Ibu, Bayi & Kanak Kanak

PKP 3.0 Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Dilarang Berada di Tempat Awam KECUALI Untuk 4 Perkara

Sumber: mstar.com.my & johorkini.my

Berdasarkan laporan Malay Mail,  Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengesahkan negara kita telah merekodkan seramai 82,341 kanak-kanak dan bayi telah dijangkiti COVID-19.

Daripada jumlah itu, 19,851 kes melibatkan bayi dan kanak-kanak yang berusia daripada 0 hingga 4 tahun, 8,237 (5 hingga 6 tahun), 26,851 (7 hingga 12 tahun) serta 27,402 (13 hingga 17 tahun).

Ada di antara mereka tergolong sebagai pesakit COVID-19 kategori 1, 2  dan 3.

Tiada yang di ICU (unit rawatan rapi),

Datuk Seri Dr Adham Baba juga mengesahkan setakat ini, tiada di antara mereka yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bimbang dengan statistik tersebut, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengetatkan SOP bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, selaras dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula hari ini hingga 14 Jun 2021.

Highlighted

Sumber: sinarharian.com.my

Berdasarkan laporan Malay Mail, kanak-kanak dibawah umur 12 tahun dilarang untuk berada di mana-mana premis atau kemudahan awam sepanjang lockdown total kecuali atas EMPAT perkara ini:

  • Kecemasan
  • Rawatan perubatan
  • Pendidikan
  • Senaman

Penjelasan lanjut mengenai empat perkara ini masih agak umum.

Tujuan kecemasan mungkin berkaitan dengan kematian dan tujuan rawatan dibolehkan untuk ke klinik atau hospital jika kanak-kanak tersebut kurang sihat.

Senaman hanya terhad kepada jogging dan tidak daripada lebih seorang, dengan penjarakan fizikal 2 ke 3 meter.

Dr Adham Baba juga menasihatkan ibu bapa dan penjaga untuk melindungi anak-anak daripada dijangkiti dengan tidak membawa mereka ke tempat yang sesak.

Sumber: freemalaysiatoday.com

Tambahnya lagi, walaupun tiada peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehkan kompaun dikenakan kepada ibu bapa yang membawa anak ke tempat sesak, namun kertas siasatan boleh dibuka.

Jadi, biarkan sahaja anak-anak di rumah ya Mama. Penuhkan aktiviti mereka dengan belajar secara atas talian, indoor activities yang boleh dilakukan bersama-sama, dan sebagainya.

Bagi ibu bapa yang harus keluar atas sebab-sebab tertentu, jangan lupa untuk memakai pelitup muka berganda yang disarankan sejak akhir-akhir ini.

Beriku merupakan panduan ringkas daripada CDC (Centers for Disease Control) Amerika Syarikat:

Sumber: kpkesihatan.com

Pastikan anda menggunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain – bukannya dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain untuk double masking ya.

Sekiranya anda menggunkana pelitup muka N95, anda boleh menggunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.