Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kanak-kanak berumur 9 Tahun Selamatkan Ibunya

mom

Apabila kanak-kanak yang berumur 9 tahun Camdyn mendengar ibunya menghadapi sesak nafas, kanak-kanak kecil ini tahu apa yang perlu dia lakukan: menghubungi 911. Jika ia bukanlah kerana pembelajaran ringkas di kelas kesihatan, ibunya, Kimberly Smith, mungkin sudah tidak bernafas lagi.

Tanggal 2 Mac, Smith terbangun kerana kesakitan dibahagian dada, tulang terasa berat, dan kesukaran bernafas, dan dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengannya pada hari itu, namun dia meneruskan harinya dengan menjaga anaknya yang baru berusia 4 minggu serta 2 lagi anak lelakinya. Ibu tunggal ini hendak berehat dan berharap agar tidurnya akan lena kerana dia menyangka penyakit yang dialaminya adalah pneumonia, apabila Camdyn pulang dari sekolah dan dia mendapat bahawa ibunya sedang mencengkam dadanya.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Camdyn tahu apa yang perlu dia risaukan untuk ibunya. “Jika seseorang memegang dadanya begitu, saya patut hubungi 911 seperti yang diajar cikgu.” Ujar Camdyn kepada ibunya. “Saya hendak bersiap memakai kasut. Kita perlu ke hospital.”

Setelah menghubungi pihak kecemasan dengan memaklumkan tanda-tanda yang terdapat pada ibunya, Camdyn menaiki ambulans bersama ibunya ke hospital. Di hospital, Smith disahkan menghidap penyakit embolisme bilateral pulmonary — pengumpulan darah beku pada bahagian paru-paru — hasil dari ujian darah, keputusan menunjukkan predisposisi genetik, disebabkan pembedahan C-section yang baru diduduki 4 minggu lepas. 

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

“Saya tidak menyangka saya akan berada disini.” Smith menulis dalam satu laman web GoFundMe dibuat untuk membantu yuran rawatannya. “Saya ingin menyebarkan kesedaran tentang darah beku. Ia pengalaman yang amat menakutkan. Ketakutan yang merentap jiwa saya kerana takut tidak bersama anak-anak saya lagi! Niat saya bukanlah untuk meminta simpati dan memberi tekanan tetapi untuk menyedarkan anda untuk mengetahui tentang tindak tanduk badan anda! Saya seorang ibu tunggal dan patut meminta sedikit bantuan, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk membuatnya!”

Dan untuk Camdyn? Anak kecil itu patut diangkat sebagai wira kerana tahu mengambil tindakan dan kekal tenang untuk ibunya. Anaknya berkata, “saya bukanlah perwira,” tetapi sekarang merasakannya dan dia amat menyukai kata-kata yang diberikan oleh anda semua!”

Artikel ini dipetik dari 9YearsOldKid