Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kandungan 26 Minggu: Perkembangan Janin dan Tips Sokongan untuk Mommy

kandungan 26 minggu

Dalam masa lebih kurang 14 minggu lagi, Mommy bakal melangkah ke fasa menjadi seorang ibu, suatu pengalaman yang mendebarkan terutamanya bagi mereka yang bakal bergelar ibu buat kali pertama.

Setiap minggu yang berlalu memberikan pengalaman dan perubahan baru, khususnya apabila Mommy sekarang ini memasuki usia kandungan 26 minggu.

Minggu ini menandakan akhir trimester kedua, di mana perkembangan penting janin berlaku bersama perubahan yang mungkin tidak disedari oleh Mommy sendiri.

Ini adalah tempoh yang penuh dengan kejutan dan persediaan untuk Mommy menyambut kehadiran cahaya mata.

Perkembangan Janin Ketika Usia Kandungan 26 Minggu

Highlighted


Warna Mata Janin Ketika Usia Kandungan 26 Minggu

Antara perkembangan janin yang berlaku pada minggu 26 kehamilan ini ialah warna mata janin Mommy sudah mula kelihatan.

Namun, Mommy masih belum boleh melihat warna sebenar bayi Mommy selepas lahir kerana warna mata bayi yang baru lahir hanya dapat dilihat dengan lebih jelas selepas 6 bulan kelahiran mereka.

Sistem Pendengaran Semakin Sempurna

Selain itu, janin Mommy sudah mula menunjukkan perkembangan dari segi sistem pendengaran mereka iaitu organ cochlea dan peripheral sensory.

Organ-organ ini hampir berkembang dengan sempurna. Pastinya bayi Mommy sudah mula untuk mendengar suara Mommy dan Daddy.

Karung Udara atau Alveoli di Paru-Paru Mula Terbentuk

Bukan itu sahaja, malah pada akhir minggu 26 kehamilan ini, organ penting janin juga semakin berkembang iaitu karung udara di bahagian paru-paru atau alveoli juga sudah mula untuk terbentuk dengan sempurna.

Perubahan Tubuh Mommy Ketika Usia Kandungan 26 Minggu

Pada minggu ke 26 hamil ini bukan sahaja bayi Mommy yang menunjukkan perkembangan, tetapi tubuh Mommy juga akan menunjukkan beberapa perubahan. Antara perubahan tersebut ialah:

#1. Perut yang Semakin Membesar

Perut Mommy akan semakin terlihat dengan ketara. Ukurannya boleh naik sehingga 6.35cm dari pusat. Jangan risau! Mommy masih comel dengan ‘baby bump’ Mommy.

Pastinya Mommy akan mendapat banyak keistimewaan jika berjalan-jalan atau makan angin.

Just enjoy the moment ya Mommy!

#2. Masalah Tidur

Tidur Mommy mungkin akan mula terganggu dengan rasa sakit-sakit badan yang mula menghantui Mommy.

Jangan lupa untuk meminta bantuan Daddy untuk bantu mengurut dan memicit bahagian yang Mommy rasa sakit.

Namun, awas! Jangan picit atau urut bahagian yang tidak boleh dipicit dan diurut terutamanya di bahagian perut.

#3. Tekanan Darah Tinggi Semasa Usia Kandungan 26 Minggu

Pada minggu 26 kehamilan ini juga, sesetengah Mommy akan mula mengalami tekanan darah tinggi.

Oleh itu, jangan lupa untuk sentiasa mendapatkan rawatan jika terdapat simptom atau tanda yang berkaitan dengan tekanan darah tinggi dan praeklampsia.

Tips untuk Menyokong Kandungan Pada Minggu 26 Kehamilan

Antara beberapa tips yang boleh Mommy lakukan untuk menyokong kandungan Mommy pada minggu 26 kehamilan ini ialah:

#1. Jaga Pemakanan Ketika Usia Kandungan 26 Minggu

Beri perhatian pada pemakanan Mommy. Jangan lupa untuk makanan yang berkhasiat dan jangan lupa untuk makan ubat atau vitamin yang telah dibekalkan oleh doktor Mommy.

#2. Senaman Ringan

Mommy boleh lakukan senaman ringan yang bukan sahaja baik untuk menghilangkan sakit-sakit badan tetapi juga baik untuk persediaan bersalin kelak.

#3. Sokongan Emosi dari Daddy

Pada minggu terakhir trimester kedua ini, sokongan dari pasangan sangat penting. Daddy perlu memainkan peranan dengan lebih aktif, seperti membantu Mommy dalam tugasan rumah dan memberikan sokongan emosi.

Ini adalah masa yang baik untuk Mommy bermanja dan menikmati saat-saat bersama pasangan sebelum kelahiran bayi.

Minggu ke-26 kehamilan adalah masa yang penuh dengan perkembangan untuk janin dan perubahan fizikal buat Mommy.

Perubahan pada tubuh dan janin mungkin membuatkan Mommy sedikit tidak selesa, tetapi ini adalah petanda bahawa bayi sedang berkembang dengan baik.

Oleh itu, Mommy disarankan untuk mengikuti semua tips dan panduan yang dikongsikan di atas.

Ingatlah, setiap minggu yang berlalu membawa Mommy semakin hampir dengan detik yang dinantikan – kelahiran bayi yang comel dan sihat!

Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Jom Mommy! Tambah ilmu dan terokai pelbagai lagi info dan perkongsian menarik yang lain di SINI!