Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Rintihan Seorang Ayah atas Pemergian Anaknya, Joel Neo

Bapa mana yang tak sayangkan anak? Walaupun ayah-ayah kita selalu ego tak nak tunjukkan kasih sayang mereka, tetapi kita tahu, kasih sayangnya adalah abadi. Tetapi, rintihan seorang ayah kepada Joel Neo, Desmond Neo, adalah sangat perit untuk dirasai bagi mana-mana ibu-bapa di dunia ini.

Highlighted

Joel Neo – Facebok

Desmond Neo berkongsi dengan netizen, keperitan yang dirasai dengan pemergian anak kecilnya yang berusia sekecil 11 bulan disebabkan kecuaian pihak hospital. Ceritanya bermula apabila sikecil Joel demam panas sampai mencecah 39ºCelcius pada 24 April 2017 baru-baru ini. Seperti apa yang semua ayah akan lakukan, beliau bergegas membawa anaknya ke hospital berdekatan, yang terletak di daerah Batu Pahat. Bila doktor sudah membuat pemeriksaan, dikatanya ia hanyalah demam biasa dan pihak hospital cuma memberi ubatan yang biasa sahaja.

Joel Neo – Facebok

Kenangan patih bermula selepas 4 jam Desmond memberi ubat kepada anaknya, apabila beliau sedar bibir anaknya, Joel bertukar menjadi kebiru-biruan dan kaki anaknya menjadi hitam. Dengan perasaan yang sangat takut, Desmond terus menghubungi pihak hospital dan doktor yang bertugas hanya memberi tahu bahawa perubahan itu adalah normal. Dengan perasaan pelik, doktor menyarankan untuk menaikkan lagi dos ubat selepas 7 jam daripada pengambilan yang pertama.

Selepas memberi ubat mengikut dos yang disarankan doktor, sikecil Joel tidur dengan nyenyak, terlampau nyenyak sampai membimbangkan Desmond dan isteri dan tiada bantuan yang jururawat dan doktor berikan kepada Joel dan memberitahu bahawa itu adalah kesan daripada ubatan yang diberikan. Dengan rasa tidak puas hati, Desmond menyatakan beliau ingin dipindahkan ke hospital lain tetapi hanya boleh dibuat pada keesokkan hari sahaja. Pada keesokkan hari nya, suhu demam Joel meningkat lagi ke 40ºCelcius dan dengan perasaan bimbang, Desmond bergegas memanggil jururawat dan meminta jururawat untuk memanggil doktor untuk pemeriksaan lanjut. Apabila Desmond merayu untuk berjumpa dengan doktor, beliau diminta untuk membuat pembayaran extra sebanyak RM150.

Keperitan Desmond dan isteri menjadi lebih parah apabila demam Joel meningkat lagi ke 41.4ºCelcius dan membuang air besar yang berair dan tak normal. Sekali lagi, rayuan untuk berjumpa dengan dokror ditolak. Tetapi, entah kenapa, jururawat tersebut enggan membuat demikian dan doktor hanya menyarankan desmond untuk menurunkan suhu air-cond paling sejuk dan lap badan Joel dengan air sejuk untuk menurunkan suhu badan anaknya itu. Secara logiknya, itu adalah kerja nurse untuk pastikan pesakit dalam keadaan yang sebaik mungkin.

Joel Neo – Facebok

Pada jam 6 dalam hari yang sana, tiba-tiba anaknya memuntah cecair merah kehitam-hitaman yang dipercayai adalah darah. Dan pada saat dan ketika itulah baru doktor hospital itu memberi tahu Desmond yang mereka tidak dapat memberi rawatan lanjutan disebabkan oleh kekurangan kakitangan dan menyarankan Despon untuk berpindah ke hospital lain.

Tiada yang indah dalam cerita ini tetapi hanyalah keperitan yang kita semua dapat rasakan apabila sikecil Joel menghembus nafas terakhirnya selepas 11 hari menderita demam panas. Dan pihak hospital yang snagat sadis, langsung tidak bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi.

Cerita sebenar ini Desmond mengingatkan ibu-bapa diluar sana untuk lebih berhati-hati kalau berdepan dengan situasi yang sama. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kepada sikecil Joel Neo, tenanglah engkau disana. Dan kami di motherhood.com.my ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Desmond Neo. atas pemergian sikecil.