Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Jenis Kacang Untuk Ibu Hamil Yang Penuh Dengan Kebaikan – Antara Makanan Pengganti Protein Haiwan Terbaik

Kacang Untuk Ibu Hamil

Kacang untuk ibu hamil merupakan antara makanan super yang boleh dimakan sangat baik untuk perkembangan janin.

Kandungan nutrien dan sumber vitamin yang tinggi di dalamnya mampu memberi nutrisi yang betul kepada wanita hamil dan bayi.

Terdapat pelbagai jenis kacang yang boleh dimanfaatkan kebaikannya sepanjang kehamilan.

Ikuti perkongsian di bawah ini untuk mengetahui jenis kekacang dan apakah kebaikannya kepada bayi dan ibu.

Jom lihat!

Jenis Kacang Untuk Ibu Hamil Dan Kebaikannya

#1. Kacang Chesnut Baik Untuk Ibu Hamil

Highlighted


Ia berupaya untuk memberikan kesihatan kepada jantung, melancarkan sistem pencernaan sekaligus mengelak berlakunya sembelit, mengawal gula dalam darah dan meningkatkan daya tahan tubuh serta kecerdasan otak.

#2. Jenia Kacang Untuk Ibu Hamil Iaitu Kacang Hijau

Selain kacang panjang, kacang hijau juga merupakan kacang yang baik dan mempunyai pelbagai khasiat untuk ibu hamil kerana mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Doktor turut mengesyorkan pengambilan sayuran kacang hijau ini secara berkala.

Antara khasiatnya adalah ia dapat mencegah kelahiran bayi pramatang atau kelahiran cacat, mencegah risiko bayi menghidap anemia, melancarkan sistem pencernaan, membantu bayi berkembang dengan sihat, mengawal tekanan darah dan menangkal radikal bebas.

#3. Kacang Tanah

Seterusnya adalah kacang tanah. Kacang tanah mengandungi folat dan protein.

Menurut beberapa kajian, kandungan folat dan asid folik di dalam kacang tanah mampu mencegah kecacatan kelahiran, terutama dalam otak dan juga tulang belakang (spina).

Malah, kandungan protein yang tinggi di dalamnya juga sangat penting bagi tumbesaran bayi semasa trimester kedua dan ketiga.

Ia juga dapat mengatasi sembelit, mengembalikan tenaga, sangat baik untuk kesihatan kulit dan rambut serta kandungan magnesium dan potasium di dalamnya juga berupaya untuk mengawal tekanan darah.

#4. Kacang Untuk Ibu Hamil: Kacang Badam

Kacang badam merupakan sejenis kacang yang rendah lemak dan rendah kalori tetapi ia kaya dengan protein dan serat di mana ia sangat diperlukan oleh ibu hamil dan janin.

Terdapat pelbagai khasiat kepada wanita hamil dan bayi antaranya ia mampu mencegah gangguan metabolisme pada bayi, mencegah berat badan berlebihan ketika hamil, meningkatkan pengeluaran sel darah merah, mencegah masalah asma, mengatasi sembelit dan mampu mengawal tekanan darah semasa hamil.

#5. Kacang Gajus

Kandungan magnesium di dalam kacang gajus sangat bagus dalam merangsang pembentukan tulang, otot, tisu dan organ badan bayi di dalam kandungan dan juga untuk ibu hamil.

Selain itu, magnesium di dalamnya juga penting untuk sistem imuniti badan, menggerakkan fungsi saraf, mengekalkan kesihatan tulang dan juga tekanan darah yang normal.

#6. Kacang Merah

Pilihan kacang yang bagus untuk ibu hamil yang seterusnya adalah kacang merah yang mempunyai kandungan seperti serat, protein, dan zat besi untuk menjaga tubuh ibu dan janin.

Ia juga kaya dengan antioksidan yang menghindarkan ibu dan bayi daripada radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh.

Khasiatnya yang lain pula adalah membantu perkembangan tulang dan gigi yang sihat, menyeimbangkan tekanan darah, mencegah kekejangan semasa hamil, mengawal kadar gula dalam tubuh dan mencegah kelahiran cacat.

#7. Kacang Peas

Ia sangat kaya dengan asid folik yang sangat membantu dalam sintesis DNA di mana ia dapat mencegah kecacatan genetik pada bayi.

Selain itu, ia juga kaya dengan likopena, lutein dan serat.

Kacang peas berupaya untuk membantu dalam membentuk tulang yang kuat manakala kandungan zink di dalamnya mampu melindungi sistem imun.

Antara khasiat lain adalah ia dapat meningkatkan kolesterol HDL dalam badan dan mengurangkan kolesterol LDL dalam badan serta mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B9.

#8. Kacang Macadamia

Antara khasiat kacang ini untuk ibu hamil dan janin adalah ia berupaya mencegah penyakit jantung, mempunyai kandungan antioksidan dan kandungan protein serta serat yang tinggi, membantu memberi kesihatan kepada tulang dan otak serta menyokong kekuatan sel dan tisu tubuh.

#9. Kacang Untuk Ibu Hamil: Kacang Pistachio

Wanita hamil sangat digalakkan untuk mengamalkan kacang pistachio ini kerana ia boleh membantu menaikkan bacaan Hb.

Selain rasanya yang berlemak dan sangat sedap, kacang pistachio juga sangat baik untuk perkembangan otot janin, membantu meningkatkan kadar kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat serta menyeimbangkan kadar lemak, meningkatkan daya tahan tubuh sepanjang kehamilan, menurunkan risiko anemia serta membantu mengatasi sembelit yang sering dialami oleh ibu hamil.

#10. Kacang Kuda

Menurut United States Department of Agriculture (USDA), kacang kuda mampu membekalkan tenaga sebanyak 269kcal dengan secawan atau 164g kacang kuda yang dimasak.

Ia juga sangat tinggi dengan kandungan protein di mana bagi wanita hamil yang vegetarian adalah baik untuk menggantikannya dengan protein haiwan.

Kacang ini juga mampu mengawal berat badan, memiliki kadar GI atau low glysemic index yang rendah yang sangat sesuai dimakan oleh ibu mengandung yang mengalami kencing manis (GDM) atau yang perlu mengawal paras gula dengan ketat.


Dapatkan pelbagai lagi tips kesihatan dan kehamilan serta panduan-panduan berguna yang lain di SINI!