akan keluarlah keputihan yang jernih dan cair, macam transparent gitu. Bukan tu je, perasan tak bila keinginan syahwat meningkat, akan keluar juga cecair yang macam ni?

#4. Jernih dan kental

Bila keputihan yang keluar tu jernih tetapi bukan cair, ia lebih kepada kental dan seperti mucus, ini adalah salah satu tanda Mommy sedang berovulasi.

Umumnya, memang normal lah keputihan yang macam ni. Nanti cuba perhatikan sekitar waktu ovulasi Mommy ya?

#5. Berwarna merah jambu

Ada juga kan keputihan yang berwarna merah jambu? Tetapi ia biasanya berlaku selepas melahirkan anak disebabkan lapisan rahim yang tertanggal.

#6. Berwarna coklat atau berdarah

Kredit gambar: istockphoto

Bila keluar keputihan yang berwarna coklat dan ada darah, memang akan risau lah kan? Yelah…bukan waktu period kita lagi tapi keluar darah sikit macam ni.

Ini sebenarnya dipanggil spotting dalam medical term ya. Ia keluar disebabkan kitaran haid yang tidak stabil dan biasanya keluar pada akhir kitaran haid Mommy.

Tetapi kebimbangan Mommy ada asasnya juga. Dalam sesetengah kes, spotting boleh terjadi kerana persenyawaan, yang bermaksud Mommy mengandung. Ataupun, jika pada awal kehamilan, boleh menjadi tanda kepada keguguran. Baca lebih lanjut tentang keputihan ketika hamil di sini ya.

Dalam kes terpencil pula mengikut WebMD, ia boleh menjadi tanda kepada endometrial atau cervical cancer.

#7. Kekuningan

Tak kurang kerapnya, ramai juga wanita yang mengalami keputihan yang berwarna kekuningan kan? Secara umumnya, keputihan yang berwarna kuning adalah normal sahaja kerana keputihan boleh bertukar warna kepada kuning jika terdedah kepada udara.

#8. Berbuih dan keruh kekuningan dan kehijauan

Tapi jika keputihan yang keluar tu bukan berwarna kuning sahaja, teksturnya cloudy dan frothy, ia boleh menjadi petanda kepada penyakit gonorrhea dan trichomoniasis.

Tanda lain yang Mommy boleh perhatikan adalah, rasa sakit di pelvis dan ketika membuang air. Ada juga sesetengah kes untuk penyakit ini, keputihannya lebih kepada warna kehijauan.

#9. Berwarna kelabu

Kredit gambar: istockphoto

Jarang-jarang kita dengar tetapi ada keputihan yang warnanya macam kelabu dan berbau hanyir. Eloklah untuk Mommy dapatkan rawatan segera ya kerana ia boleh menjadi tanda bahawa bahagian sulit Mommy diserang bacterial vaginosis.

Lebih-lebih lagi, kalau rasa panas dan gatal je di sekitar alat sulit.

Jenis Keputihan, Normal Dan Abnormal

Sistem reproduktif badan wanita ni unik sebenarnya. Setiap wanita tidak sama dan Motherhood sarankan, apabila Mommy perasan je sesuatu yang abnormal, dapatkan terus pandangan dan rawatan doktor ya?