Antara cabaran dan pengalaman baru sebagai ibu bapa adalah menguruskan kebersihan bayi, atau dalam erti kata lain, najis bayi. Siapa lagi yang nak bersihkan bayi kita kalau bukan kita sebagai mak ayahnya sendiri bukan? Mungkin ada yang rasa kurang senang atau tak selesa dengan bau dan warna najis bayi pada mulanya, tapi lama kelamaan anda akan rasa ia adalah normal.
Tak normal kalau najis anak anda mengalami beberapa keadaan. Najis bayi warna hijau? Okay ke tu? Nak tau keadaan apa kalau najis tak normal? Cuba lihat senarai najis bayi di bawah untuk kenali tahap kesihatan bayi anda.
Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bayi yang baru lahir biasanya akan membuang najis dengan banyak dan agak kerap. Dalam beberapa hari yang pertama, bayi akan membuang najis berwarna hijau tua atau hitam, yang turut dipanggil meconium. Bagi bayi yang mula menyusu pula, ciri-ciri najis bergantung kepada penyusuan dan kekerapan penyusudan tersebut. Perubahan terbesar pada ciri najis anak anda berlaku apabila bayi mula diberikan solid foods.
Najis Bayi yang Diberikan Solid Foods
- Najisnya akan keluar hampir serupa dengan apa yang diberikan.
- Bayi yang sudah mula makan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan juga berbau.
- Untuk makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dan kacang panggang, akan menjadi sukar untuk dicerna oleh bayi.
Jenis-jenis Najis Bayi Bergantung Pada Keadaan Kesihatan
-
Najis Anak Mula Makan
Highlighted
Najis bayi yang mula makan akan berubah warna kepada lebih coklat, lebih pekat teskturnya dan bau yang lebih kuat. Mommy akan perasan ada sisa makanan yang tak habis dicerna. Ianya normal pada awal-awal kerana bayi Mommy masih belum dapat mengunyah makanan sampai habis atau dalam kuantiti yang banyak. Tetapi, ianya tidak normal apabila bayi berumur 7-8 bulan. Sekiranya masih ada makanan yang tak cerna, Mommy harus berwaspada. Mungkin anak Mommy kurang nutrisi yang menyebabkan digestion tidak berlaku dengan sempurna.
2. Najis Bayi Menyusu Badan
Bayi yang aktif menyusu badan biasanya mengeluarkan najis yang berwarna kekuningan, dan cair seakan cirit-birit. Maksudnya, bayi anda dalam keadaan yang normal kerana bayi yang menyusu memang akan mengeluarkan najis biasa yang lembut, dan tidak sembelit.
Sekiranya najisnya berubah menjadi kehijaun, itu bermakna bayi kurang hindmilk daripada susu ibu. Mommy boleh menyusu anak lebih lama untuk mengelakkan najis jenis ini ya.
3. Najis Anak Menyusu Susu Formula
Bayi yang diberikan susu formula pula akan mengeluarkan najis yang lebih berisi daripada mereka yang minum susu ibu. Mommy akan perasan macam ada biji-biji pada najisnya. Bau pun lebih kuat berbanding yang menyusu badan sahaja.
4. Najis yang Bermukus
Najis jenis ini biasanya terjadi kerana empat keadaan berikut:
- Bayi alergik pada sesuatu makanan.
- Bayi sedang selesema atau batuk berkahak.
- Menjejes air liur.
- Ada jangkitan kuman dalam perut si manja.
Sekiranya terdapat lendir pada najis bayi, tetapi bayi Mommy normal dan tidak sakit, mungkin makanan yang diberikan sebelum itu tak sesuai dengan anak. Tetapi, kalau berterusan najis berlendir sampai tiga hari, segera bawa berjumpa doktor. Risau ada jangkitan dalam perut bayi.
5. Najis Berwarna Hitam
Najis bayi hanya berwarna hitam pada awal kelahiran dan sekiranya mengambil zat besi tambahan seperti iron. Selain dua ini, jika bayi mengeluarkan najis berwarna hitam, mungkin berlaku pendarahan dalam sistem pencernaan bayi dan perlukan rawatan segera!
6. Najis Berwarna Hijau
Jika najis anak anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi anda diberikan terlalu banyak gula asli yang terdapat dalam susu. Sepatutnya anak anda mendapat susu lemak yang mengenyangkan sepanjang penyusuan. Hal ini mungkin kerana akibat terlebih penyusuan atau kurang penyusuan. Mungkin juga terdapat kuman dalam perut bayi anda.
Sekiranya masalah ini berlarutan, segera berjumpa doktor untuk mengetahui punca masalah dan mengelakkan daripada dijangkiti penyakit yang lain.
7. Palitan Darah pada Najis
Kalau Mommy perasan terdapat palitan darah pada najis anak anda, ianya mungkin disebabkan sembelit. Hal ini kerana proses peneranan semasa dia membuang air besar yang mengakibatkan rekahan pada dubur. Lebih elok Mommy dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan punca sebenar palitan darah tersebut.
8. Najis Bayi yang Sembelit
Jarang untuk bayi anda membuang najis berbentuk keras. Sekiranya ini berlaku, mungkin bayi anda sedang sembelit. Untuk mengurangkan sembelit bayi, Mommy boleh cuba beras perang kerana kandungan fibernya yang tinggi, dapat membantu melawaskan sistem pencernaan.
Adakah bayi saya mengalami sembelit?
Seseorang bayi dikatakan mengalami sembeli sekiranya najis yang dikeluarkan seperti batu kecil. Tetapi, najis yang cair juga boleh menunjukkan bayi anda sedang mengalami sembelit kerana najis cair dapat melepasi najis besar dalam usus dan mengalir keluar. Jika ada palitan darah seperti nombor 7 di atas juga menunjukkan anak anda sedang sembelit.
Kenapa berlakunya sembelit?
Sembelit sering berlaku akibat kurangnya air atau penyahhidratan. Sama seperti kita yang dewasa, bayi juga boleh mengalami sembelit akibat kurangnya air, atau pertukaran susu – daripada susu ibu ke susu formula. Weaning juga boleh menyebabkan warna najis yang dikeluarkan berbeza.
Makanan yang Dapat Mengelakkan Bayi Sembelit
- Bayi kurang 6 bulan dan diberikan susu formula = tukar jenis susu formula. Mungkin susu yang digunakan sekarang tidak sesuai dengan bayi anda.
- Bayi yang lebih daripada 6 bulan = berikan lebih banyak air dan juga jus buah-buahan seperti jus epal atau prun.
- Tambahkan makanan yang mempunyai serat tinggi seperti barli.
- Galakkan anak melakukan aktiviti fizikal seperti merangkak atau menggerakkan kaki anak.
- Sentiasa urutkan bahagian perut untuk melegakan sembelit.
Najis bayi saya berdarah. Kenapa ya?
Selain sembelit, ada pelbagai sebab kenapa najis anak anda berdarah. Antara sebab-sebabnya adalah:
- Alahan pada Susu Lembu
- Selain lactose intolerant, ada sesetengah bayi alah pada susu lembu. Apa yang ibu boleh lakukan ialah teruskan penyusuan ibu secara eksklusif sehingga umurnya enam bulan. Berikan makanan pelengkap yang berkhasiat apabila dia mencapai umur enam bulan dan ke atas sahaja.
- Ibu yang menyusu juga harus mengelakkan daripada mengambil makanan seperti susu, keju, dadih, yogurt dan juga daging lembu kerana mengandungi protein lembu.
- Jangkitan virus atau bakteria
- Jangkitan bakteria atau virus pada usus juga boleh menyebabkan pendarahan pada najis. Sekiranya berlaku dengan banyak atau kerap, segeralah bawa anak anda berjumpa doktor.
- Intussusception
- Ini adalah keadaan di mana sebahagian daripada usu masuk ke bahagian usus lain yang menyebabkan usus tersumbat. Situasi ini sangat membahayakan kesihatan si manja dan perlukan rawatan segera. Ia kerap berlaku pada kanak-kanak berumur 5 ke 9 bulan. Najisnya akan bercampur darah dan juga seakan berlendir.
Maaf ya kalau gambar-gambar di sini agak menjijikkan. Fikir positif je tau. Sebagai perkongsian dan ilmu tambahan buat ibu bapa, terutamanya mereka yang bakal menantikan kehadiran cahaya mata sulung. Apa yang anda baca boleh dijadikan panduan dan persediaan di masa hadapan.