Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Tengok 10 Idea Kabinet Dapur Murah dan Cantik (Pada Kos Rendah!)

Sumber: Adobe Stock

Setiap orang tentu ada rumah idaman mereka yang tertentu, betul tak? Secara khususnya pula, Mommy juga tentu ada ruang tamu idaman, bilik air idaman, dan macam-macam lagi perkara yang diidamkan untuk membuat rumah sendiri selesa dan sedap dipandang.

Salah satu ruang dirumah yang amat penting tentulah dapur! Bak kata pepatah dari Barat, dapur ialah jantung atau nadi sebuah rumah. Ini kerana semua ahli keluarga atau keluarga dan rakan-rakan yang datang melawat tentu akan berkumpul didapur, membuatkannya tempat paling meriah dan ‘lively‘.

Kalau Mommy ada rancangan untuk upgrade reka bentuk dapur, Mommy boleh mulakan dengan mencari kabinet dapur murah dan cantik. Selalunya kabinet dapur membentuk kira-kira 50% daripada kawasan dapur, sebab itu memilih kabinet dapur yang betul dapat menaikkan seri sesebuah rumah.

Idea Kabinet Dapur Murah Dan Cantik

1. Kabinet Dapur Tema Pastel

Highlighted

Sumber: Sebring Design Build

Warna pastel memang digemari ramai kerana tona warnanya yang sejuk tentu dapat menenangkan mata memandang. Terdapat pelbagai warna pastel menarik yang sesuai untuk kabinet dapur seperti warna hijau pastel atau hijau pistachio yang menjadi kegemaran ramai. Selain daripada menukar kabinet dapur kepada warna ini, Mommy juga boleh cuba mengecat kabinet dapur yang sedia ada menggunakan cat yang besesuaian.

2. Kabinet Dapur Minimalis

Sumber: skywalkerinterior.com

Jika ruang dapur Mommy adalah kecil, jenis kabinet dapur yang minimalis dapat membuatkan dapur nampak luas dan kemas. Gaya untuk minimalis selalunya menggunakan tona warna yang cerah, dan jika menggunakan bahan-bahan kayu, gunakan juga warna kayu yang cerah.

3. Kabinet Dapur Jenis Besi

Sumber: Emil Dervish

Kabinet dapur dengan tema perindustrian menggunakan besi atau stainless steel sebagai bahan utamanya. Mommy tak perlu gunakannya untuk seluruh bahagian dapur, tapi satu bahagian sahaja sudah cukup untuk memberi impak. Kabinet menggunakan keluli tahan karat adalah tahan lasak dan lama, sebab itu ia amat popular untuk digunakan di dapur profesional dan komersial.

4. Kabinet Dapur ‘Bold‘ Dengan Perkakasan Mewah

Sumber: Douglas Friedman

Untuk impak yang besar pada kabinet dapur, Mommy boleh gunakan warna yang bold atau berani seperti warna merah! Naikkan lagi seri warna itu dengan menggunakan perkakasan seperti tombol emas yang mewah dan extravaganza! Cara ini menunjukkan reka bentuk kabinet dapur tersebut memang bertujuan untuk nampak berlebih-lebihan dan memberi impak yang besar.

5. Kabinet Dapur Putih Klasik

Sumber: mydomaine.com

Untuk reka bentuk yang klasik, Mommy boleh pilih warna putih krim yang bukan sahaja klasik, tetapi ia juga adalah reka bentuk dan warna yang tentu akan menjadi pilihan ramai sepanjang zaman. Untuk menaikkan seri warna putih itu, Mommy boleh selitkan warna lain pada bahagian kecil, ataupun menambah aksesori yang berwarna gelap.

6. Kabinet Dapur ‘Usang’

Sumber: Stacy Ling

Usang disini tak bermaksud kabinet dapur Mommy adalah jenis lama atau lapok! Tapi hanya usang dari segi gaya dan reka bentuknya. Selalunya ia dibuat dengan efek atau teknik ‘whitewash‘ atau warnanya dicat dengan cat kapur yang boleh membuatkannya nampak ala-ala usang, tetapi kalau dibuat dengan betul dapat memberi impak yang amat menarik.

7. Kabinet Dapur Yang Di Lakuer

Sumber: Francesco Lagnese

Pilih ‘glam’ dengan kilauan tinggi menggunakan lakuer dalam warna dramatik yang mendalam seperti merah ‘wine‘ atau ‘burgundy’. Warna penuh yang teguh seperti ini berserta dengan kilauan dari lakuer dapat menambah kedalaman dan glamor di dapur Mommy. Memang unik!

8. Kabinet Dapur Serba Gelap

Sumber: Fantastic Frank

Untuk satu lagi impak yang dramatik, Mommy boleh pilih warna yang gelap bukan sahaja untuk kabinet dapur, tetapi juga perabot didapur yang lain seperti meja, kerusi, dan sink. Untuk reka bentuk ini, pastikan ruang dapur Mommy mendapat cahaya yang mencukupi, kalau tak, kawasan ini akan nampak terlalu gelap dan murung!

9. Kabinet Dapur Murah Dan Cantik Bertekstur

Sumber: Felix Forest / Arent & Pyke

Menggunakan tekstur adalah trend baru yang digemari ramai. Ia boleh digunakan dalam pelbagai dekorasi rumah, termasuklah kabinet dapur. Gunakan tekstur pada pintu kabinet atau perkakasan kabinet. Kabinet dapur beralur atau berpanel kayu boleh membuatkannya nampak canggih dan moden.

10. Kabinet Dapur Dwi-Tona

Sumber: Ginny Macdonald / Sara Liggoria-Tramp

Kalau Mommy tak boleh pilih satu warna sahaja, pilihlah dua warna untuk kabinet dapur! Asalkan kedua-dua warna tersebut saling melengkapi, reka bentuk ini dapat membuatkan kabinet dapur Mommy nampak amat unik dan moden. Pilih satu warna yang terang dan satu warna yang sedikit gelap untuk impak yang cantik.

Tips-tips Untuk Memilih Kabinet Dapur Murah Dan Cantik

1. Pasang Kabinet Tinggi

Sumber: Winnie Au @ House Beautiful

Jika rumah Mommy tidak banyak ruang untuk dapur, manfaatkan ruang tinggi di dapur dan letakkan kabinet di kawasan tersebut supaya dapat menjimatkan ruang sementara masih mempunyai ruang penyimpanan yang banyak.

2. Gunakan Perabot Biasa

Sumber: Romanek Design Studio

Daripada menggunakan kabinet untuk seluruh bahagian dapur, Mommy boleh pertimbangkan menambah satu atau dua jenis perabot lain seperti rak terbuka untuk menyimpan barangan dapur yang boleh juga berfungsi sebagai barang hiasan. Jadi, kos untuk kabinet dapur boleh dikurangkan.

4. Langsir Sebagai Pintu Kabinet

Sumber: Anna Malmberg

Salah satu gaya kabinet dapur yang sering digunakan oleh negara di Barat ialah dengan menggunakan sejenis langsir atau tirai untuk menutup sesuatu bahagian kabinet dapur. Ia sering digunakan untuk kabinet dibawah sink dimana kawasan itu dibiarkan terbuka untuk mengelakkan pertumbuhan kulat. Jadi kos kabinet dari sini boleh dikurangkan.

5. Kabinet Dapur Pasang Siap

Sumber: IKEA Malaysia

Kabinet dapur sudah tentu mahal jika ia dibuat mengikut spesifikasi yang diingini oleh Mommy, ataupun ‘customised‘. Sebenarnya terdapat banyak kabinet dapur pasang siap yang Mommy boleh jumpa dalam saiz standard yang sering digunakan dan boleh dipasang dengan senang. Salah satu jenis kabinet dapur pasang siap yang popular ialah dari IKEA, tetapi terdapat banyak juga penjual tempatan lain yang menawarkan produk ini.

6. Pilih Reka bentuk Selang-Seli

Sumber: Brie Williams

Reka bentuk yang berselang-seli bukan sahaja dapat memberi impak kepada kabinet dapur Mommy, tapi juga boleh mengurangkan kos kerana tidak menggunakan bahan berkos tinggi sahaja. Contohnya, reka bentuk selang-seli boleh digunakan pada pintu kabinet, dimana bahagian bawah menggunakan pintu bertutup penuh, manakala bahagian atas menggunakan cermin.

Semoga bermanfaat.