Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Susu Ibu Kering? Gunakan Kaedah Relaktasi Untuk Banyakkan Susu Badan Ibu!

Menurut Dr Jack Newman, relaktasi bermaksud memulakan penyusuan semula dengan bayi yang sama setelah penyusuan dihentikan.

Relaktasi adalah proses untuk meningkatkan susu badan dan mewujudkan semula penyusuan susu ibu selepas susu kering atau berkurangan pada satu jangka masa.

Sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana masalah kesihatan bayi yang tidak sesuai dengan susu formula atau mungkin ibu mengalami kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal.

Mari ikuti perkongsian dari satu akaun TikTok iaitu Motherhood & More yang kongsikan tiga cara mudah untuk Mommy buat reklatasi.

3 Kaedah Relaktasi Yang Membantu Banyakkan Susu Ibu 

1.  Perah Susu Setiap Hari 2 Jam Sekali 

Kalau Mommy memang dah ada susu boleh mula seawal 6 pagi tapi untuk Mommy yang memang tiada susu boleh mula pukul 4 pagi.

Pastikan setiap sesi 20 minit untuk kedua-dua belah payudara tersebut. Pastikan Mommy mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.

  • 6 am – 20 minit
  • 8 am – 20 minit
  • 10 am – 20 minit
  • 12 pm – 20 minit
  • 2 pm – 20 minit
  • 4 pm – 20 minit
  • 6 pm – 20 minit
  • 8pm – 20 minit
  • 10 pm – 20 minit

Highlighted


2. Makan Suplemen Yang Kandungi Nutrisi 

Ini dapat memudahkan kaedah relaktasi berjalan dengan lancar.

Mommy boleh cuba makan suplemen atau “milk booster” yang mampu untuk tingkatkan hormon prolaktin dan oksitosin dalam badan.

Hormon prolaktin dan oksitosin yang bantu untuk meriahkan susu dan pekatkan susu Mommy.

Namun, pengambilan sebarang suplemen atau  ubat-ubatan untuk relaktasi perlulah merujuk kepada doktor bagi mengetahui tahap kesihatan ibu.

3. 1 jam Power Pumping (12am)

Power pumping perlu dibuat seolah-olah Mommy tiru cara newborn menyusu. Mommy akan dapat pengeluaran susu yang lebih banyak.

Ikuti cara dibawah ini untuk Mommy sempurnakan power pumping selama 60 minit:

  • 20 minit pam
  • 10 minit rehat
  • 10 minit pam
  • 10 minit rest
  • 10 minit pam

Kalau Mommy cuba gunakan 3 kaedah mudah relaktasi di atas dengan konsisten, pastinya akan memberikan hasil susu yang baik.

Mommy tak boleh stress, teruskan semangat dan percaya pada proses!

Goodluck Mommy! Semoga perkongsian ini membantu dan bermanfaat untuk Mommy dalam memberikan susu ibu kepada bayi.


Dapatkan lebih banyak info dan tips tentang penyusuan di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.