Ironinya, kehamilan adalah tempoh yang penuh dengan perubahan dan perkembangan tak kira untuk bayi atau Mommy sendiri. Apatah lagi sekarang ini Mommy sudah memasuki 20 minggu kandungan.
Pasti Mommy tertanya-tanya! Kandungan 20 minggu bersamaan berapa bulan kan? Pada usia kandungan 20 minggu ini, Mommy sebenarnya telah berada dalam bulan ke-5 kehamilan anda.
Dengan hanya tinggal lebih kurang 4 bulan lagi sebelum bayi dilahirkan, ini adalah waktu yang sangat penting untuk Mommy mempersiapkan diri untuk kelahiran nanti.
Semakin menginjak usia kandungan, pertumbuhan bayi Mommy akan semakin berkembang pesat dan perubahan dalam tubuh Mommy sendiri pun akan mula menjadi lebih ketara.
Perkembangan Bayi pada Usia Kandungan 20 Minggu
Highlighted
Saiz Bayi Anda
Pada usia kehamilan 20 minggu ini, saiz bayi Mommy kini seukuran buah pisang, dengan panjangnya kira-kira 10.12 inci dari kepala ke kaki dan beratnya pula sekitar 11.68 auns.
Walaupun bayi Mommy masih kecil berbanding saiznya apabila lahir nanti, bayi sudah mula bergerak aktif dalam rahim Mommy.
Tentu Mommy seronok kan sekarang sebab sudah boleh rasa pergerakan si manja?
Mengetahui Jantina Bayi Anda Ketika Usia Kandungan 20 Minggu
Sekiranya Mommy ingin mengetahui sama ada bayi Mommy lelaki atau perempuan, ini adalah masa yang terbaik untuk mengetahuinya iaitu melalui ultrasound trimester kedua.
Jantina bayi Mommy boleh dikenalpasti melalui imbasan anatomi yang biasanya dilakukan oleh doktor antara minggu ke-18 hingga ke-22 kehamilan.
Bukan sahaja jantina bayi, imbasan ini juga memberikan maklumat penting tentang perkembangan organ dan ukuran bayi Mommy.
Jadi, jika Mommy bakal melakukannya nanti, beri perhatian dan bertanyalah pada doktor segala soalan yang bermain di fikiran Mommy.
- Jika Bayi Anda Perempuan
Jika Mommy mengandung bayi perempuan, rahim dan saluran farajnya sudah mula berkembang dengan baik.
Si kecil Mommy mempunyai kira-kira 7 juta telur primitif dalam ovari, yang akan berkurangan kepada 1 hingga 2 juta apabila lahir.
- Jika Bayi Anda Lelaki
Jika jantina bayi Mommy adalah lelaki, buah zakarnya masih dalam perut dan akan mula turun ke dalam skrotum dalam beberapa minggu akan datang.
Bayi Sedu dalam Rahim
Mommy ada rasa tak pergerakan bayi yang berirama dan halus? Kalau ada, ia disebabkan si manja Mommy sedang tersedu.
Mommy boleh rasa bayi sedu yang biasanya dirasakan antara minggu ke-16 hingga ke-22 kehamilan.
Mungkin Mommy pelik kenapa bayi tersedu dalam rahim kan?
Sebenarnya, perkara ini normal Mommy! Bila bayi sedu, ia menunjukkan bahawa sistem saraf bayi Mommy sedang berkembang baik.
Kemampuan Rasa Bayi
Memasuki usia kandungan 20 minggu, bayi Mommy kini mempunyai tunas rasa yang mampu menghantar isyarat rasa ke otak mereka.
Mereka juga mungkin sedang menelan molekul makanan yang Mommy telah makan melalui cecair amniotik. Ini bermaksud, apa sahaja yang Mommy makan, ia akan mempengaruhi tabiat makan bayi Mommy di kemudian hari.
Pundi Hempedu Mula Berfungsi
Perubahan Pada Tubuh Mommy Ketika Usia Kandungan 20 Minggu
Perut dan Saiz Benjolan Bayi Ketika Usia Kandungan 20 Minggu
Pada minggu ke-20 kehamilan, perut Mommy mungkin akan kelihatan seperti benjolan dan ia semakin jelas.
Ini adalah tanda bahawa pertumbuhan bayi Mommy sedang berkembang dengan sangat baik.
Mungkin Mommy perasan, ada wanita hamil yang perut besar, dan ada juga yang kelihatan kecil.
Kalau Mommy nak tahu, ia disebabkan oleh saiz benjolan bayi yang boleh berbeza-beza.
Saiz bayi ini sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor termasuk saiz badan Mommy dan sama ada ini adalah kehamilan pertama Mommy atau tidak.
Jadi, jangan risau jika perut Mommy lebih besar atau lebih kecil daripada orang lain.
Ketinggian Fundus Ketika Usia Kandungan 20 Minggu
Mulai minggu ini, doktor akan mengukur ketinggian fundus, iaitu jarak dari tulang kemaluan ke bahagian atas rahim.
Ukuran ini akan memberi gambaran tentang perkembangan bayi Mommy, dan biasanya, tinggi fundus dalam sentimeter adalah hampir sama dengan bilangan minggu kehamilan Mommy.
Gejala Kehamilan Usia Kandungan 20 Minggu
- Kulit Gatal: Dengan rahim Mommy yang semakin membesar, kulit di sekitar perut dan payudara mungkin akan menjadi gatal. Untuk redakannya, Mommy boleh cuba gunakan pelembap dan pek sejuk.
- Tidur Tak Lena: Semasa hamil, agak sukar untuk Mommy mencari posisi tidur yang selesa. Apa kata, Mommy cuba pertimbangkan untuk berbaring di sisi dengan lutut dibengkokkan dan menggunakan bantal kehamilan untuk sokongan tambahan. Lebih selesa kan?
- Perubahan Rambut dan Kuku: Mommy mungkin perasan kuku Mommy tumbuh lebih cepat dan rambut menjadi lebih tebal. Ini adalah kesan sampingan yang normal disebabkan peningkatan estrogen dalam badan.
- Sakit Pinggang Bawah: Rahim yang semakin membesar memberi tekanan pada belakang Mommy. Latihan bebanan, regangan, dan berenang boleh membantu Mommy mengurangkan ketegangan ini.
- Sembelit: Sembelit adalah masalah biasa semasa kehamilan. Oleh itu, Mommy perlu pastikan Mommy minum banyak air, makan makanan berserat tinggi, dan berjumpa dengan doktor jika masalah sembelit semakin teruk.
Tips Mengatasi Gejala Kehamilan Memasuki Usia Kandungan 20 Minggu
Berikut merupakan beberapa tips ketika hamil yang boleh Mommy amalkan:
Ambil vitamin pranatal
Pastikan Mommy mengambil vitamin pranatal setiap hari untuk mendapatkan nutrisi yang mencukupi bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi, terutama asid folik, zat besi, dan kalsium.
Makan makanan berkhasiat
Pastikan diet harian Mommy kaya dengan makanan yang seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein, karbohidrat, dan lemak sihat di mana semua ini penting untuk kesihatan Mommy dan bayi dalam kandungan.
Bersenam dengan kerap
Selain itu, Mommy boleh melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang sesuai untuk ibu hamil seperti berjalan, berenang, atau senaman ringan dapat membantu mengekalkan kecergasan, meningkatkan peredaran darah, dan memudahkan proses bersalin.
Dapatkan tidur yang cukup dan nyenyak setiap malam
Tidur yang berkualiti antara 7-9 jam setiap malam penting untuk memastikan badan Mommy mendapat rehat yang cukup, mengurangkan tekanan, dan menyokong kesihatan mental dan fizikal.
Jangan tidur terlalu lama atau berbaring di belakang anda
Mommy juga perlu elakkan tidur terlentang kerana ia boleh memberi tekanan kepada vena besar yang boleh mengurangkan aliran darah ke jantung dan janin.
Sebaiknya, Mommy tidur mengiring ke kiri untuk peredaran darah yang lebih baik.
Hadkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein yang berlebihan boleh menjejaskan perkembangan janin. Oleh itu, Mommy disarankan untuk mengehadkan pengambilan kafein kepada 200 mg sehari (sekitar satu cawan kopi).
Jangan merokok atau mengambil alkohol
Merokok dan pengambilan alkohol boleh menyebabkan komplikasi kehamilan yang serius seperti kelahiran pramatang, berat badan bayi yang rendah, atau gangguan perkembangan janin.
Elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan Anda jatuh
Walaupun bersenam baik ketika hamil, Mommy perlu hindari melakukan sukan jenis ekstrem atau aktiviti yang boleh menyebabkan kehilangan keseimbangan atau jatuh, seperti menaiki basikal di kawasan yang tidak rata atau sukan yang melibatkan sentuhan fizikal.
Ketahui segala-galanya mengenai persiapan melahirkan anak, selepas bersalin, dan keibubapaan
Persiapan mental dan pengetahuan adalah kunci kepada kelancaran pengalaman melahirkan bayi Mommy nanti.
Mommy boleh cuba sertai kelas antenatal, baca buku, atau ikuti sesi kaunseling mengenai proses bersalin, penjagaan selepas bersalin, serta cabaran dan tanggungjawab sebagai ibu bapa.
Perhatikan Pergerakan Bayi Semasa Usia Kandungan 20 Minggu
Jika Mommy baru mula merasakan pergerakan bayi, jangan terlalu risau jika pergerakannya tidak konsisten. Ini adalah normal dan pergerakan akan menjadi lebih jelas seiring waktu.
Pilihan Penjagaan Kulit
Ketika hamil, Mommy disarankan untuk memilih produk penjagaan kulit yang sesuai untuk jenis kulit Mommy, untuk mengelakkan masalah kulit.
Gembirakan Diri Sendiri
Apa kata kalau Mommy rayakan pertengahan kehamilan Mommy dengan melakukan sesuatu yang baik untuk diri sendiri, seperti rawatan muka, urutan pranatal, atau sesi fotografi kehamilan.
Eksperimen di Atas Katil
Sesetengah wanita hamil mengalami dorongan seks yang lebih tinggi. Seks semasa kehamilan adalah selamat dan boleh membantu Mommy kekal aktif serta mengurangkan tekanan.
Dengan segala maklumat ini, Mommy boleh lebih bersedia untuk minggu-minggu seterusnya dalam kehamilan Mommy.
Semoga semuanya baik-baik dan selamat mengharungi perjalanan yang menyeronokkan ini Mommy!
Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti perkembangan janin yang seterusnya di SINI.