Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kandungan 27 Minggu: Perkembangan Janin dan Risiko Kelahiran Pramatang

kandungan 27 minggu

Kehamilan adalah perjalanan penuh cabaran, terutamanya apabila Mommy sudah memasuki usia kandungan 27 minggu. Mommy mungkin mula merasakan perubahan fizikal dan hormon yang ketara, yang boleh mempengaruhi kesihatan dan keselesaan Mommy. 

Bukan sahaja Mommy, ketika usia kandungan 27 minggu, bayi Mommy juga sedang berkembang dengan pesat.

Berikut adalah beberapa perkembangan bayi dan gejala yang sering dialami dan cara untuk Mommy menguruskannya!

Perkembangan Janin Ketika Usia Kandungan 27 Minggu

Highlighted


Pada fasa kehamilan ini, pertumbuhan bayi Mommy sangat pesat, dan terdapat banyak perkembangan penting yang berlaku. Antaranya:

Saiz dan Berat Bayi pada Usia Kandungan 27 Minggu

Pada usia kandungan 27 minggu, bayi Mommy mungkin seberat 900 gram dengan panjang sekitar 36.8 cm. 

Bayi Mommy semakin montel, kulitnya semakin licin, dan mereka sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dalam keadaan yang lebih sihat. 

Dalam beberapa bulan lagi, bayi Mommy akan membentuk pipi yang comel!

Bayi Mula Mengenali Suara Mommy Memasuki Usia Kandungan 27 Minggu

Pada usia 27 minggu kandungan, bayi Mommy mungkin sudah mengenali suara Mommy dan Daddy. 

Pendengaran mereka semakin matang, jadi inilah masa yang sesuai untuk Mommy bercakap, menyanyi, atau membaca kepada bayi.

Mommy juga boleh perkenalkan lagu tidur yang Mommy mungkin akan gunakan selepas si comel lahir nanti.

Perkembangan Sensori dan Bayi Tersedu

Selain itu, bayi Mommy juga sudah mula merasai rasa makanan yang Mommy makan melalui cairan amniotik. 

Ini juga menyebabkan sesetengah bayi mengalami sedu. 

Sedu ini adalah tanda normal perkembangan bayi dan biasanya terasa seperti kekejangan kecil di dalam perut Mommy.

Bayi Mula Membuka Mata

Pada minggu hamil 27 minggu ini, bayi Mommy mula membuka dan menutup mata mereka. 

Jika Mommy menyuluh lampu ke perut, si manja Mommy mungkin bertindak balas dengan menendang. 

Walaupun penglihatan mereka belum sempurna, bayi sudah mula peka terhadap cahaya.

Risiko Kelahiran Pramatang pada Kehamilan Anak Kembar

Jika Mommy mengandung anak kembar, risiko kelahiran pramatang lebih tinggi. 

Waspada, jika Mommy mengalami gejala seperti pendarahan, sakit perut, atau kontraksi yang kerap, Mommy perlu segera berjumpa dengan doktor. 

Bayi kembar biasanya dilahirkan sekitar minggu ke-37, tetapi lebih lama mereka kekal dalam rahim, lebih baik untuk perkembangan mereka.

Pertambahan Berat Badan pada Usia Kandungan 27 Minggu

Memasuki usia kehamilan 27 minggu ini, Mommy mungkin mengalami pertambahan berat antara 15 hingga 30 paun. 

Jika Mommy mengandung anak kembar, berat badan Mommy disarankan antara 29 hingga 44 paun. 

Akan tetapi, pertambahan berat yang berlebihan atau terlalu sedikit boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan Mommy dan bayi.

Mommy mungkin perasan kaki dan tangan Mommy kelihatan seperti bengkak. 

Jangan risau! Bengkak atau edema adalah perkara biasa pada minggu ke-27, terutamanya pada kaki dan tangan Mommy. 

Ini berlaku kerana peningkatan aliran darah dan tekanan pada vena kava inferior. 

Untuk mengurangkan bengkak, Mommy disarankan untuk tidak duduk atau berdiri terlalu lama, dan berehat dengan kaki diangkat.

Gejala Kehamilan Ketika Usia Kandungan 27 Minggu yang Mommy Perlu Tahu

Pengsan atau Pening Katika Usia Kandungan 27 Minggu

Mommy mungkin mengalami rasa pening atau pengsan disebabkan penurunan tekanan darah. 

Jika Mommy pening, duduklah dan angkat kaki untuk meningkatkan aliran darah.

Kontraksi Braxton Hicks

Ketika ini juga, Mommy mungkin mula merasai kontraksi Braxton Hicks, yang terasa seperti ketegangan di perut. 

Kontraksi ini tidak menyakitkan dan bersifat sementara, jadi Mommy tidak perlu risau melainkan ia berlaku secara kerap dan semakin kuat.

Gusi Berdarah

Perubahan hormon boleh menyebabkan gusi Mommy bengkak dan berdarah. 

Pastikan Mommy menjaga kebersihan mulut dengan memberus gigi dua kali sehari dan menggunakan benang gigi.

Gatal Perut

Bukan itu sahaja, memasuki usia kandungan 27 minggu ini, kulit perut Mommy mungkin kering dan gatal disebabkan pembesaran. 

Pelembap dan mandian oat boleh membantu melegakan kegatalan ini.

Sindrom Kaki Resah (RLS)

Selain itu, Mommy mungkin merasa kegelisahan atau kesemutan di kaki, terutama pada waktu malam. 

Sindrom kaki resah ini mungkin disebabkan kekurangan zat besi. 

Yoga dan teknik relaksasi boleh membantu Mommy untuk mengurangkan simptom RLS ini.

Sakit Ligamen Bulat

Mommy mungkin merasakan kesakitan yang tajam di perut atau pinggul. 

Rehat dan elakkan pergerakan mendadak boleh membantu mengurangkan rasa sakit ini.

Hidung Tersumbat

Hormon kehamilan boleh menyebabkan saluran hidung Mommy bengkak, yang mengakibatkan hidung tersumbat. 

Mommy boleh cuba ubat titisan atau semburan hidung (nebuliser) yang mengandungi garam laut untuk dapatkan kelegaan.

Rambut dan Bulu Badan Tambahan

Mommy mungkin perasan pertumbuhan rambut yang lebih lebat pada wajah dan badan disebabkan oleh perubahan hormon. 

Cuba kaedah seperti mencukur atau waxing untuk menguruskannya.

Bengkak pada Kaki dan Buku Lali

Pengumpulan cecair dalam badan menyebabkan bengkak pada kaki. 

Oleh itu, Mommy sangat digalakkan minum air yang mencukupi dan mengangkat kaki ketika duduk. 

Jika bengkak berlebihan, segera berjumpa doktor.

Inkontinens Kencing

Masalah inkontinens kencing mungkin berlaku semasa Mommy ketawa atau bersin. 

Namun jangan risau! Senaman lantai pelvis seperti Kegel boleh membantu Mommy mengatasi masalah ini.

Sakit Pelvis dan Kejang Kaki

Kejang kaki dan sakit pelvis juga biasa berlaku pada minggu ke-27 dan senaman ringan boleh membantu Mommy mengurangkan ketidakselesaan ini.

Pada minggu ke-27 kehamilan, Mommy sedang melalui fasa perkembangan penting bagi bayi. 

Walaupun ada pelbagai gejala dan cabaran yang perlu Mommy hadapi sepanjang kehamilan ini, Mommy perlu sentiasa ingat bahawa setiap hari adalah satu langkah lebih dekat untuk bertemu dengan bayi Mommy yang dinantikan selama ini. 

Jadi, teruskan kuat dan penuh semangat untuk menjaga kesihatan Mommy dan bayi dengan baik!

Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Jom Mommy! Tambah ilmu dan terokai pelbagai lagi info dan perkongsian menarik yang lain di SINI!