Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Menakutkan – Kanak-kanak 4 tahun di Turki diserang anjing liar!

bayi diserang anjing

Untuk baca edisi Inggeris, klik sini.

Menakutkan dan tragis! Satu video tular baru-baru ini mengenai seorang kanak-kanak lelaki di Turki yang berumur 4 tahun diserang anjing-anjing liar. Kejadian yang berlaku menakutkan para penonton mengenai keadaan kanak-kanak itu.

Highlighted


BACA: Carbetocin untuk Ibu Bersalin

Malang tidak berbau di rumah sendiri.

Kejadian itu dirakam oleh kamera sekuriti dikawasan rumahnya di Sakarya’s Erenler, Turki. Kanak-kanak malang yang bernama, Eymen Deniz Ünlü dilihat memanjat pagar belakang rumahnya untuk mengambil bola yang terlepas ke seberang pagar ketika bermain.

Ketika kejadian, dia dilihat berseorangan. Hanya selepas beberapa minit dia berjaya memanjat pagar itu, dia terus diserang oleh enam ekor anjing liar. Anjing-anjing itu dilihat menarik dan menggigit sedikit demi sedikit tubuh badan dan kepala Eymen Deniz Ünlü.

Jeritan ibu selamatkan nyawa Anak.

Laman portal tempatan Turki, Haberler melaporkan yang kanak-kanak itu diselamatkan ibunya, Mary Ünlü.

Si ibu bergegas ke tempat kejadian selepas dia mendengar jeritan dan teriakan anaknya. Tanpa  memikirkan keselamatan diri sendiri, Mary Ünlü terus memanjat pagar tersebut dan menjerit “Give me my baby!” sebelum mengambil anaknya.

Kanak-kanak itu segera dibawa ke Sakarya Training and Research Hospital untuk rawatan lanjut.

Keadaannya dilaporkan stabil.

Ayah kanak-kanak itu, Ali Asım Ünlü menyatakan yang keadaan anaknya kini stabil walaupun cedera teruk di bahagian kepala. Dia hanya mengalami kecederaan ringan dibahagian tubuh badannya yang lain.

Kata Ali Asım Ünlü lagi, apa yang terjadi kepada anaknya merupakan satu pengalaman tidak dapat dilupakan mereka sekeluarga. Mereka sendiri takut dan trauma dengan apa yang terjadi.

The ball is jumping in and out of the way before 5-6 dogs attacked my poor baby. He’s in good health right now after the surgery on Friday. Though he is severely injured on his head, luckily there’s no problem in his back and his waist.”

ujar ayahnya lagi.

Gigitan anjing amat berbahaya.

Anda tahukan kecederaan akibat digigit anjing mengundang bahaya dan boleh mengancam nyawa? Tambah-tambah lagi kalau ia melibatkan anjing liar yang tahap kesihatannya tidak diketahui.

Harap kesihatan adik Eymen Deniz Ünlü akan baik-baik sahaja.

Untuk lebih banyak tips dan cerita menarik mengenai ibu mengandung dan bayi, teruskan membaca di story.motherhood.com.my.

Jika anda masih mencari barangan bayi MURAH dan menarik, dapatkan di Motherhood.com.my hari ini!