pembentukan dan perkembangan janin pada kandungan 2 minggu adalah satu proses yang menakjubkan dan mengagumkan.
Walaupun masih tiada bayi dalam kandungan, pemahaman tentang perkembangan awal ini adalah penting bagi ibu hamil. Meskipun perubahan-perubahan mungkin belum terasa pada masa ini, ia merupakan langkah permulaan yang kritikal dalam perjalanan kehamilan.
Oleh sebab itu, Mommy perlu kandungan dengan sebaik mungkin pada awal kehamilan ini. Ikuti perkongsian di bawah untuk memahami lebih lanjut mengenai perkembangan janin pada minggu kedua ini.
Perkembangan Janin Ketika Usia Kandungan 2 MingguÂ
Kandungan berusia 2 minggu yang berada pada trimester 1 ini masih berada pada peringkat permulaan kandungan. Pada usia kandungan 2 minggu ini janin masih belum terbentuk kerana pada masa ini proses yang akan berlaku adalah proses persenyawaan.
Semasa tempoh ovulasi berlaku, iaitu 2 minggu selepas hari pertama haid terakhir Mommy, badan akan melepaskan telur.
Ovari akan melepaskan telur ke dalam tiub fallopio Mommy. Proses persenyawaan akan berlaku di dalam tiub fallopio ini dalam tempoh 12 ke 24 jam di mana ribuan malah berjuta sperm yang dilepaskan akan berenang untuk cuba menembusi telur dalam tempoh ini.
Sperm yang bertuah akan membawa keajaiban kepada hidup Mommy. Ujian kehamilan dan scan kandungan pada minggu 2 ini juga tidak akan menunjukkan sebarang tanda Mommy mengandung 2 minggu.
Perubahan Tubuh Mommy pada Usia kandungan 2 Minggu
Terlalu awal untuk menjangkakan sebarang perubahan yang bakal berlaku pada minggu ke 2 ini kerana pada minggu ini proses persenyawaan baru sahaja terjadi. Simptom yang mungkin berlaku pada minggu ini lebih kurang sama dengan tanda-tanda Mommy sedang datang haid.
Tips bagi Menyokong Kehamilan pada Usia Kandungan 2 Minggu
Antara tips bagi menyokong atau menjaga kandungan Mommy pada 2 minggu pertama ini ialah:
#1. Teruskan Pengambilan Makanan yang Sihat.
Pemakanan yang sihat penting untuk Mommy tidak kiralah samada mengandung atau tidak. Makanlah makanan yang berkhasiat dan elakkan dari makan makanan yang berproses, tinggi lemak dan lain-lain. Sekiranya Mommy mengandung, antara faktor penting untuk kandungan yang sihat bermula dengan pengamalan pemakanan yang sihat.
#2. Jangan Terlampau Emosi
Elakkan dari terlalu beremosi, samada terlampau teruja atau terlalu risau. Ramai pakar yang bersetuju sekiranya Mommy ingin hamil, belajar untuk menguruskan emosi iaitu menjadi lebih tenang. Sekiranya Mommy tidak berjaya hamil jangan terlalu kecewa atau risau. Mommy masih mempunyai banyak peluang.
#3. Asid Folik
Mommy disarankan untuk mengambil asid folik seawal mungkin sebaiknya sebelum mengandung. Seperti yang ramai tahu, asid folik penting untuk membantu perkembangan bayi dalam rahim Mommy kelak.
Pengambilan 400 mcg asid folik setiap hari penting untuk perkembangan tiub saraf bayi dalam kandungan. Tiub saraf bayi yang kelak akan menjadi otak dan saraf tunjang bayi ini akan mula berkembang seawal bulan pertama kandungan.
Oleh itu, ingat ya Mommy, makanlah asid folik bagi membantu bayi Mommy kelak.
#4. Elakkan Pengambilan Alkohol, Rokok dan Kafein
Untuk tingkatkan peratusan hamil, elakkan juga dari minum alkohol, kafein dan merokok. Perkara-perkara ini akan mengganggu usaha Mommy untuk hamil. Sekiranya Mommy hamil, 3 benda ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada Mommy juga bayi dalam kandungan Mommy. Oleh itu, elakkan buat sementara waktu.
Kesimpulannya, walaupun masih diperingkat awal, Mommy seharusnya mempersiapkan mental dan fizikal untuk menghadapi tempoh 9 bulan yang akan datang. Tempoh 9 bulan ini banyak cabaran yang akan Mommy tempuhi.
Oleh itu, sebelum bertempur sebaiknya Mommy penuhkan dada dengan ilmu kehamilan terlebih dahulu agar Mommy dapat menikmati kehamilan Mommy dengan gembira.
Excited nak bergelar Mommy dan Daddy? Tapi ilmu berkaitan bayi masih kosong? Jom ke laman web Motherhood New Mom Privilege kerana banyak informasi yang akan membantu journey parenthood Mommy dan Daddy nanti.
Antaranya ialah Welcome gift dan cabutan bertuah bulanan untuk 31 pemenang yang menawarkan hadiah seperti sebuah Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat dan 30 set bayi ekslusif untuk dimenangi.
Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!
Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan mengenai kehamilan di SINI!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.