Lebih kurang 6 bulan lagi untuk hari bahagia Mommy dan Daddy. Kandungan 11 minggu berada di akhir trimester pertama dan bakal memasuki trimester kedua tidak lama lagi.
Bayi 11 minggu dalam kandungan sedang membesar dengan sangat pantas.
Pastinya sangat teruja mengikuti setiap perkembangan si manja Mommy ini bukan?
Untuk ketahui apa yang bakal berlaku seterusnya, jom sama-sama kita baca perkembangan kandungan 11 minggu di bawah ini!
Perkembangan Janin pada Usia Kandungan 11 Minggu
Pada usia kandungan 11 minggu ini bayi Mommy sudah sebesar ukuran bola golf. Bayi Mommy juga sudah boleh mula bernafas di dalam rahim. Bayi Mommy akan menyedut dan menghembus sejumlah kecil amniotik. Ini untuk membantu paru-paru bayi membesar dan berkembang.
Selain itu, hati bayi juga sudah mula menghasilkan sel darah merah yang berfungsi untuk menghantar oksigen ke seluruh tubuhnya. Wajah bayi Mommy juga akan mula terbentuk pada minggu ini. Pasti Mommy tertanya-tanya, bayi Mommy akan ikut muka Mommy ke Daddy ya?
Folikel rambut bayi juga sudah mulai tumbuh. Bukan sahaja di kepala tetapi juga di seluruh badannya. Sebab itulah jika kita lihat bayi yang dilahirkan mempunyai banyak rambut atau bulu halus di tubuhnya.
Bukan itu sahaja, malahan jari tangan dan kaki bayi 11 minggu dalam kandungan juga sudah semakin jelas. Seiring itu, kuku bayi juga sudah mulai tumbuh.
Perubahan tubuh Mommy pada Usia Kandungan 11 Minggu
Seiring dengan perkembangan bayi yang semakin banyak, begitu juga dengan perubahan yang berlaku kepada tubuh Mommy. Antara perubahan yang berlaku kepada Mommy apabila memasuki 11 minggu ialah:
#1. Morning Sickness
Walaupun mungkin semakin berkurangan, ada sesetengah ibu hamil yang masih lagi mempunyai morning sickness pada usia kandungan 11 minggu ini.
#2. Sembelit
Mommy juga mungkin akan menghadapi masalah sembelit pada usia kandungan 11 minggu ini. Hal ini kerana, perubahan hormon yang berlaku menyebabkan pergerakan usus menjadi lambat dan mengganggu sistem pencernaan Mommy. Oleh itu, Mommy jangan lupa ya makan banyak buah dan minum air yang banyak untuk membantu masalah sembelit ini.
#3. Perut Kembung
Selain itu, mommy juga mungkin akan sering berhadapan dengan masalah perut kembung. ini disebabkan oleh perubahan hormon progestron dalam tubuh Mommy dan menjadikan angin akan terkumpul di dalam perut. Mommy mungkin akan rasa tidak selesa di bahagian perut dan ulu hati.
#4. Bertambah Berat Badan
Berat Mommy juga akan mula bertambah seiring dengan selera yang semakin bertambah. Sekiranya pada awal kehamilan, Mommy hilang selera dan hilang berat badan. Tetapi memasuki minggu 11 kehamilan ini berat Mommy mungkin akan naik. Oleh itu, sentiasa pantau kenaikan berat Mommy supaya tidak terlebih ya!
Perut Mommy juga sudah mula untuk membesar walaupun tidak banyak tetapi sudah mula menampakkan perubahan saiz.
Tips bagi Menyokong Kandungan 11 minggu
#1. Makan Makanan Berkhasiat
Selain untuk membekalkan tenaga, makan makanan yang berkhasiat juga penting untuk tumbesaran janin dalam kandungan. Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan minum banyak air untuk mengelakkan masalah dehidrasi. Jangan lupa ya Mommy untuk minum susu untuk kekuatan tulang dan bayi dalam kandungan.
#2. Elakkan Aktiviti Berat dan Lasak
Walaupun sudah memasuki minggu 11 kehamilan, kandungan Mommy masih lagi berisiko untuk keguguran sekiranya Mommy melakukan sesuatu aktiviti atau pergerakan yang terlalu lasak. Lakukan aktiviti atau senaman ringan untuk kesihatan tubuh Mommy dan bayi Mommy.
#3. Banyakkan Bercakap dengan Bayi
Bercakap dengan bayi dalam kandungan dapat memupuk hubungan ibu dan anak sejak dari dalam perut. Oleh itu, Mommy dan Daddy jangan lupa ya banyakkan bercakap dengan bayi pada setiap hari.
Seronok nak jadi Mommy dan Daddy? Ilmu berkaitan si manja dah cukup? Belum?
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti perkembangan janin yang seterusnya di SINI.