Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Jenis Kurma Terbaik Pilihan Ramai – Bantu Ibadah Puasa & Kesihatan Dalaman Mommy Menjadi Lebih Lancar!

jenis kurma

Kredit gambar: hargabelanja.com

Kurma ialah sejenis buah yang berasal dari pokok Palma Genus Phoenix. Tahukah Mommy bahawa terdapat banyak jenis kurma yang mungkin pernah atau tidak pernah dilihat oleh Mommy.

Untuk mengetahui apakah jenis kurma dan khasiat kurma tersebut jom ikuti perkongsian di bawah ini!

Jenis Kurma dan Khasiatnya

Highlighted

Kredit gambar: bp-guide.id

Antara jenis-jenis kurma tersebut adalah seperti berikut.

#1. Jenis Kurma Ajwa

Kredit gambar: www.vecteezy.com

Kurma yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Berasal dari Madinah. Sememangnya sering menjadi pilihan ramai orang dek kerana ianya juga menjadi kurma kesukaan baginda Rasulullah S.A.W.

Kurma ini mempunyai warna hitam pekat, garis halus, rasa yang manis, isinya tebal dan bertekstur lembut.

Kurma ajwa ini bersifat anti radang, baik untuk sistem pencernaan dan kaya dengan antioksidan.

#2. Kurma Rabbi

Kredit gambar: heartofwellness.org

Kurma yang separa kering, berwarna hitam, lembut dan saiz sederhana. Berasal dari Iran. Mempunyai khasiat untuk meningkatkan fungsi sistem pencernaan, membantu melegakan ketegangan saraf, membantu masalah Anemia dan kolestrol tinggi.

#3. Jenis Kurma Mabroom

Kredit gambar: www.tasteatlas.com

Jika dilihat sekali imbas terlihat seperti kurma ajwa. Cuma yang membezakannya adalah dari segi bentuknya. Kurma Mabroom ini ialah sejenis kurma yang kering, berwarna merah gelap, mempunyai bentuk yang memanjang, isi yang kenyal dan rasa yang sedikit manis.

Kurma ini mempunyai serat yang tinggi dan baik untuk sistem pencernaan. Di samping itu, ianya juga bagus untuk kesihatan otak.

#4. Kurma Mazafati

Kredit gambar: aradbranding.com

Kurma ini mendapat jolokan kurma tersedap di dunia. Sudahlah sedap, rupa pun cantik. mempunyai warna yang gelap, tekstur lembut, licin da nisi yang manis. Kaya dengan zat dan vitamin seperti kalsium, magnesium dan vitamin A.

#5. Kurma Medjool

Kredit gambar: nationaltoday.com

Berasal dari Timur Tengah dan Afrika Timur. Merupakan antara kurma yang tertua kerana ditanam sejak 6000 tahun yang lalu. Mempunyai warna keperangan dan bersaiz besar.

Ianya tinggi kalori tetapi penuh dengan nutrient dan antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Mempunyai serat yang baik untuk sistem pencernaan dan kesihatan jantung dan menurunkan risiko mendapat penyakit kronik.

#6. Jenis Kurma Safawi

Kredit gambar: royalpalm-dates.com

Kurma ini mempunyai rasa yang seakan-akan kurma Ajwa dan juga berasal dari Madinah. Ianya adalah sejenis kurma yang lembut, kering, berwarna hitam pekat berbentuk panjang dan saiz yang sederhana.

Dikatakan bahawa baik untuk membantu merawat Anemia, mabuk dan baik untuk sistem pencernaan.

#7. Kurma Piarom

Kredit gambar: www.swissun.ch

Sejenis kurma separa kering, isinya nipis, berbentuk bujur, bersaiz besar dan berwarna coklat.

Rasanya yang unik dan manis seakan-akan rasa gula-gula karamel. Disebabkan rasanya yang sedap ia adalah antara kurma yang ekslusif.

#8. Kurma Sayer

Kredit gambar: aradbranding.com

Sangat sesuai dijadikan sebagai snek kerana rasa yang manis dan tekstur yang tidak melekit.

Kurma ini berbentuk bujur memanjang, rasanya manis dan mempunyai tekstur yang unik.

Mempunyai khasiat yang membantu meningkatkan fungsi saluran pencernaan dan baik untuk orang yang mempunyai Anemia kerana mempunyai kandungan zat besi yang tinggi.

#9. Kurma Kabkab

Kredit gambar: www.humban.com

Kurma yang berasal dari Iran ini digunakan secara meluas dalam bidang bakeri. Kurma ini mempunyai tekstur yang sedikit basah, berbentuk bujur dan rasanya manis.

Antara khasiatnya ialah kaya dengan zat besi dan sangat sesuai dengan mereka yang menghidap Anemia.

#10. Kurma Zahidi

Kredit gambar: aradbranding.com

Kurma ini dikenali dengan nama Zahidi yang bermaksud kuantiti yang kecil. Berasal dari Iraq Utara. Warnanya sedikit unik kerana berwarna keemasan atau perang dan rasanya pula seperti kekacang.

Ianya sangat berkhasiat kerana kaya dengan sumber serat, zat besi, kalium, vitamin B, flavonoid, antioksidan dan mempunyai hampir 20 asid amino.

#11. Kurma Thoory

Kredit gambar: aradbranding.com

Kurma Thoory ini terkenal di Algeria. Dikenali sebagai kurma Thoory yang bermaksud kurma roti kerana sangat sesuai dimakan bersama roti.

Mempunyai saiz sederhana sehingga besar memanjang. Berwarna coklat keemasan, kering dan rasanya sedikit manis.

#12. Deglet Nour

Kredit gambar: www.britfoods.com

Antara kurma yang paling ekslusif dan juga dikenali sebagai kurma diraja kerana rasanya yang unik dan premium.

Disebut sebagai Deglet Nour yang membawa maksud kurma chaya (tembus cahaya) yang mana biji dan isinya dapat dilihat jika didekatkan pada cahaya.

Kurma ini separa kering, berbentuk panjang dan nipis. Mempunyai khasiat seperti flavonoid yang merawat keradangan dan keratenoid yang mencegah penyakit jantung.

#13. Jenis Kurma Barhi

Kredit gambar: aradbranding.com

Kurma ini berasal dari Iraq. Ianya adalah kurma yang paling manis dan berkrim. Tahap kemanisannya berbeza mengikut tahap kematangannya. Kurma ini kaya dengan serat, zat besi, kalium, vitamin B, flavonoid dan aktioksidan.

#14. Kurma Dayri

Kredit gambar: aradbranding.com

Kurma Dayri ialah kurma yang berasal dari Iraq dan separa kering. Kurma ini berwarna coklat gelap dan hitam. Ianya juga sangat lembut. Ianya kaya dengan sumber serat yang baik untuk kesihatan, juga kaya dengan kandungan kalium, protein, zat besi, asid folik dan vitamin B.

#15. Jenis Kurma Halawi

Kredit gambar: aradbranding.com

Kurma Halawi ini mempunyai rasa yang manis bak madu dan karamel. Namanya juga bermaksud manis dalam bahasa Arab. Kurma yang berasal dari Iraq ini mempunyai tekstur yang kenyal dan lembut, bersaiz kecil sehingga sederhana serta mempunyai warna coklat keemasan.

Kesimpulannya, kurma-kurma ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Pasti rambang mata kan nak pilih yang mana untuk dijadikan stok pada bulan puasa ini? Pilihlah kurma berdasarkan citarasa anda!


Inginkan tips pemakanan yang lain? Klik SINI.