Pada trimester kedua kehamilan, janin yang memasuki usia kandungan 18 minggu mengalami banyak perkembangan penting.
Salah satu perubahan yang dapat dirasakan oleh ibu hamil adalah hilangnya gejala morning sickness seperti rasa loya dan muntah.
Bagi bayi yang sedang berkembang dalam rahim, ini adalah masa penting di mana organ-organ utama telah terbentuk dan sekarang mereka sedang membesar.
Oleh itu, penting untuk menjaga kesihatan ibu hamil dengan menjalani pemakanan yang seimbang dan sentiasa berhubung dengan doktor untuk memastikan perkembangan kandungan berjalan dengan baik.
Dalam artikel ini, kita akan meneroka lebih lanjut mengenai perkembangan bayi 18 minggu dalam rahim dan bagaimana cara menjaga kandungan pada tahap ini.
Jom baca bersama untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam!
Perkembangan Janin Ketika Usia Kandungan 18 Minggu
Antara perkembangan janin Mommy yang perlu diambil perhatian ialah:
#1. Mata dan Telinga
Telinga bayi Mommy pada ketika ini sudah sempurna terbentuk. Malah, bayi Mommy sudah boleh mendengar suara pelbagai bunyi termasuklah bunyi darah mengalir, bunyi perut Mommy, degupan jantung Mommy termasuklah suara Mommy Daddy.
Bayi Mommy juga boleh terkejut apabila mendengar bunyi yang kuat secara tiba-tiba.
Manakala mata pula semakin menunjukkan perkembangan yang hampir sempurna. Bahkan, jika Mommy menyuluhkan cahaya di perut, bayi Mommy sudah boleh mendapat cahaya tersebut kerana retinanya sudah boleh mengesan cahaya.
#2. Tulang
Menginjak usia kandungan 18 minggu, tulang bayi Mommy mula berkembang tetapi masih lembut. Namun, tulang selangka dan tulang kaki bayi akan mulai mengeras penghujung minggu ini. Selepas ini Mommy akan mula merasakan tendangan bayi Mommy walaupun masih perlahan.
#3. Sudah Boleh Melihat Jantina Ketika Usia Kandungan 18 Minggu
Sekiranya Mommy dan Daddy melakukan scan kandungan, Mommy dan Daddy dah boleh lihat jantina bayi Mommy. Jika bayi Mommy perempuan, vagina sudah terbentuk dan penis jika bayi Mommy lelaki.
#4. Otak
Perkembangan otak pada minggu ini akan menyaksikan sambungan sel saraf di dalam otak dan saraf tunjang sedang terbentuk. Ini akan membantu bayi dalam kandungan bergerak dan reflex dengan lebih baik. Contohnya, menggenggam tangan dengan erat.
#5. Berat dan Ukuran Bayi Ketika Usia Kandungan 18 Minggu
Berat bayi dalam kandungan 18 minggu adalah seberat 0.19 kilogram dan berukuran 14.2 cm.
Perubahan tubuh Mommy Ketika Usia Kandungan 18 Minggu
#1. Sakit Punggung
Antara perubahan yang berlaku kepada Mommy pada usia kandungan 18 minggu ini ialah Mommy akan mula merasakan sakit di bahagian punggung.
Kesakitan ini akan menjadi leboh kerap pada ketika ini kerana janin semakin membesar. Ini memberi beban kepada Mommy.
Selain itu, ianya juga disebabkan oleh dua kemungkinan iaitu otot pinggul yang semakin longgar untuk memudahkan proses bersalin kelak.
Yang kedua ialah perut yang semakin keras menyebabkan ibu menghadapi sedikit masalah untuk seimbangkan diri Mommy dan memberi tekanan kepada bahagian punggung Mommy.
#2. Boleh Merasakan Pergerakan Bayi dalam Kandungan
Pernahkan Mommy semasa bersantai tiba-tiba rasakan seperti sesuatu sedang bergerak dalam perut Mommy? Itulah gerakan buah hati Mommy dan Daddy.
Pada usia kandungan 18 minggu ini bayi Mommy sudah boleh bergerak dan gerakan tersebut sudah boleh dirasakan oleh Mommy. Struktur tulang bayi semakin padat dan keras. Oleh sebab itulah, apabila bayi bergerak Mommy boleh rasa gerakan tersebut.
#3. Perut Semakin Membesar Ketika Usia Kandungan 18 Minggu
Perut membesar pastinya adalah satu kemestian buat ibu hamil. Walaupun tidaklah terlalu besar tetapi masih akan ternampak perubahan pada saiz perut Mommy.
Pastikan Mommy memilih pakaian yang bersesuaian dan selesa untuk rutin harian. Perut membesar pastinya berat badan juga akan bertambah.
Tips untuk Menyokong Kehamilan Ketika Usia Kandungan 18 Minggu
- Pastikan Mommy sentiasa makan makanan yang berkhasiat dan mempunyai nutrisi yang tinggi untuk tumbesaran bayi dalam kandungan juga untuk membekalkan tenaga kepada Mommy.
- Minum air yang secukupnya untuk mengelakkan masalah dehidrasi juga masalah sembelit yang sering berlaku kepada ibu hamil. Selain air kosong, susu juga penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan. Ini kerana, susu kaya dengan kalsium yang penting untuk pembentukan gigi dan tulang bayi.
- Jauhkan dan elakkan dari berada dekat dengan asap rokok dan perokok. Ini boleh memberi kesan negatif kepada bayi Mommy.
- Sentiasa memastikan kesihatan mental Mommy dalam keadaan yang baik. Jangan terlalu stress atau terlampau bimbang akan sesuatu perkara. Ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan bayi dalam kandungan.
- Mommy digalakkan juga untuk melakukan senaman ringan sewaktu kandungan berusia 18 bulan namun jika Mommy berasa letih atau penat, pastikan Mommy mendapatkan rehat secukupnya. Jika tidak perkembangan bayi dalam kandungan akan terganggu.
- Elakkan duduk dan berdiri terlalu lama untuk mengelakkan sakit di bahagian punggung.
- Elakkan dari mengangkat benda yang berat kerana khuatir Mommy mungkin cedera jika salah cara mengangkat.
Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti perkembangan janin yang seterusnya di SINI.