Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kenalpasti Punca dan Cara Hilangkan Jerawat Badan Dengan Mudah

Jerawat badan biasanya akan tumbuh di kawasan seperti dada, belakang, pinggang, perut serta punggung. Jika dibiarkan, maka wujud risiko muncul tompok hitam, parut dan keloid.

Bukan bahagian kulit muka sahaja kita perlu menjaga, malah keseluruhan bahagian tubuh badan juga penting.

Cara menghilangkan jerawat badan adalah lebih sukar berbanding jerawat wajah kerana ia melibatkan kawasan yang lebih luas dan besar.

Tapi Mommy jangan bimbang, masih ada cara yang boleh hilangkan jerawat badan dengan berkesan.

Punca-Punca Berlakunya Jerawat Badan 

  • Genetik keluarga
  • Makanan diet tertentu
  • Jangkitan bakteria
  • Badan kerap berpeluh
  • Pengeluaran minyak atau sebum yang berlebihan
  • Ubat-ubatan yang mengandungi kortikosteroid, testosteron dan litium
  • Aktiviti berlebihan oleh hormon androgen
  • Folikel rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati

10 Cara Hilangkan Jerawat Badan Dengan Mudah 

1. Mandi setelah berpeluh

Keadaan permukaan kulit yang lembap akibat peluh memberikan ruang dan peluang yang baik bagi pertumbuhan jerawat.

Oleh itu, pastikan Mommy mandi dan bersihkan diri selepas melakukan aktiviti-aktiviti yang berpeluh seperti bersukan dan sebagainya bagi mengelakkan masalah jerawat badan timbul.

Highlighted


2. Pakaian yang mempunyai fabrik yang baik 

Elakkan dari memakai pakaian yang ketat dan kasar. Jenis fabrik yang baik untuk elakkan jerawat adalah yang diperbuat daripada kapas ( cotton ). Ia memberikan pengudaraan yang baik lalu mengurangkan peluh

3. Krim pelembap 

Penggunaan krim pelembap yang sesuai dengan kulit anda membantu dalam mengurangkan pengeluaran sebum secara berlebihan.

Ini dapat mengelakkan liang-liang roma tersumbat yang merupakan punca utama pembentukkan jerawat.

4. Chemical peel 

Kaedah ini menggunakan melibatkan teknik pengelupasan kulit. Agresif dan pantas. Itu adalah konsep yang diterapkan dalam rawatan ini.

Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk :

  • Glycolic Acid
  • Salicylic Acid
  • Trichoroacetic Acid

Walaupun ia agak agresif namun ia membuahkan hasil seperti jerawat kering dengan cepat. Pastikan Mommy mendapatkan khidmat rawatan ini melalui doktor-doktor yang bertauliah sahaja.

5. Membuang jerawat 

Rawatan ini pula mengaplikasikan metod picitan pada jerawat agar ia terkeluar dari kalenjar. Risiko cara ini adalah kesan parut turut akan terjadi apabila ia tidak dilakukan dengan betul.

6. Menjaga pemakanan

Diet pemakanan juga memainkan peranan penting bagi mengatasi jerawat.

  • Minum air bersih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari yanng bersamaan dengan 1.5 – 2 Liter sehari
  • Memperbanyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan anda
  • Pengambilan makanan yang tinggi kandungan Omega 3 seperti ikan Salmon, Tenggiri dan Kembung Besar.
  • Makanan yang berserat tinggi seperti ubi, kekacang dan whole grain/whole wheat.

7. Menggunakan sabun badan  

Pemilihan sabun badan sangat penting ye Mommy terutama bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Pastikan sabun yang digunakan mengandungi bahan – bahan yang mampu menyelesaikan masalah liang-liang roma tersumbat dengan mengeluarkan sisa-sisa kulit mati dan sebum darinya.

  • Glycolic Acid – Bertindak mengeluarkan sel-sel mati yang tersumbat.
  • Lactic Acid – Befungsi dalam memberikan kelembapan pada lapisan kulit dan mengeluarkan sel-sel mati.
  • Asid Salicylic – Menggalakkan pembentukkan sel-sel baru selain mengeluarkan sel-sel mati.
  • Phlorogine – Dengan ciri yang dimilikinya pengeluaran minyak daripada kalenjar-kalenjar dapat dikurangkan.

8. Membersihkan tempat tidur 

Tempat tidur merupakan kawasan yang terkumpulnya sel-sel kulit yang telah mati, debu-debu dan bakteria.

Pastikan cadar dan sarung batal selalu ditukar dan dicuci bersih bagi membuang semua bakteria.

9. Penggunaan gel lidah buaya

Lidah buaya dapat meredakan keradangan kulit akibat jerawat. Mudah sahaja, hanya sapukan gel lidah buaya pada bahagian jerawat tersebut.

10. Minum air buah lemon 

Air lemon dapat membantu mengurangkan keradangan akibat jerawat. Elakkan daripada menggunakan ia di saat kulit anda sedang mengalami radang yang teruk.

Mommy perlu ingat bahawa air dari buah lemon ini bersifat asid dan boleh menghakis kulit.

Nak rawat masalah jerawat ni bukan ambil masa yang singkat, jadi Mommy kena rajin dan konsisten okay.

Jaga pemakanan dan gaya hidup untuk kesan yang lebih cepat dan berkesan.

Selamat Mencuba Mommy!


Dapatkan lebih banyak tips tentang kesihatan dan perubatan di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.