Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perkembangan Janin Pada Usia Kandungan 16 Minggu

perkembangan janin ketika kandungan 16 minggu

Dalam menantikan kelahiran buah hati yang begitu dinantikan ini, persediaan menjadi faktor yang amat penting. Adakah Mommy dan Daddy sudah bersedia dengan segala keperluan untuk menyambut kehadiran yang baru ini?

Pada usia kandungan Mommy yang telah mencapai 16 minggu, perkembangan janin menjadi semakin menarik. Pada usia ini, janin sudah mempunyai beberapa ciri-ciri penting yang semakin berkembang dengan pesat.

Untuk mengetahui perkembangan terkini bayi pada usia kehamilan ini, Mommy perlu ikuti perkongsian di bawah!

Perkembangan Janin pada Usia Kandungan 16 Minggu

Highlighted


Selari dengan usia bayi 16 minggu dalam kandungan, banyak perkembangan dan tumbesaran yang berlaku kepada bayi. Antaranya ialah:

#1. Rambut atau Bulu Halus

Bahagian belakang, bahu, telinga dan dahi bayi Mommy akan mula ditutupi oleh rambut atau bulu halus yang dikenali sebagai lanugo. Fungsi rambut atau bulu halus ini adalah untuk membantu mengekalkan haba badan bayi, tetapi akan mula gugur apabila tubuh bayi mula mempunyai lemak.

#2. Ekspresi Wajah

Bayi comel Mommy ini sudah mula boleh untuk melakukan ekspresi wajah. Contohnya, mengerutkan dahi, mengeliat, membuat muka berkerut dan mencebikkan bibir. Comel sangat!

#3. Respon pada Ransangan

Bayi 16 minggu dalam kandungan kini sudah mampu memberi respon kepada rangsangan. Ini kerana, sendi dan anggota badan bayi Mommy sudah boleh berfungsi dengan sempurna. Tetapi, Mommy masih belum boleh merasakan tindak balas tersebut dari luar.

#4. Sudah Boleh Mendengar

Bayi Mommy sudah boleh mendengar walaupun telinganya masih belum sempurna sepenuhnya. Suara Mommy menyanyi pun bayi Mommy sudah boleh dengar tau! Jadi, jangan lupa ya Mommy untuk bercakap dengan bayi Mommy setiap hari.

Perubahan Tubuh Mommy pada pada Usia Kandungan 16 Minggu

Terdapat beberapa perubahan yang berlaku kepada badan Mommy semasa usia kandungan menginjak 16 minggu. Antaranya ialah:

#1. Bulu dan Rambut Tumbuh

Pada ketika ini, tubuh Mommy akan menghasilkan banyak bulu dan rambut. Bulu dan rambut yang tumbuh ini adalah kerana perubahan hormon yang berlaku. Tetapi jangan risau kerana bulu dan rambut ini akan luruh selepas 6 bulan bersalin.

#2. Perut Membesar ketika Memasuki Usia Kandungan 16 Minggu

Perut membesar bagi ibu hamil adalah satu kepastian. Mommy akan dapat rasakan baby bump mula muncul pada ketika ini.

#3. Rasa Sakit di Bahagian Punggung

Selain itu, Mommy juga akan mula rasakan sakit di bahagian bawah punggung. Kebiasaannya, sakit ini hanyalah sakit ringan tanpa menimbulkan sakit yang lain. Namun, jika sakit yang Mommy rasakan semakin teruk, sebaiknya berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

#4. Kuku Semakin Sihat

Mommy mungkin akan merasakan bahawa kuku Mommy semakin cantik. Ini terjadi kerana perubahan hormon yang berlaku. Perubahan hormon juga boleh memberi perubahan yang menarik kepada Mommy. Ini disebut sebagai pregnancy glow.

Tips untuk Menyokong Kehamilan pada Usia Kandungan 16 Minggu

  • Mommy boleh cuba berenang kerana aktiviti renang adalah salah satu cara untuk bersenam dan ianya selamat untuk kandungan 16 minggu.
  • Makan makan berkhasiat seperti sayuran hijau,buah-buahan dan kekacang. Jangan lupa juga untuk teruskan pengambilan makanan yang tinggi vitamin C, zat besi dan tinggi asid folik untuk mmebantu pertumbuhan bayi dalam kandungan Mommy.
  • Banyakkan berinteraksi seperti berbual dan menyanyi untuk bayi dalam kandungan.
  • Jauhkan dari anak-anak atau mereka yang terkena chickenpox kerana ianya boleh memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan.

Tak lama lagi dah nak jadi Mommy dan Daddy? Risau sebab belum ada ilmu berkaitan si manja?

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Ikuti perkembangan janin yang seterusnya di SINI.