Dengar macam kelakar je kan? Seronok sangat makan sampai tinggal anak dekat kedai makan. Makan apa sedap sangat tu?
Kisah kanak-kanak itu menjadi bualan netizen selepas ia viral di laman sosial apabila seorang pengguna Twitter memuat naik kejadian dengan caption;
“Gempar!!!! Dah kenyang makan ikan bakar, keluarga terlupa anak yang tertinggal ketiduran atas meja!!!!”
Gempar!!!!
Dah kenyang makan ikan bakar, keluarga terlupa anak yang tertinggal ketiduran atas meja!!!!! pic.twitter.com/4HjGYCTqxw— rizarul (@rizarul) August 25, 2018
Kanak-kanak itu ditemui seorang peniaga kedai permainan pada jam 9.30 malam, sebelum diserahkan kepada pemilik kedai ikan bakar untuk mencari ibu bapanya yang terpisah.
Kini terbaring ketiduran pic.twitter.com/hYatMZg4jW
— rizarul (@rizarul) August 25, 2018
Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!
Kena tinggal di kedai, kanak-kanak ini hampir menangis
Pemilik kedai ikan bakar itu, Irsyad Hadi Zainal, 32, berkata melihat kanak-kanak itu yang hampir menangis, dia mendukungnya sambil cuba mencari ahli keluarganya di setiap meja di kedainya.
Disebabkan pelanggan yang ramai, saya tidak tahu kanak-kanak ini datang daripada pelanggan yang mana, sehinggalah akhirnya dia tertidur akibat keletihan.
Saya hampir membuat laporan polis kerana tiada siapa yang datang mengambilnya sebelum menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa sebagai bapa kanak-kanak ini selepas hampir dua jam,
katanya lagi.
Sebagai langkah berjaga-jaga, saya mengambil nombor kad pengenalan lelaki itu yang mendakwa sebagai bapa kanak-kanak ini.
Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!
Makan Malam bersama 30 ahli keluarga
Irsyad Hadi berkata, sebelum kejadian, ibu bapa kanak-kanak yang dipercayai dari Kuala Lumpur itu menjamu hidangan makanan laut di kedainya bersama kira-kira 30 ahli keluarga.
Oh patutlah tertinggal, kalau dah namanya konvoi ramai-ramai makan dekat kedai, tak mustahil kes ni terjadi. Mungkin ibubapanya ingat anak dia ada dalam kereta lain bersama saudara. Itu yang sampai 2 jam baru sedar yang anaknya tertinggal.
Kes selesai. Bapa nya datang amek. Dah drive sampai ke jonker walk dah…… pic.twitter.com/045zb3UWom
— rizarul (@rizarul) August 25, 2018
Pengalaman sepanjang 18 tahun berniaga.
Sejak 18 tahun berniaga, inilah kali pertama saya berdepan keadaan seperti ini. Tidak sangka ia menjadi perhatian selepas ada pelanggan yang menjadikan ia viral di laman sosial,
kata Irsyad Hadi.
Pesanan Untuk Netizen
Kita tak boleh nak marahkan sangat dekat ibu dan bapa ni, bukan sengaja dia nak cuai, keluar beramai-ramai memang kadang-kadang terleka kan?
Apa-apa pun nasib baiklah ibubapa dia dah ambik budak ni balik, kalau tak kesian je duduk dekat kedai makan tu. Untuk ibubapa di luar sana, silalah lebih berjaga-jaga dan “alert” dalam menjaga anak masing-masing, ya?
Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!