Tahniah, Mommy telah mencapai minggu ke-39 kehamilan! Pada tahap ini, Mommy semakin hampir untuk bertemu dengan si kecil. Kandungan 39 minggu adalah satu fasa di mana bayi Mommy hampir matang sepenuhnya dan bersedia untuk keluar melihat dunia.
Jom kita lihat perkembangan bayi serta perubahan yang Mommy akan alami dalam minggu ini.
Perkembangan Bayi Ketika Usia Kandungan 39 Minggu
Highlighted
1. Masih Membina Lapisan Lemak Semasa Kandungan 39 Minggu
Pada usia kandungan 39 minggu, bayi Mommy terus membina lapisan lemak yang penting untuk membantu mengawal suhu badannya selepas dilahirkan.
Bayi Mommy kini berukuran kira-kira 50.7 cm panjang dengan berat lebih 3.3 kg, walaupun berat bayi lelaki biasanya sedikit lebih daripada bayi perempuan.
2. Sedia untuk Berinteraksi
Bayi Mommy kini sudah mempunyai genggaman yang kuat, yang Mommy akan rasai sendiri apabila memegang tangannya buat kali pertama!
Bayi juga sudah bersedia untuk berinteraksi sebaik sahaja mereka dilahirkan.
Dengan refleks yang telah selaras, bayi boleh memusingkan kepala dan dapat melihat wajah Mommy pada jarak 6 hingga 10 inci.
3. Organ Bayi Sudah Matang Kandungan 39 Minggu
Pada minggu ini, semua organ penting bayi Mommy sudah bersedia untuk hidup di dunia luar.
Bayi Mommy juga mungkin sudah mempunyai kuku jari yang panjang dan mungkin memerlukan potongan selepas lahir.
Gejala Kehamilan Semasa Kandungan 39 Minggu
1. Tendangan Bayi
Walaupun Mommy semakin hampir dengan kelahiran, bayi Mommy masih aktif bergerak.
Pastikan Mommy terus memantau pergerakan bayi, dan segera hubungi doktor atau bidan jika pergerakannya kelihatan berkurangan.
Bayi Mommy sepatutnya kekal aktif sehingga masa kelahiran tiba.
2. Perubahan pada Serviks
Semasa pemeriksaan pranatal, doktor akan memeriksa serviks Mommy untuk melihat jika ia telah mula melembut, menipis, atau mengembang untuk kelahiran bayi.
Walaupun cara ini dilakukan, doktor masih belum pasti bilakah waktu kelahiran yang tepat.
Proses ini berlaku dengan cepat bagi sesetengah ibu hamil, manakala yang lain perlu menunggu beberapa hari atau minggu untuk kelahiran walaupun serviks mereka sudah mula terbuka.
3. Cecair Bocor
Jika Mommy merasa air ketuban bocor, segera hubungi doktor.
Air ketuban yang pecah boleh berlaku sama ada dalam bentuk semburan besar atau kebocoran perlahan.
Jika kontraksi tidak bermula selepas air ketuban pecah, doktor mungkin mencadangkan induksi untuk mengelakkan risiko jangkitan.
4. Cirit-birit
Ada Mommy yang mengalami cirit-birit sebagai tanda awal kelahiran.
Ini mungkin disebabkan oleh hormon prostaglandin yang dilepaskan oleh badan Mommy, yang menyebabkan pengecutan rahim dan pergerakan najis lebih cepat.
Pastikan Mommy kekal terhidrat dan berbincang dengan doktor sebelum mengambil ubat antidiarrheal.
5. Sakit Pelvis
Sakit pelvis adalah satu gejala biasa pada minggu ke-39.
Membawa bayi sebesar tembikai boleh menambah tekanan pada pelvis Mommy.
Cuba elakkan aktiviti yang menyebabkan kesakitan, seperti mengangkat barang berat atau berdiri terlalu lama.
6. Perubahan Emosi dan Persediaan Mental Ketika Usia Kandungan 39 Minggu
Pada tahap akhir kehamilan, perubahan mood adalah perkara biasa disebabkan oleh perubahan hormon yang besar.
Mommy mungkin merasa teruja tetapi pada masa yang sama, berasa takut dan letih menunggu saat kelahiran.
Jangan lupa untuk mengambil masa bagi menjaga diri, berehat secukupnya, dan lakukan aktiviti yang membuatkan Mommy berasa tenang.
Jika Mommy merasakan mood berubah secara drastik atau merasa sangat tertekan, segera berhubung dengan doktor atau pakar kesihatan mental.
Perasaan sedih berpanjangan atau rasa tidak mampu menguruskan tanggungjawab harian mungkin tanda kemurungan kehamilan, dan Mommy perlu mendapatkan bantuan.
7. Jumlah Keputihan yang Berbeza Kandungan 39 Minggu
Semasa menghampiri tarikh kelahiran, Mommy mungkin melihat keputihan yang lebih banyak atau berlendir.
Jika terdapat keputian berwarna perang atau kemerahan, ini mungkin tanda bahawa proses kelahiran semakin hampir.
Persediaan untuk Bersalin
Walaupun Mommy mungkin berasa tidak sabar untuk menggendong si kecil, ingatlah bahawa sebahagian daripada ibu hamil mungkin melepasi tarikh jangkaan kelahiran.
Sesetengah kehamilan boleh berlangsung sehingga 42 minggu.
Jangan risau jika doktor mengesyorkan induksi pada minggu ke-39 kerana ia dilakukan dengan selamat untuk memastikan Mommy dan bayi dalam keadaan terbaik.
Senarai Semak untuk Mommy Semasa Kandungan 39 Minggu
- Beli keperluan selepas bersalin: Mommy akan memerlukan beberapa barangan penting seperti pad maxi, seluar dalam selepas bersalin, dan bra menyusu.
- Simpan hiburan: Sediakan rancangan TV, buku, atau podcast untuk kurangkan kesakitan semasa kontraksi bersalin.
- Tulis kenangan: Akhir kehamilan adalah masa yang penuh emosi. Mommy mungkin ingin menulis jurnal untuk merakam pengalaman ini.
Memasuki usia kandungan 39 minggu, Mommy semakin hampir untuk bertemu dengan bayi kesayangan.
Bayi Mommy sudah bersedia, dan Mommy juga seharusnya terus menjaga kesihatan serta melakukan persiapan fizikal dan mental bagi menghadapi saat-saat indah ini.
Pastikan Mommy sentiasa berkomunikasi dengan doktor sekiranya terdapat sebarang perubahan yang mencurigakan.
Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Jom Mommy! Tambah ilmu dan terokai banyak lagi info dan perkongsian menarik yang lain di SINI!