Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Fasa Perkembangan Janin Pada Usia Kandungan 1 Minggu

kandungan 1 minggu

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Mengandung? Satu perkara yang menjadi idaman setiap wanita yang bergelar isteri dan perkara yang di tunggu-tunggu oleh kaum suami.

Namun, adakah seawal kandungan 1 minggu Mommy sudah boleh mengetahui bahawa dirinya mengandung? Jika ya, apakah perkembangan bayi dan kandungan yang perlu Mommy dan Daddy tahu?

Untuk ketahui semua itu, jom ikuti perkongsian kami di bawah ini!

Fasa Perkembangan Kandungan 1 Minggu

Highlighted

Kredit gambar: baby-magazine.telegraph.co.uk

#1. Perkembangan Janin Pada 1 Minggu Kehamilan

Pada usia kehamilan 1 minggu ini sebenarnya Mommy belum boleh lagi dikatakan sebagai mengandung. Ini kerana persenyawaan hanya akan berlaku dalam tempoh 2 minggu selepas hari pertama haid terakhir Mommy bermula.

Pada masa ini apa yang berlaku adalah ovum (telur) yang sedang menantikan kehadiran sperma yang dilepaskan oleh Daddy. Badan Mommy akan mula bekerja keras untuk menerima kehadiran bayi dalam masa 1 hingga 2 minggu akan datang.

Jika Mommy melakukan ujian kehamilan menggunakan alat ujian kehamilan, pastinya akan menunjukkan keputusan yang negatif. Begitu juga, sekiranya Mommy melakukan scan kandungan 1 minggu juga tidak akan dapat melihat apa-apa lagi melainkan rahim yang kosong. Sama seperti keadaan tidak mengandung.

#2. Perubahan Tubuh Mommy pada Minggu 1 Kehamilan

Pada minggu 1 kehamilan, badan Mommy belum menunjukkan sebarang perubahan. Ini kerana pada masa ini kemungkinan persenyawaan baru akan terjadi. Bagi sesetengah kes mereka masih datang haid pada masa ini.

Oleh itu, mereka mungkin akan merasakan kejang perut seperti senggugut, sakit belakang, bloating dan perubahan emosi. Semua simptom ini sama seperti wanita yang datang haid.

Tips bagi Menyokong Kehamilan Minggu 1

Kredit gambar: www.kindredbravely.com

#1. Menjaga Pemakanan yang Sihat

Walaupun pada usia kehamilan 1 minggu ini masih belum boleh mengetahui samada Mommy mengandung atau tidak, Mommy tetap perlu menjaga pemakanan Mommy. Amalkan diet yang seimbang.

Ini bukan sahaja baik untuk ibu hamil tetapi juga baik untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil. Antara makanan yang baik untuk Mommy yang sedang berusaha untuk hamil adalah makanan yang tinggi folik asid.

#2. Mengambil Folik Asid

Jika Mommy sedang merancang untuk mengandung, folik asid adalah sangat penting dan sekarang adalah masa yang tepat untuk makan folik asid.

Folik asid adalah penting untuk diamalkan untuk mengelakkan kecacatan tiub saraf bayi dalam kandungan. Folik asid ini disarankan untuk diambil seawal mungkin, sebaiknya sebelum mengandung, sekiranya Mommy merancang untuk hamil.

Kehamilan pada trimester pertama ini adalah antara fasa yang penting untuk pembentukan janin. Namun, usia kandungan 1 minggu adalah terlalu awal. Tetapi, Mommy boleh terus mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan kehamilan. Ianya akan membantu Mommy pada masa-masa akan datang.

Semoga dengan perkongsian di atas, Mommy mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kandungan Mommy dan membuat persediaan mental dan fizikal untuk menerima si kecil ini di dalam rahim Mommy!

Excited nak bergelar Mommy dan Daddy? Tapi ilmu berkaitan bayi masih kosong? Jom ke laman web Motherhood New Mom Privilege kerana banyak informasi yang akan membantu journey parenthood Mommy dan Daddy nanti.

Antaranya ialah Welcome gift dan cabutan bertuah bulanan untuk 31 pemenang yang menawarkan hadiah seperti sebuah Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat dan 30 set bayi ekslusif untuk dimenangi.

Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!


Selain info di atas, Mommy boleh ketahui tanda-tanda kehamilan yang lain di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.