Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Perkembangan Janin Pada Usia Kandungan 17 Minggu

kandungan 17 minggu

Kredit gambar: yeditepehastaneleri.com

Memasuki usia kandungan 17 minggu membawa maksud kandungan Mommy sudah pun memasuki bulan keempat kehamilan.

Lebih kurang 5 bulan lagi Mommy dan Daddy akan memeluk buah hati kesayangan Mommy Daddy. Pastinya tidak sabar kan tapi pada masa yang sama tentu kalian berdua sangat nervous! Ketahuilah Mommy dan Daddy, bergelar ibu dan bapa bukanlah perkara mudah.

Oleh itu, persiapkan diri Mommy Daddy dengan ilmu berkenaan parenting iaitu ilmu berkenaan bayi sejak dari dalam kandungan sehinggalah membesarkan mereka.

Untuk itu, ikuti perkongsian di bawah untuk bersama-sama belajar mengenai perkembangan janin semasa usia kandungan 17 minggu yang perlu Mommy Daddy ambil tahu. Jom lihat!

Perkembangan Janin Pada Usia Kandungan 17 Minggu

Highlighted

Kredit gambar: www.pregnancy.com.au

#1. Ukuran dan Saiz Bayi

Bayi Mommy sekarang sudah hampir sebesar lobak yang mempunyai berat sekitar 150 gram dan panjang lebih kurang 12 cm dari kepala hingga hujung kaki.

#2. Memasuki Usia Kandungan 17 Minggu Plasenta Semakin Membesar

Selain itu, memasuki minggu ke 17 ini plasenta yang paling pantas berkembang. Hal ini kerana, plasenta berfungsi untuk membekalkan nutrien dan oksigen kepada janin dalam kandungan. Plasenta mempunyai ribuan pembuluh darah bagi memaksimumkan fungsinya.

#3. Menghisap dan Menelan

Di samping itu, bayi Mommy juga sudah mula berlatih untuk menghisap dan menelan. Ini adalah satu kemahiran yang penting untuk memastikan bayi mendapat semua nutrisi yang telah dibekalkan.

#4. Pembentukan Cap Jari

Saat ini cap jari bayi akan mula terbentuk yang mana ianya tidak akan sama dengan cap jari orang lain.

#5. Perkembangan Otak

Sangat menakjubkan apabila pada ketika ini otak janin sudah boleh mengawal degupan jantungnya. Ini bermakna, otaknya sedang berkembang dengan baik.

#6. Tali Pusat

Bukan itu sahaja, bahkan tali pusat juga semakin tebal dan kuat bersambung pada badan bayi bagi memastikan nutrien dan oksigen dapat dibekalkan secara optimum kepada bayi dalam kandungan Mommy. Tali pusat ini juga berfungsi untuk mengeluarkan bahan buangannya.

#7. Semakin Gebu

Pada usia ini, bayi Mommy semakin gebu kerana mempunyai lemak badan yang tersimpan di bawah kulit mereka. Bukan itu sahaja, malah kalenjar peluh juga semakin berkembang. Lengan, kaki dan badan bayi juga sudah mencapai saiz kepalanya.

Perubahan Tubuh Mommy Pada Usia Kandungan 17 Minggu

Kredit gambar: americanpregnancy.org

Tubuh Mommy akan berlaku perubahan apabila memasuki minggu 17 kehamilan. Berikut adalah perubahan tersebut:

#1. Payudara Semakin Membesar

Payudara Mommy semakin membesar sebagai persediaan untuk menghasilkan susu ibu. Payudara makin membesar apabila darah akan mengalir dengan banyak ke duktus atau saluran susu dan bersedia untuk proses penyusuan kelak.

#2. Stretch Mark

Satu perkara yang sering membuatkan ibu hamil runsing adalah tanda regangan atau stretch mark. Stretch mark ini akan membuat keadaan perut Mommy kelihatan sedikit tidak menarik.

Tetapi jangan risau, ianya akan memudar setelah bersalin kelak atau Mommy boleh sapukan losyen untuk mengurangkan rasa gatal dan kurangkan kesan stretch mark tersebut di bahagian tersebut.

#3. Perut Semakin Besar Memasuki Usia Kandungan 17 Minggu

Baju sudah mula ketat di bahagian perut? Ini bermakna perut Mommy sedang membesar seiring dengan bayi yang semakin membesar dalam kandungan.

#4. Sembelit

Sembelit dan ibu hamil adalah lumrah. Semasa janin 17 minggu dalam kandungan Mommy boleh mengalami sembelit kerana perubahan hormon dan rahim yang semakin membesar.

#5. Merasai Gerakan Bayi

Bayi 17 minggu dalam kandungan sememangnya sudah boleh bergerak. Oleh itu, pergerakan bayi dalam kandungan 17 minggu akan Mommy rasakan buat pertama kalinya pada minggu ini.

Gerakan tersebut dipanggil sebagai quickening. Ianya terasa seperti buih-buih yang memecah atau kibasan kepak rama-rama yang kecil.

#6. Berat Badan Bertambah Memasuki Usia Kandungan 17 Minggu

Seiring dengan perkembangan janin 17 minggu dalam kandungan, berat badan Mommy juga semakin bertambah.

Tips untuk Menyokong Kehamilan Pada Usia Kandungan 17 Minggu

Antara tips untuk menjaga dan menyokong kandungan berusia 17 minggu ialah:

  • Semestinya makan makanan yang berkhasiat dan mempunyai nutrisi yang tinggi untuk membekalkan tenaga kepada Mommy dan membekalkan zat penting untuk perkembangan bayi Mommy dalam kandungan. Contohnya, makanan tinggi zat besi, vitamin C, asid folik dan lain-lain. Banyakkan juga makan buah-buahan, sayuran hijau dan lain-lain.
  • Hadkan pengambilan minuman berkafein.
  • Lakukan senaman ringan.
  • Konsisten dalam pengambilan suplemen tambahan yang diberikan doktor.

Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Ikuti perkembangan janin yang seterusnya di SINI.