Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Mengajar Kanak-Kanak Tentang Kebersihan

B untuk Bersih, Mengajar Kanak-Kanak Tentang Kebersihan

Hampir semua kanak-kanak cenderung untuk bermain kotoran. Sebenarnya, ramai si kecil yang pakar kepada seni mengotorkan diri. Yang pasti si kecil bukanlah mengotorkan diri untuk menjengkelkan ibu bapa mereka (walaupun kadangkala pandangan yang diberikan oleh ibu bapa membuat kanak-kanak teruja!). Dari dulu hingga kini, memang seronok untuk mengotorkan diri, sebagai ibu bapa kita bertanggungjawab mempengaruhi deria sihat dan kebersihan kepada minda si kecil, supaya mereka membesar dengan mengetahui cara menjaga diri dengan lebih baik dan mencegah penyakit berkuman.

Ia bukanlah tanggapan yang elok, tetapi kanak-kanak dan kuman adalah pasangan yang synonim, pelbagai yang dihadapai, tangan dalam tangan (lebih banyak tangan anak kecil, sebenarnya!). Kanak-kanak dengan hidung yang berair secara amnya tidak berfikir tentang meletakkan tangan yang menggosok hingusnya ke bahu kawan. Sama juga, segelintir kanak-kanak tanpa berfikir memakan kembali makanan yang telah jatuh ke lantai yang tidak diyakini bersih, terutamanya jika mereka menikmati makanan tersebut. Jadi, bermula dari manakah kita ingin mengajar si kecil tentang kebaikan kebersihan untuk kepentingan dan kesihatannya? Seawal yang boleh, sudah tentu! Berikut adalah titik penting untuk diingati ketika mengajar kanak-kanak tentang kebersihan.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Sentiasa bersihkan tangan!

Segelintir ibu bapa sangat beruntung jika anaknya tidak suka mengotorkan tangan, tetapi selalunya tidak. Memastikan tangan sentiasa bersih adalah langkah pertama mengajar anak tentang kebersihan kerana tangan adalah laluan utama kuman-kuman untuk masuk ke seluruh badan. Pastikan kanak-kanak membasuh tangannya ketika:

·         Selepas menggunakan tandas

·         Sebelum makan

·         Selepas bermain di taman permainan

·         Sebaik sahaja tiba di rumah selepas berjalan

·         Selepas kelas seni dan kraf

·         Selepas bermain dengan haiwan peliharaan

Highlighted


Buatkan masa membasuh tangan tidak bosan

Kanak-kanak tertarik kepada perkara yang seronok sepanjang masa seperti membasuh dengan rela jika mereka mempunyai ‘alat’ yang disukai, tambahan pula anda boleh menceriakan masa membasuh tangan dengan sabun bentuk haiwan yang berwarna-warni atau sabun di dalam bekas yang menarik. Tuala yang menarik untuk mengelap tangan boleh juga menjadi sedikit motivasi untuk membantu mereka untuk kerap membasuh. Panduan: untuk memastikan mereka membasuh tangan dengan masa yang cukup untuk menghilangkan segala kotoran dan daki, nyanyikan mereka irama asuhan, seperti lagu huruf; sebagai petunjuk masa mereka membasuh tangan.

Si kecil lihat, si kecil buat

Cara terbaik untuk mengajar anak anda tabiat kebersihan yang baik adalah dengan menunjukkan contoh. Jika anak anda melihat anda membasuh tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas dengan kerap, mereka akan mengikut kebiasaan anda. Oleh itu, pastikan anda setiasa menunjukkan amalan yang baik untuk mereka ikuti.

Mudahkannya

Ajar si kecil anda cara menggunakan pembersih tangan dengan elok dan pastikan botol mesra-kanak-kanak itu senang dibersihakan dan dibawa. Kanak-kanak akan akan pastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman dengan sendiri jika ianya mudah.

Permainan untuk mengajar kanak-kanak tentang kebersihan

Dimana kuman?

Ajar kanak-kanak tentang pembiakan kuman dengan permainan pertunjukan cara kehidupan kuman pada tangan dan merebak kepada benda yang disentuh. Untuk permainan ini, anda memerlukan lebih cat yang boleh dibasuh. Berpura-pura bersin ke tangan dan kemudian sapukan cat yang boleh dibasuh. Terangkan kepada anak anda bahawa cat itu umpama kuman yang dikeluarkan daripada badan. Kemudian pergi keliling bilik menyentuh barang, tinggalkan ‘kesan kuman’ untuk mereka lihat. Selepas itu, kukuhkan pelajaran dengan menyuruh kana-kanak cari dan kenalpasti semua permukaan berkuman dan cara mereka berada di situ. – (Dari anda memindahkan mereka sekeliling bilik  dengan tidak membasuh tangan selepas bersin atau tidak menutup mulut menggunakan tuala atau tisu semasa bersin).

Tabiat baik, tabiat buruk

Dapatkan 12 kepingan kertas yang kecil. Tuliskan tabiat baik disetiap enam helai kertas (gosok gigi selepas makan, basuh tangan selepas menggunakan tandas, dsb…) dan tabiat buruk pada enam kertas yang selebihnya (membersihkan hidung menggunakan tangan, batuk atau bersin tanpa menutup mulut, dsb…). lipatkan kertas-kertas itu dan letakkan mereka di dalam kotak atau botol. Kemudian minta anak anda keluarkan satu kertas pada satu masa dan lihat apa yang ditulis. Jika anak anda masih tidak tahu membaca, bacakan untuk mereka dengan kuat. Kemudian biarkan mereka tentukan samada ia adalah tabiat yang baik atau buruk dan terangkan sebabnya.

Permainan penyesuaian

Untuk permainan ini, gunakan dua set kad indeks. Pada satu set, lukiskan gambar peralatan kebersihan pada setiap kad – berus gigi, pemotong kuku, syampu, dsb. Pada set yang lain, lukiskan anggota badan yang sesuai dengan peralatan yang dilukis pada kad yang sebelumnya – gigi, kuku, rambut, dsb. Teraburkan kad secara terbalik dan biarkan si kecil anda buka kad itu dan cari pasangan kad yang sesuai dengannya.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Bermain teka-teki!

Cara yang baik untuk mengajar anak kecil kebersihan sambil berseronok! Tuliskan pelbagai cara menjaga kebersihan seperti “Memberus gigi” dan “Membasuh tangan” dsb di atas kertas. Biarkan seorang membaca dan membuat aksinya sementara yang lain meneka aksinya. Permainan ini juga boleh dijadikan permainan untuk mengajar cara yang betul untuk menjaga kebersihan.

Pergi ke tandas!

Mula-mula sekali, elakkan membuat buang air besar dan kecil sebagai perkara yang besar, perkara terakhir yang anda mahu ialah fobia tidak sihat kanak-kanak tentang fungsi badan yang sihat ini! Tidak langsung memudaratkan jika berkata seperti “Sekarang, mari jirus najis busuk ini”, cuba untuk tidak membuat ia kedengaran jijik. Kanak-kanak terdedah dan ereka mungkin secara tidak sengaja menjadi malu untuk membuang air kecil dan tidak perlu kata, menghadapi masalah ini.

Ingatkan mereka bahawa membuang air besar dan kecil adalah fungsi badan yang normal tetapi mereka perlu menguruskannya dengan baik kerana ia mengandungi kuman, jadi mereka perlu membasuh tangan selepas sesi ke tandas.

Ajar mereka untuk membasuh sendiri

Masa membuang lebih senang diurus dengan tempat duduk yang direka khas untuk punggung si kecil, samada yang sendiri atau boleh diguna oleh orang dewasa juga. Ia sentiasa idea yang baik selepas anak anda selesai, minta si kecil anda membasuh/mengelap menggunakan tisu tandas, ajar teknik yang betul mengikut budaya atau cara anda lakukan. Ketika mengajar anak perempuan mengelap, jangan lupa tentang titik teknik ‘depan ke belakang’ untuk mengelakkan bakteria kembali ke rektrum dan menjangkiti vagina atau buah pinggang.

Pergerakan usus kanak-kanak tidak boleh dijangka dan boleh berselerak pada masa tertentu, sediakan tisu basah untuk pembuangan yang tergesa-gesa.

Masa mandi

Kita sentiasa berfikir bahawa si kecil pelu sentiasa dimandikan untuk memastikan mereka kekal bersih, ingat bahawa kanak-kanak suka belajar perkara baharu, termasuklah cara untuk mandi. Jika si kecil anda menunjukkan bahawa dia lebih suka mandi sendiri, ia sebenarnya adalah peluang yang terbaik untuk mengajar mereka. Membenarkan anak-anak mandi sendiri sementara diperhatikan oleh anda boleh menjadi cara yang baik untuk membuat rutin masa mandi menjadi seronok.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Ketika mengendalikan kanak-kanak di dalam bilik mandi kita perlu faham dan hormat apa yang mereka suka dan tidak dan sensitif kepada keperluan mereka. Sementara ramai kanak-kanak yang menganggap mandi sebagai ballerina kepada tutunya, ramai juga yang mempunyai fobia basah. Untuk membuat masa mandi lebih disukai kanak-kanak seperti itu, jadi kreatif dengan alat mandian yang dipilih! Sabun mandi dengan sarung berwarna-warni, lembut, kain mandian yang menarik dan permainan mandi adalah ‘alat’ yang boleh digunakan untuk membuat masa mandi lebih seronok untuk musuh kecil air. Pilih mandian yang lembut, tidak merosakkan badan atau pembersih dari kepala ke kaki tidak memedihkan mata mereka ketika mandi.

Sebutkan setiap anggota badan ketika kanak-kanak mandi dan terangkan kepentingan membersihkan setiap anggota. Mengajar kanak-kanak nama anggota badan dengan betul akan memudahkan mereka untuk memberitahu anda anggotanya yang sakit atau perlukan perhatian anda.

Masa mandi juga adalah masa yang sempurna untuk menyatakan semula kepentingan membersihkan bahagian sulit mereka. Ajar mereka cara yang betul membersihkan kemaluan dan rektrum untuk mengelak bakteria. Paling penting, bantu mereka untuk mahir seni membersihkan pembersih pada setiap bahagian untuk mengelakkan terjadinya ruam yang tidak selesa.

Memastikan rambut sentiasa bersih

Ketika bercakap tentang kanak-kanak yang berkelakuan seperti alah kepada mandi, selalunya, jika tidak sering, masalah yang sebenarnya ialah ketika membasuh rambut. Hilangkan separuh tekanan dengan memilih formula syampu yang tidak pedih, selalunya kanak-kanak yang memberontak untuk mandi adalah kerana memedihkan mata mereka ketika bersabun. Yang selebihnya hanyalah berhati-hati dengan air yang mengalir ke muka mereka, menghalang mereka dari bernafas untuk beberapa saat. Jika anda menghadapi masalah ini, ajar si kecil anda untuk condongkan kepala meraka sedikit kearah yang paling kurang air mengalir. Ataupun, anda boleh dapatkan visor dengan saiz yang tepat untuk melindungi muka si kecil dari air dan sabun ketika membersih.

Ajar si kecil untuk memberus atau meyikat rambut mereka supaya tidak kusut. Syampu anti kusut untuk kanak-kanak dan perapi akan membuat proses lebih senang dan terurus. Berus nilon yang lembut khas untuk kanak-kanak adalah terbaik untuk kulit kepalanya yang halus.

Pada zaman moden ini, kita pasti fikir bahawa kutu ialah kuno, tetapi malangnya, masih ada kes wabak ini dahulu dan sekarang. Sentiasa lakukan pemeriksaan rutin pada kepala anak anda untuk memastikan dia tidak membawa perosak tidak diingini dari sekolah, taman permainan atau jamuan kawan. Jika anda terjumpa kutu pada rambut anak anda, berjumpa doktor anda untuk menegetahui rawatan kutu terbaik pada umurnya. Ingatkan anak anda kepentingan untuk tidak berkongsi sikat, topi, atau aksesori rambut dengan yang lain untuk mengelakkan jangkitan kutu.

artikel ini dipetik daripada MOTHERHOOD.COM.MY