Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kehidupan kanak-kanak Bajau di Sabah sebenarnya sangat menarik!

kanak-kanak bajau

Baru-baru ini kecoh pula mengenai cara ‘pergaulan’ kanak-kanak Bajau di Sabah yang dikatakan memanjat dan meminta-minta makanan daripada bot pelancong. Video yang berdurasi kurang seminit itu mendapat pelbagai kritikan netizen-netizen.

Tapi sebenarnya, apa yang berlaku telah disalah anggap. Keadaan sebenar tak seteruk yang ditunjukkan dalam video tu pun.

Individu yang merakam video tu pun dah dedahkan perkara sebenar. Cepat melatah rakyat Malaysia ni.

Sumber: Facebook @PakejPulauSemporna

Highlighted

Kanak-kanak Bajau Laut – tidak bernegara

Kehidupan kanak-kanak Bajau Laut yang merupakan kumpulan etnik Pala’u sebenarnya sangatlah ketinggalan zaman.

Mereka tidak bersekolah dan takde pendidikan yang sewajarnya macam kanak-kanak lain. Mereka diajar memancing ikan, sotong dan udang daripada perahu buatan sendiri.

Anda yang duduk dalam keadaan serba mewah (walaupun dari golongan sederhana) boleh bayangkan tak kalau berada di tempat mereka?

Mereka ni tinggal di atas rumah perahu atau pondok kayu yang dicacak di atas air, berenang ataupun bermain-main di atas perahu panjang, jauh dari dunia luar. Tapi mereka sentiasa kelihatan gembira dengan cara hidup mereka.

Penyelam dan perenang paling mahir didunia.

Kanak-kanak ini telah dilahirkan dan dibesarkan di atas laut sejak kecil. Mereka boleh menyelam hingga kedalaman 20meter tanpa menggunakan tangki oksigen dan peralatan moden.

Jadi, kalau anda ke sana, jangan terkejut tengok mereka bersuka ria di atas air laut yang dalam ye. Perkara itu dah normal dan biasa untuk mereka.

Bagaikan berada di negara lain.

Teringat pengalaman saya melancong di Sabah dan ke kawasan penduduk Bajau tahun lalu. Kehidupan mereka yang macam tu akan buatkan kita terfikir – dalam keadaan negara yang semakin membangun, masih ada lagi orang-orang yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan.

Dah la atas laut, macam mana kalau ombak besar, air pasang dsb. Macam-macam yang difikirkan masa tu dan terus berasa sangat bersyukur dengan kehidupan sendiri.

Mula-mula memang ada rasa takut apabila mereka mendekati kita, tapi mereka sebenarnya sangat friendly. Mereka tahu kita adalah pelancong dan kita akan sentiasa disapa mesra dengan senyuman dan lambaian.

Bak kata pemandu pelancong tersebut, kalau kita ada makanan atau barang yang hendak diberi kepada mereka, kita kena lebih berhati-hati. Sebab mereka boleh agresif tanpa kita sedari.

Hanya agresif, tapi tak membahayakan.

Biasalah, siapa tak excited tengok benda baru atau yang dah lama kita nantikan. Samalah untuk penduduk Bajau ni.

TAPI keadaan itu tak membahayakan nyawa kita langsung sebagai pelancong. Pemandu pelancong yang bersama dengan kita di atas bot pun sering membantu kalau mereka menjadi agresif. Tapi tak perlu la sampai nak keluarkan kata-kata kesat.

Dapatkan barang bayi menarik dan murah di SINI!