Kandungan berusia 14 minggu bermakna kandungan Mommy sudah pun melepasi trimester pertama iaitu trimester di awal kehamilan yang banyak menguji ketahanan mental dan fizikal Mommy.
Kini kandungan Mommy sudah memasuki trimester kedua yang mana pada kebiasaannya Mommy tidak lagi menghadapi morning sickness. Namun, masih juga terdapat segelintir ibu hamil yang masih lagi bergelut dengan morning sickness pada usia kandungan 14 minggu ini.
Memasui usia kehamilan 14 minggu, apakah perkembangan yang sepatutnya berlaku kepada bayi dalam kandungan Mommy sekarang?
Jika morning sickness sudah pun tiada apa pula yang bakal berlaku kepada tubuh Mommy pada minggu ke 14 kehamilan ini? Apakah tips untuk menjaga dan menyokong kehamilan pada usia ini?
Semua persoalan ini akan terjawab dalam perkongsian di bawah!
Perkembangan Janin Pada Usia Kandungan 14 Minggu
Bayi Mommy kini sudah sebesar buah kiwi yang mempunyai berat 45gram dan panjang dari kepala ke kaki ialah 9cm. Bulu halus akan mula tumbuh di sekitar wajah bayi.
Selain itu, bayi Mommy sudah mula bernafas dengan sendiri melalui plasenta. Ini kerana, paru-parunya masih belum berfungsi. Oksigen akan dibekalkan kepada janin melalui pengaliran darah dari plasenta.
Pernafasan ini tidak akan masuk ke dalam paru-paru tetapi berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dalam badan bayi Mommy.
Glotis atau bukaan antara laring dan pita suara yang mana pengaliran udara ke paru-paru berlaku, tertutup semasa proses pernafasan berlaku. Ini mengakibatkan air ketuban yang ditelan akan keluar semula atau melarut dengan sendiri.
Di samping itu, bahagian lelangit mulut bayi sudah terbentuk dengan sepenuhnya. Bayi juga akan berterusan menghisap untuk membantu pembentukan pipi yang penuh.
Selain pipi, sistem reproduksi juga sudah mula terbentuk iaitu jika lelaki prostat akan mula terbentuk dan ovari akan bergerak turun ke bahagian pelvis.
Organ dalaman yang lain juga semakin berkembang dan berfungsi, contohnya hati akan mula mneghasilkan cairan hempedu, ginjal menghasilkan air kencing, limpa menghasilkan sel darah merah, sumsum tulang belakang akan menghasilkan darah, pankreas menghasilkan insulin, kalenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid dan tubuh janin sendiri telah mengeluarkan hormonnya sendiri.
Pengaliran darah yang berlaku akan membawa zat yang diperlukan oleh bayi melalui plasenta. Darah yang mengalir kaya dengan oksigen dan mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk prose tumbesaran janin dalam kandungan.
Oksigen dan zat di bawa melalui pengaliran darah yang keluar ke tubuh ibu dan masuk semula ke tubuh bayi. Itulah kitaran yang berlaku untuk memastikan bayi Mommy dapat nutrien dan oksigen yang mencukupi untuk membesar.
Perubahan Tubuh Mommy pada Minggu 14 Kehamilan
Berikut adalah perubahan yang berlaku kepada tubuh Mommy apabila kandungan menjangkau 14 minggu.
#1. Keinginan seks meningkat
Jika semasa trimester pertama keinginan seks Mommy berkurang, berlainan pula semasa kandungan berusia 14 minggu ini.
Mommy mungkin menyedari bahawa keinginan seks Mommy semakin meningkat pada ketika ini. Ini kerana, kandungan Mommy sekarang semakin baik tanpa sebarang gangguan dari segi loya, pening dan muntah.
#2. Emosi dan kesihatan semakin baik
Jika ingin dibandingkan dengan keadaan Mommy semasa awal kehamilan pastinya kandungan 14 minggu ini adalah lebih baik dari segi emosi dan kesihatan diri Mommy.
Hal ini kerana, ada tetapi tetapi tidak ramai ibu hamil yang pada ketika usia kandungan 14 minggu masih mual, muntah dan sebagainya (morning sickness).
Pada ketika ini, Mommy akan lebih menikmati pregnancy journey Mommy atau dengan kata lain tempoh “berbulan madu” pada kandungan 14 minggu ini.
Tips untuk Menyokong Kehamilan pada Minggu ke 14
Antara tips yang boleh Mommy gunakan untuk menyokong dan menjaga janin 14 minggu dalam kandungan adalah seperti berikut:
#1. Banyakkan bergerak
Walaupun kandungan sudah memasuki 14 minggu tetapi perut Mommy masih kecil. Ini adalah waktu terbaik untuk aktif bergerak. Pergerakan ini akan membantu perkembangan bayi yang berusia 14 minggu dalam kandungan Mommy untuk membesar.
#2. Makan Makanan yang Kaya dengan Nutrien
Makanan yang tinggi dengan khasiat dan nutrien sangat penting untuk kesihatan Mommy dan janin dalam kandungan Mommy. Ianya termasuklah sumber vitamin C dan zink yang penting untuk sistem ketahanan badan Mommy.
Jangan lupa juga untuk teruskan pengambilan vitamin tambahan yang diberikan oleh doktor iaitu zat besi dan asid folik. Selain itu, susu juga penting untuk kesihatan Mommy dan tumbesaran bayi dalam kandungan.
#3. Elakkan Berendam dalam Air Panas
Elakkan dari terlalu kerap berendam dalam air yang panas lebih dari 10 minit. Ini kerana, ianya boleh menyebabkan suhu badan badan Mommy naik lebih dari 39°C.
Suhu badan yang tinggi ini boleh menyebabkan risiko keguguran, risiko bayi dalam kandungan cacat dan Mommy akan merasa pening serta menjadi lesu.
Tak sabar nak jadi Mommy dan Daddy? Ilmu berkaitan si manja dah cukup? Belum?
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti perkembangan janin yang seterusnya di SINI.