Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perkembangan Janin Ketika Usia Kandungan 10 Minggu

kandungan 10 minggu

Kredit gambar: www.motherandbaby.com

Dalam masa 30 minggu atau lebih kurang tujuh bulan lagi Mommy dan Daddy akan bergelar ibu dan bapa. Bayi dalam kandungan pun sudah mula menunjukkan banyak perkembangan.

Tetapi, Mommy dan Daddy tahu tak perkembangan apa yang seharusnya berlaku bagi usia kandungan 10 minggu ini?

Berikut adalah perkembangan janin dan perubahan yang bakal berlaku kepada Mommy semasa kandungan 10 minggu.

Jom baca!

Perkembangan Janin pada Minggu 10 Kehamilan

Highlighted

Kredit gambar: www.tommys.org

Pada usia kandungan 10 minggu ini, tangan dan kaki yang sebelum ini seperti dayung kini akan berubah menjadi jari tangan dan kaki.

Tulang pula akan mengeras dan buah pinggang akan mula mengeluarkan air kencing.

Pada ketika ini juga, otak bayi Mommy sedang berkembang dengan cepat iaitu terbentuk 250,000 neuron setiap minit.

Selain itu, gigi bayi Mommy juga sudah mula terbentuk iaitu tunas di bawah gusi. Tunas ini akan menjadi gigi ketika si comel Mommy berusia 6 bulan ke atas.

Di samping itu, bahagian sulit dan sistem reproduksi juga sudah terbentuk seperti rahim dan testis.

Perubahan tubuh Mommy pada Minggu 10 Kehamilan

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Memandangkan kandungan Mommy sudah memasuki usia kandungan 10 minggu, banyak perubahan yang akan terjadi kepada Mommy. Antaranya ialah:

#1. Perut Semakin Besar

Perut Mommy akan menjadi semakin besar. Saiz perut Mommy akan menjadi sebesar buah limau bali. Namun, terdapat juga Mommy yang masih tidak menunjukkan perubahan ketara pada saiz perut ketika berusia 10 minggu.

#2. Payudara Membesar

Pada ketika ini juga, payudara Mommy akan merasakan bahawa payudara Mommy semakin membesar. Pastikan Mommy memakai jenis baju dalam yang sesuai dengan saiz Mommy.

#3. Morning Sickness

Selain itu, Mommy mungkin masih akan menghadapi morning sickness seperti minggu sebelum ini. Gajala kehamilan ini adalah normal. Tetapi Mommy tidak perlu risau, kemungkinan besar gejala kehamilan ini akan semakin berkurangan pada minggu-minggu akan datang.

#4. Sakit di Bahagian Ligamen

Disebabkan otot-otot Mommy semakin meregang untuk menempatkan bayi, Mommy akan merasai sakit di bahagian ligamen. Tetapi, Mommy tidak perlu risau kerana ianya adalah normal.

#5. Keluar Cecair dari Vagina

Mommy juga mungkin akan mendapati bahawa terdapat cecair yang keluar dari vagina Mommy. Ini kerana aliran darah semakin bertambah dan hormon estrogen semakin meningkat.

#6. Penampakkan Urat

Bukan itu sahaja, malah urat Mommy akan kelihatan di kulit Mommy. Hal ini kerana, urat dalam badan Mommy sedang bekerja keras membekalkan darah tambahan kepada bayi Mommy.

Tips untuk Menyokong Kehamilan pada Minggu ke 10

  • Makan makanan yang sihat dan berkhasiat sebagai sumber nutrien kepada bayi dan juga diri Mommy sendiri.
  • Pantau berat badan kerana berat badan berlebihan dan kurang berat berat badan juga boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
  • Elakkan aktiviti yang berat dan lasak kerana pada pada usia kandungan 10 minggu juga masih mempunyai risiko yang tinggi untuk gugur.
  • Teruskan pengambilan makanan dan vitamin tambahan yang dibekalkan oleh doktor.Elakkan minum minuman beralkohol, jauhi diri dari rokok dan jangan guna atau makan sembarangan ubat tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu.
  • Minum air dengan cukup untuk elakkan dehidrasi.

Kesimpulannya, walaupun telah memasuki minggu ke 10 kehamilan, ianya masih lagi berada pada awal kehamilan. Jadi, sentiasa pantau dan jaga kehamilan Mommy. terus berjumpa dengan doktor sekiranya kandungan Mommy menunjukkan sebarang tanda-tanda yang tidak menyenangkan.

Seronok nak jadi Mommy dan Daddy? Ilmu berkaitan si manja dah cukup? Belum?

Jom ke laman web Motherhood New Mom Privilege kerana banyak informasi yang akan membantu journey parenthood Mommy dan Daddy nanti.

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Ikuti perkembangan janin yang seterusnya di SINI.