Untuk membaca artikel versi bahasa Inggeris, klik disini.
Pastinya ramai ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Perbelanjaan persekolahan anak-anak adalah tidak ternilai untuk menjadikan mereka seorang yang berguna pada masa hadapan.
Hong Kong adalah negara yang paling banyak secara purata ibu bapa berbelanja kira-kira $130,000, daripada sekolah rendah hingga ke peringkat Universiti.
Seterusnya di UAE, purata ibu bapa menghabiskan hampir $100,000, diikuti dengan ibu bapa di Singapura dengan purata sebanyak $70,000.
Di US, kebanyakkannya belanja kira-kira $58,000 untuk pembiayaan persekolahan anak-anak, separuh daripada perbenlanjaan warga Hong Kong.
Highlighted
Kajian daripada HSBC juga menunjukkan banyak perbezaan pada perbelanjaan ibu bapa pada setiap negara.
Manakala di negara Asia pula, purata perbelanjaan ibu bapa Singapura adalah $70,000, Taiwan adalah sebanyak $56,000, ibu bapa di Malaysia hanya berbelanja kira-kira $25,000 untuk persekolahan anak-anak, seterusnya di India dan Indonesia kira-kira $20,000.
Negara France adalah negara yang paling kurang berbelanja untuk pendidikan anak, hanya $16,000 menjadikan France negara yang terendah berbelanja berbanding 15 negara yang lain.
BACA: BAGAIMANA CARA UNTUK MEMILIH KERUSI KERETA BAYI YANG BETUL?
Ibu bapa Perancis juga agak pesimis tentang prospek anak mereka. Kurang daripada separuh (42%) yakin masa depan yang cerah untuk anak-anak mereka, berbanding purata global sebanyak 75%. Mereka yang mempunyai pandangan yang paling optimis boleh didapati di Asia, hampir satu dari sembilan ibu bapa di India (87%) optimis tentang masa depan anak-anak mereka, dan 84% ibu bapa di China berkata mereka merasakannya sama.
Ini juga termasuk dengan perbelanjaan yuran sekolah/universiti, buku, pakaian seragam, pengangkutan dan kemudahan. Ibu bapa sangat prihatin akan perbelanjaan pembelajaran anak-anak untuk masa hadapan. Pengorbanan mereka termasuk tinggalkan hobi atau kurangkan aktiviti riadah mereka, termasuk cuti.
Dengan purata yang dinyatakan di atas, kebanyakkan ibu bapa mempunyai cara perbelanjaan yang bijak dan teratur.
Mereka sangat prihatin akan perkembangan pembelajaran anak-anak. Lebih tiga perempat ibu bapa (78%) menganggap anak-anak yang habis belajar hingga ijazah lebih mudah mendapatkan pekerjaan sepenuh masa. Manakala, perkadaran yang sama (76%) mengharapkan untuk menyumbang kepada kos pendidikan pascasiswazah.
Kajian itu mengumpulkan pendapat 8481 ibu bapa di 15 negara dan wilayah di seluruh dunia: Australia, Kanada, China, Mesir, Perancis, Hong Kong, India, Indonesia, Malaysia, Mexico, Singapura, Taiwan, UAE, UK dan Amerika Syarikat.
Untuk mendapatkan barangan anak-anak secara online murah dan mudah, sila layari Motherhood.com.my.