Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Jenis Roti Yang Sering Menjadi Kegemaran Ramai. No 7 Paling Sedap!

jenis roti

Roti merupakan salah satu sumber karbohidrat yang sering menjadi pilihan selain daripada nasi. Ramai juga yang lebih suka roti berbanding nasi, sehinggakan kalau boleh, semua nak makan dengan roti je.

Memang sedap roti ni dan sangat memudahkan, tapi Mommy tahu tak jenis-jenis roti yang ada di pasaran dan khasiatnya?

Kenali 12 Jenis Roti dan Khasiatnya

Dalam perkongsian kali ini, Motherhood ingin kongsikan beberapa jenis roti yang Mommy pernah makan dan mungkin hanya sekadar pernah dengar namanya je. Nanti dah tengok khasiatnya, bolehlah cuba ya?

#1. Roti putih/White bread

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Ini antara roti yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia kan? Sedap, lembut dan sesuai untuk dimakan dengan apa je. Antara khasiat roti putih ni ialah, ia mengandungi protein, vitamin, asid folik, thiamin dan iodin.

#2. Roti gandum/Wheat bread

Kredit gambar: istockphoto

Kalau roti gandum pula, ia lebih sihat berbanding roti putih kerana mengandungi serat yang lebih tinggi. Disebabkan itulah, ia dapat membantu melawaskan penghadaman Mommy.

Namun, kesesuaian hidangannya tidaklah meluas seperti roti putih.

#3. Roti gandum penuh/Whole wheat bread

Kredit gambar: istockphoto

Yang lebih baik berbanding roti gandum untuk kesihatan tentunya roti gandum penuh. Kalau roti gandum mempunyai serat, roti gandum penuh ni mempunyai serat yang tidak larut yang lebih berkesan untuk melawaskan dan mengenyangkan Mommy.

#4. Roti multigrain/Multigrain bread

Kredit gambar: istockphoto

Kalau tengok sekilas dan nampak timbul-timbul bijirin banyak tu, tu roti multigrain lah tu. Roti multigrain ni bagus kerana kebanyakkannya mengandungi bijirin penuh yang berkhasiat untuk tubuh badan.

Ramai juga yang memilih roti ini kerana seronok mengunyah rasa bijirin padanya. Penyediaannya boleh je seperti untuk hidangan yang menggunakan roti putih, tetapi berbeza pada rasa berbiji tu la.

#5. Roti bijirin penuh/Whole grain bread

Kredit gambar: istockphoto

Lagi bagus, roti bijirin penuh. Macam jaminan lah berbanding roti multigrain, roti bijirin penuh ni memang mengandungi keseluruhan bijirin yang bagus untuk badan Mommy.

Antara bijirin yang digunakan adalah barli, millet dan quinoa.

#6. Sprouted grain bread

Kredit gambar: istockphoto

Sprouted grain bread adalah roti yang kaya dengan gluten, vitamin dan nutrien penting. Yang uniknya tentang roti ini ialah proses penghasilannya yang secara menyeluruh, membuatkan ia lebih sihat dan antara roti yang terbaik untuk Mommy.

#7. Sourdough

Kredit gambar: istockphoto

Roti ini terkenal sebagai antara makanan ruji di German. Disapu dengan jem buah-buahan, mentega, dicecah dalam sup, seperti cara orang Malaysia menikmati roti putih.

Ia mengandungi rasa yang masam disebabkan proses penapaiannya dan lapisan luar yang rangup. Roti Sourdough juga tinggi dengan antioksidan tau dan bakteria baik yang membuatkan roti ini sebagai salah satu roti yang boleh dimakan semasa berpantang.

#8. Roti rye/Rye bread

Kredit gambar: istockphoto

Roti rye pula diperbuat daripada tepung rai yang lebih tinggi seratnya daripada roti yang diperbuat dengan gandum. Seakan-akan roti putih, roti ini lembut di dalam dan agak rangup di bahagian luarnya. Tapi warnanya yaang gelap itu disebabkan oleh tambahan serbuk koko atau molase.

#9. Roti pumpernickel/Pumpernickel bread

Kredit gambar: istockphoto

Juga dibuat dengan tepung rai, tetapi cara penghasilannya agak berbeza sedikit. Nisbah tepung rai untuk roti pumpernickel ni adalah lebih banyak berbanding untuk rye bread. Roti pumpernickel ini dikatakan baik untuk sistem perncernaan kita.

#10. Brioche bread

Kredit gambar: istockphoto

Roti Brioche ni, rasanya macam roti manis. Ia lembut, berlemak dan mempunyai tekstur yang ringan. Biasanya, ia diperbuat daripada campuran susu, mentega dan telur gitu.

#11. Roti rata/Flat bread

Kredit gambar: istockphoto

Selalu juga kita makan ni di restoran dan gerai kan? Orang Arab dan American memang suka flat bread ni. Ada hidangan yang menggunakan roti ini seperti wrap yang diisi dengan lauk dan sayur-sayuran.

Penghasilannya mudah sahaja dan biasanya menggunakan tepung, air dan garam serta sedikit bahan tambahan yang lain.

#12. Baguette

Kredit gambar: istockphoto

Warna roti ni memang warna coklat di luar dan teksturnya pula keras. Bila nak dihidangkan, akan dipotong-potong dan dimasak dengan cara tertentu seperti grill.

Kalau buat garlic bread dengan roti ni memang sedap kan?

Jenis Roti Dan Khasiatnya

Banyak je jenis roti yang terdapat di pasaran, lain budaya lainlah citarasanya. Yang penting, Mommy pilih yang terbaik untuk kesihatan Mommy sekeluarga ya? Kalau Mommy tak pernah cuba lagi, bolehlah dapatkannya di bakeri atau kedai kek yang berdekatan.