Sambutan hari bapa merupakan peringatan dan penghargaan untuk seorang lelaki yang bergelar ayah.
Sejak dari kecil, anak-anak telah di didik untuk sentiasa hormat dan sayang akan ayah mereka.
Anak-anak pastinya teruja untuk membuat kad hari bapa di rumah serta dapat mengasah kreativiti mereka dengan baik. Jadi, Mommy bolehla membuat aktiviti ini bersama anak-anak.
Meskipun hanya sekeping kad, tapi ianya cukup bermakna apabila dibuat dengan hasil tangan sendiri untuk bapa tersayang.
Mari Min kongsikan beberapa idea kad diy yang mudah dan pastinya menarik yang boleh menambat hati ayah.
15 Idea Menarik Kad Hari Bapa DIY
#1. Kad Bow Tie
Kad bow tie ini antara yang mudah dan menarik untuk dijadikan sebagai kad ucapan sempena hari bapa.
Bukan sahaja agak lucu, tetapi cukup comel pasti ayah akan suka apabila melihat kelainan kad ini luar biasa.
Menarik kan Mommy, jadi kalau mommy dan anak-anak berminat untuk membuat kad ini boleh lihat di sini.
#2. Kad Tuxedo
Kad yang bertemakan “suit and tie” sesuai untuk ayah yang bekerja koprat dan suka berpakaian kemas. Kad ini pasti akan memberikan senyuman kerana sama dengan penampilan kerjanya.
Untuk cara membuat kad ini dengan lebih jelas dan terperinci, Mommy boleh rujuk di sini.
Mommy boleh melakukan bersama anak dan membantu mereka mengunting, melipat, dan menampal kad warna untuk membentuk rupa tuxedo.
#3. Kad Superhero
Ayah adalah superhero yang nyata di mata setiap kanak-kanak. Jadi, kad yang bertemakan superhero sangat sesuai untuk menunjukkan penghargaan kepada ayah.
Anak-anak Mommy pasti excited kerana mereka dapat memilih satu superhero yang dianggap kuat seperti ayah mereka.
#4. Kad Galaksi
Kad galaksi dapat memberikan makna tersirat kepada si ayah iaitu ayah merupakan bapa terbaik di seluruh galaksi.
Kad yang bukan sahaja minimal dan elegan tetapi juga mudah dibuat. Anak-anak juga boleh menunjukkan bakat seni mereka dalam membentuk and mewarnakan galaksi karyaan sendiri.
#5. Kad Trofi
Trofi adalah sebuah penghargaan yang besar kepada individu yang selayaknya sahaja.
Kad trofi ini dapat memberitahu yang beliau menduduki tempat pertama di hati anaknya.
Daddy pasti suka apabila mendapat kad ini, seperti sebuah kejayaan yang diperolehi oleh beliau.
#6. Kad Cermin Mata
Dah bosan dengan design kad biasa? Apa kata Mommy cuba untuk membuat satu kad yang berlainan.
Adakah Daddy seorang yang sentiasa memakai cermin mata ketika membaca? Jika ya, kad cermin mata dengan tulisan yang semakin mengecil ini pasti akan mencuit hatinya!
Hiaskan kad ini dengan sepasang “cermin mata” untuk menjadikannya lebih menarik lagi.
#7. Kad Dompet
Daddy seorang yang sangat suka akan dompet? Tetapi anak kecil manalah mampu nak membeli dompet yang baharu.
Dengan kreativitinya, kanak-kanak boleh menghasilkan sebuah “dompet” menggunakan kertas dengan hasil tangan sendiri.
Boleh masukkan mesej nota, gambar kegemaran anak bersama ayah, dan juga gift card untuk menjadikannya lebih istimewa!
#8. Kad Pop-Up
Kad pop-up adalah jenis kad yang menarik perhatian ramai kerana design yang simple tetapi kelihatan sangat mahal.
Reka bentuk yang bebas dan boleh dibuat mengikut kreativiti anak tersebut, pastinya menyebabkan keistimewaan pada kad tersebut.
Kecomelan hasil tangan anak-anak pastinya akan mencuit hati Daddy.
#9. Kad “Handyman”
Tema Handyman ini memang sesuai untuk hari bapa sebagai tanda penghargaan untuk segala usaha dan titikpeluh yang beliau curahkan untuk memberikan keselesaan kepada keluarga.
Perkakasan mini yang diletakkan menjadikan kad ini antara yang paling comel!
#10. Kad Kentang Goreng (French Fries)
Kepada ayah yang merupakan chef di rumah, ini idea kad hari bapa yang comel dan istimewa untuknya.
Anak boleh tuliskan kualiti terbaik ayahnya pada setiap “kentang“!
#11. Kad Origami
Kad origami adalah sebuah idea yang boleh membawakan kepada kejutan kepada si ayah.
Teknik membuat origami sangat mudah dan boleh mengikut kreativiti sendiri tanpa had.
Anak-anak boleh menggunakan peluang ini untuk meluahkan rasa sayang dan bangga. Daddy pastinya teruja untuk menarik setiap satu tab!
#12. Kad Watercolor
Dengan hanya menggunakan watercolor, pelbagai corak boleh dibuat pada kad mengikut eksperisi jiwa anak tersebut.
Anak-anak juga bebas menunjukkan kreativiti mereka untuk menunjukkan kasih sayang kepada ayahnya.
Mudah bukan, yang penting nilai kad itu sangat berharga apabila dibuat oleh hasil tangan sendiri. Daddy pasti bangga!
#13. Kad Popcorn
Kad berbentuk popcorn ini dah tentunya sesuai untuk diberikan kepada ayah yang merupakan peminat filem.
Ia tidak begitu susah untuk dihasilkan, cuma memerlukan lebih banyak usaha apabila mengunting bentuk bijiran popcorn.
Untuk menjadikan kad ini lebih berharga, Mommy bolehlah selitkan wayang tiket sekali!
#14. Kad Golf Ball
Bagi ayah yang mempunyai hobi bermain golf pasti suka akan kad ini. Ini sangat bersesuaian dengan jiwa beliau.
Kad ini pasti akan menjadi kenangan yang indah dan bermakna buat daddy!
#15. Kad Rock’ n Roll
Kad bertemakan rock n roll sangat sesuai untuk hubungan anak dan ayah terutama untuk mereka yang mempunyai minat dan perangai yang sama.
Kad yang sangat comel dan mempunyai makna ini pastinya akan menyentuh jiwa si ayah.
Nak lagi menarik, Mommy dan si manja boleh berikan kad Hari Bapa yang disediakan khas oleh team Motherhood seperti dalam artikel ini. Comel dan menarik bukan?
Semoga artikel ini membantu Mommy dan anak-anak untuk membuat kad hari bapa yang istimewa untuk superhero tercinta!