Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Fasa Perkembangan Janin Pada Usia Kandungan 3 Minggu

kandungan 3 minggu

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Pada usia kandungan 3 minggu ini, mungkin ramai ibu sudah mendapat tahu mengenai kehamilan mereka, tetapi masih ada yang belum menyedari keadaan ini.

Bagi mereka yang pertama kali akan menjadi ibu dan bapa, tentulah ada banyak pertanyaan tentang perubahan yang akan berlaku dalam tempoh 3 minggu awal kehamilan ini.

Apakah yang akan berubah pada ibu pada ketika ini, dan apa petua yang boleh membantu menjaga dan menyokong perkembangan kandungan sehingga waktu bersalin?

Jom jelajahi perkongsian ini bersama-sama untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan ini.

Perkembangan Janin pada Usia Kandungan 3 Minggu

Highlighted

Kredit gambar: www.hellomotherhood.com

Pada minggu ke 3 kehamilan, proses persenyawaan telah berlaku. Telur dan sperma yang telah menjalani proses persenyawaan kini telah menjadi zigot yang mana saiznya lebih kecil dari ketulan garam.

Kemudian, zigot ini akan melalui tiub fallopio untuk memasuki ruang rahim Mommy. Di sini akan berlakunya proses penempelan zigot pada dinding rahim.

Masa yang diambil zigot untuk sampai ke rahim Mommy adalah 4 hari dan akan mengambil masa 2 hingga 3 hari untuk proses penempelan sepenuhnya pada rahim Mommy.

Yang menariknya, jantina dan ciri-ciri genetik si comel telah pun ditentukan semasa proses persenyawaan berlaku. Hebatkan kuasa Allah!

Bayi Mommy sekarang sudah mula berkembang. Si comel Mommy sudah mempunyai 46 kromosom iaitu 23 dari Mommy manakala 23 lagi dari Daddy.

Melalui kromosom inilah jantina dan sifat bayi Mommy ditentukan.

Perubahan Tubuh Mommy pada Usia Kandungan 3 Minggu

Kredit gambar: flo.health

Pada usia kandungan yang memasuki minggu ke 3 kehamilan ini, sesetengah Mommy akan mula merasai kelainan atau perubahan yang berlaku kepada tubuh mereka.

Tetapi, ada juga yang masih belum menunjukkan sebarang perubahan. Antara perubahan yang mungkin berlaku ialah:

#1. Pendarahan

Pendarahan mungkin berlaku disebabkan oleh penempelan zigot pada dinding rahim. Biasanya, pendarahan yang berlaku tidak banyak.

#2. Loya

Selain itu, Mommy juga mungkin akan mula merasa loya. Hal ini kerana hormon kehamilan sedang meningkat dalam tubuh Mommy.

#3. Sakit pada Payudara

Di samping itu, ibu hamil juga akan mula merasa tidak selesa atau sakit di bahagian payudara. Payudara Mommy juga mungkin akan bengkak dan lembut.

#4. Tidak Datang Haid

Mommy juga mungkin akan sedar bahawa haid Mommy tidak datang dan telah melewati tarikh haid Mommy.

#5. Ujian Kehamilan Menunjukkan Tanda Positif

Pada usia kandungan yang memasuki minggu ke kehamilan ini, sekiranya Mommy melakukan ujian kehamilan, besar kemungkinan keputusan yang ditunjukkan adalah positif. Ini bermakna Mommy sedang hamil. Namun, jika tidak Mommy masih boleh ulang semula ujian kehamilan tersebut pada minggu ke 4. Ini kerana, hormon hCG meningkat 2 kali ganda setiap hari.

#6. Mula Berasa Cepat Letih apabila Memasuki Usia Kandungan 3 Minggu

Bukan itu sahaja, malahan Mommy juga mungkin akan merasa letih lebih dari biasa. Ini kerana, badan Mommy sedang bekerja keras dalam persediaan untuk menerima kedatangan bayi dalam rahim Mommy.

Tips Menyokong Kehamilan pada Minggu 3

Kredit gambar: americanpregnancy.org

Walaupun masih berada pada peringkat awal, penting untuk Mommy menjaga kandungan ini kerana di peringkat awal ini la risiko keguguran itu tinggi.

Oleh itu, berikut adalah tips untuk menjaga atau menyokong kehamilan pada minggu 3.

#1. Ambil Makanan Tambahan apabila Memasuki Usia Kandungan 3 Minggu

Tips yang pertama adalah makan makanan tambahan seperti zat besi dan asid folik. Zat besi penting untuk mengelakkan ibu hamil mendapat anemia iaitu sakit yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dalam badan.

Kekurangan zat besi dalam badan ini akan membuatkan Mommy sentiasa lemah dan keletihan.

Asid folik pula penting untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

Contohnya, mengelakkan bayi yang baru dilahirkan mengalami kecacatan dan membantu pertumbuhan saraf tunjang dan otak si manja.

Bukan itu sahaja, malah Mommy juga disarankan untuk minum susu untuk membantu menguatkan tulang dan gigi.

#2. Amalkan Pemakanan yang Sihat

Penting untuk ibu hamil untuk mengamalkan dan mengekalkan amalan pemakanan yang seimbang. Hal ini kerana, pemakanan yang sihat dan seimbang membantu untuk membekalkan tenaga sepanjang hari kepada Mommy.

#3. Elakkan Merokok, Alkohol, Kafein dan Aktiviti yang Berat

Selain itu, sekarang adalah waktu yang tepat untuk Mommy meninggalkan rokok, alkohol dan kafein. Ini kerana, perkara-perkara ini tidak baik untuk kandungan dan kesihatan Mommy. Ianya boleh mengakibatkan keguguran.

#4. Kawal Emosi

Ibu hamil juga sering berhadapan dengan mood swing atau ketidakstabilan emosi. Mommy harus tahu bagamana untuk menguruskan emosi yang turun naik tersebut.

Emosi yang tidak stabil juga boleh memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan.

Secara keseluruhan, kandungan berusia 3 minggu merupakan masa yang penting untuk permulaan perkembangan bayi dalam rahim.

Oleh itu, Mommy perlu memberi perhatian yang lebih kepada pemakanan dan gaya hidup untuk memastikan bayi dalm kandungan mendapat nutrien yang mencukupi bagi pertumbuhan dan perkembangan yang baik.

Seronok nak jadi Mommy dan Daddy? Ilmu berkaitan si manja dah cukup? Belum?

Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!


Jangan lupa untuk ikuti perkembangan janin yang seterusnya di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.