Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Idea Reka Bentuk dan Tips Untuk Kabinet Bilik Tidur Yang Terkini

Seiring dengan perkembangan teknologi, fesyen dan reka bentuk hiasan dalaman turut berubah. Kalau dulu-dulu, atok dan ennek selalu belikan rak baju dan almari kayu je untuk susun barang keperluan dalam bilik tidur.

Sekarang ni, bila kita tengok semakin banyak reka bentuk kabinet bilik tidur yang menarik, pada harga yang berpatutan pula tu, rasa macam teruja nak ada kabinet macam tu dalam bilik tidur sendiri kan?

8 Idea Reka Bentuk Kabinet Bilik Tidur Yang Terkini 

Sebenarnya, bahan asas binaan kabinet tu tak ada beza sangat pun Mommy. Yang menariknya lebih kepada reka bentuk kabinet itu sendiri.

Jom, kita tengok beberapa idea reka bentuk kabinet bilik tidur yang terkini:

#1. Jenis tergantung

Highlighted

Kredit gambar: guyabouthome.com

Yang ini, murah dan portable. Di mana je boleh letak kabinet bilik tidur yang macam ni. Tergantung dan tertutup, cantik kan?

#2. Jenis walk-in

Kredit gambar: archify.com

Haa…kalau ada bajet lebih sikit, bolehlah buat kabinet bilik tidur walk-in. Hari-hari kalau pilih baju, rasa macam tengah shopping je.

Tetapi kekurangannya, tak boleh ubah tempat atau reka bentuk semudah almari biasa lah.

#3. Jenis built-in

Kredit gambar: online-bedrooms.co.uk

Lebih kurang seperti kabinet bilik tidur walk-in, kabinet jenis built-in ni biasanya merangkumi satu ruang dalam bilik tidur je.

Untuk jimat ruang, ia dibina di ruang dalam dan tinggi mencecah siling bilik tidur tetapi kosnya tidaklah sebanyak kabinet bilik tidur walk-in.

#4. Jenis bersudut

Kredit gambar: livspace.com

Selalunya kita tengok orang beli almari atau kabinet bilik tidur yang berbentuk segi empat sama atau segi empat panjang kan?

Sekarang ni dah banyak dah reka bentuk yang unik seperti reka bentuk kabinet bilik tidur bersudut. Memang manfaatkan ruang habis ni!

#5. Bersama loft bed

Kredit gambar: thespruce.com

Ada sesetengah asrama di sekolah menengah atau universiti yang menggunakan konsep ini kan? Memang cantik dan menjimatkan ruang kabinet bilik tidur bersama loft bed ni.

Pakaian, buku dan barang peribadi; semua boleh susun dalam kabinet ni.

#6. Jenis headboard

Kredit gambar: decorpad.com

Daripada beli yang kosong je, apa kata beli katil yang reka bentuk headboard nya tu kabinet bilik tidur terus?

Untuk Mommy dan Daddy yang banyak barang nak letak dan capai ketika menjelang waktu tidur, memang sesuai sangat pilih reka bentuk kabinet bilik tidur ni!

#7. Di Bilik Utama

Kredit gambar: nofran-electronics-furnitures.com

Beli asing-asing ke seragam semua? Haa.. kalau Mommy nak deco bilik tidur yang seragam, dari katil, kabinet, almari pakaian; bolehlah beli satu set kabinet bilik tidur master bedroom.

#8. Bersama Panel TV

Kredit gambar: livspace.com

Tak semestinya ada di ruang tamu je, boleh juga letak TV dalam bilik tidur. Beli terus satu set kabinet TV tu bersama dengan katil.

Dah banyak reka bentuk macam ni Mommy. Boleh simpan barang peribadi dan tengok TV!

3 Tips Pilih Kabinet Bilik Tidur

Nak beli atau bina kabinet bilik tidur ni, bukan boleh suka-suka je. Kita nak ruang bilik tidur kita cantik dan menenangkan kan Mommy? Jadi kenalah peka dengan beberapa aspek untuk pilih yang terbaik:

#1. Pilih yang berkualiti

Kredit gambar: guyabouthome.com

Bila nak memilih kabinet bilik tidur, pentingkan kualiti berbanding dengan kuantiti (kos) ya. Nanti kalau beli yang tak tahan lama, bila dah rosak kena ganti yang baru.

Jika dikira-kira, lebih kurang je nanti kosnya. Utamakan kualiti pada pintu kabinet ya. Itu yang selalunya rosak apabila sentiasa dibuka tutup.

#2. Seragamkan dengan perabot lain

Kredit gambar: guyabouthome.com

Tak boleh kalau berkenan yang tu, terus beli je tanpa fikirkan kesesuaian deco. Mommy kenalah match kan kabinet bilik tidur dengan perabot-perabot lain dalam bilik tidur tu.

Dari segi corak, warna, material nya, semualah!

#3. Saiz

Kredit gambar: guyabouthome.com

Kabinet untuk bilik tidur Mommy mungkin tak adalah dirisaukan sangat. Tetapi kalau untuk bilik tidur anak, kena fikir betul-betul.

Tengok pada ukuran saiz bilik dan kabinet tu ya Mommy. Padankan dengan elok supaya sesuai untuk ukuran bilik juga.

Nasihat Motherhood, pilihlah kabinet bilik tidur yang sesuai dengan citarasa dan bajet Mommy dan Daddy ya? Lama nak guna ni, fikirkan secara menyeluruh dan sebaiknya, dapatkan pandangan daripada orang sekeliling juga.


Dapatkan panduan dekorasi rumah yang lain dengan klik SINI!