Ibu, Bayi & Kanak Kanak

3 Sebab Mengapa Tumbuh Jerawat Selepas Hamil

jerawat selepas hamil

Anda mencari cara penyelesaian dan sebab tentang bagaimana berlakunya jerawat selepas hamil? Anda mungkin sukakan kulit yang licin, tetapi bagaimana dengan jerawat yang degil timbul? Pernahkah anda mencuba segalanya untuk membuang jerawat tersebut, tetapi gagal?

Jika masalah kulit ini yang sedang anda hadapi, baca untuk mengetahui tentang jerawat selepas hamil.

Apa itu jerawat?

Highlighted


Jerawat juga dikenali sebagai Acne Vulgaris. Ia adalah sejenis penyakit kulit yang melibatkan gland minyak di bawah kulit anda di folikel anda. Jerawat timbul pada remaja kerana perubahan hormone. Kulit anda mempunyai pori kecil yang berhubung dengan gland minyak pada kulit anda. Gland ini berhubung dengan pori melalui folikel.

Gland minyak menghasilkan minyak yang dikenali sebagai sebum. Sebum membantu membawa keluar sel mati melalui folikel. Apabila folikel dihalang, ia akan menyebabkan terkumpulnya minyak bawah kulit anda. Ia akan terjadinya jerawat. Apa itu jerawat selepas hamil?

Jerawat selepas hamil adalah biasa dan normal. Anda mungkin mengalami jerawat ini di muka dan bahagian lain. Apabila anda sudah bersalin, hormon anda akan berubah secara perlahan. Ia akan membantu mengecutkan jerawat anda. Jerawat ini akan kekal beberapa bulan atau hilang dalam beberapa minggu: ia berlainan pada setiap orang.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Apa yang menyebabkan jerawat selepas hamil?

Semasa anda hamil dan bersalin, badan anda akan mengalami beberapa perubahan. Jerawat akan timbul oleh beberapa sebab selepas hamil. Terdapat beberapa sebab:

1. Perubahan hormon

Badan anda akan melalui beberapa perubahan hormon semasa mengandung dan bersalin. Dalam beberapa kes, anda akan mengalami jerawat disebabkan hormone. Menyusu juga menghasilkan beberapa hormon yang menyebabkan jerawat.

2. Dehidrasi

Ia mungkin kedengaran ironic, tetapi jika anda kurang hidrasi, kulit anda akan menjadi teruk! Selepas bersalin, anda akan mendapati ianya sukar untuk mencari masa untuk diri anda sendiri. Huru-hara yang terjadi, dan menjaga bayi anda, anda mungkin lupa untuk minum air yang cukup. Ia akan membuatkan anda kurang hidrasi. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari untuk memastikan kulit anda kekal hidrat.

3. Tekanan dan kurang tidur

Ia adalah sifat semulajadi untuk berasa tertekan dan kurang tidur apabila anda mempunyai bayi kecil di rumah. Ia akan tertumbuhnya jerawat. Cuba untuk tidur sebanyak yang boleh. Jika tidak boleh tidur, cuba untuk berehat sebanyak yang mungkin. Minta pertolongan dari pasangan anda apabila anda berasa tertekan. Ia akan memberikan tubuh anda rehat yang diperlukan. Ia juga akan membantu untuk menjaga bayi anda dengan lebih baik.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bagaimana untuk mencegah atau mengurangkan jerawat selepas hamil?

Perkara pertama yang anda boleh lakukan untuk memastikaan jerawat anda tidak merebak ialah dengan tidak menyentuhnya. Halang perasaan untuk memicitnya. Elakkan dari terkena pancaran matahari. Gunakan krim UV setengah jam sebelum keluar.

Anda mungkin ingin menukarkan pencuci muka anda yang lebih lembut dan berkesan pada jerawat anda. Pencuci yang mengandungi bahan seperti chamomile, the hijau, lavender dan minyak eucalyptus bagus untuk menyelesaikan masalah jerawat.

Makan pemakanan yang sihat, minum air secukupnya, rehat yang banyak dan cuba untuk mengurangkan tekanan semampu yang boleh.

Artikel ini dipetik dari JerawatSelepas Bersalin