Mommy mungkin tertanya-tanya mengapa bayi mengambil masa yang lama untuk lahir walaupun kini anda sudah memasuki usia kandungan 41 minggu. Jika Mommy telah melepasi tarikh jangkaan kelahiran, ini bermaksud Mommy sedang melalui kehamilan lewat.
Menurut Dr. Joep Kortekaas, pakar sakit puan dan obstetrik di Hospital Elkerliek, Belanda, kehamilan lewat merujuk kepada kehamilan yang tertunggak antara 7 hingga 14 hari selepas tarikh jangkaan kelahiran.
Ini adalah tempoh penting dalam trimester akhir, dan ada beberapa perkara yang perlu Mommy lakukan untuk bersedia.
Bagaimana Keadaan Bayi Semasa Kandungan 41 Minggu?
Highlighted
Pada usia kandungan 41 minggu, bayi Mommy sudah mencapai 51.2-51.7 cm dengan berat 3.5-3.67 kg iaitu sebesar buah nangka.
Pada tahap ini, mereka mungkin sudah mula menumbuhkan rambut dan kuku.
Walaupun bayi Mommy sihat, ada kemungkinan mereka mungkin mengeluarkan mekonium dalam cecair amniotik (pergerakan usus pertama).
Bayi yang semakin besar mungkin juga menyebabkan Mommy berasa lebih tidak selesa kerana ruang yang semakin sempit di dalam rahim.
Apa Yang Mommy Alami Semasa Kandungan 41 Minggu?
Pada 41 minggu, ramai ibu hamil mungkin berasa kecewa dan letih kerana kesakitan membawa bayi yang sudah matang.
Beberapa ketidakselesaan yang sering dialami pada waktu ini termasuk:
- Ketidakselesaan di bahagian pelvis.
- Buasir.
- Kesukaran untuk tidur.
- Kerap membuang air kecil.
- Kontraksi yang tidak tetap.
Apa Yang Menyebabkan Kehamilan Jangka Lewat?
Kehamilan jangka lewat adalah biasa, terutamanya jika ia melibatkan faktor genetik.
Namun, terdapat beberapa sebab lain yang mungkin menyebabkan Mommy mencapai kandungan 41 minggu tanpa melahirkan bayi, seperti:
- Mommy adalah ibu pertama kali.
- Terdapat sejarah keluarga kehamilan lewat.
- Mommy pernah mengalami kehamilan lewat sebelum ini.
- Tarikh jangkaan kelahiran mungkin salah dikira oleh doktor.
- Mommy mempunyai berat badan berlebihan.
- Mommy sedang mengandung bayi lelaki.
Risiko Kehamilan Jangka Lewat
Walaupun kehamilan lewat adalah normal, doktor akan tetap memantau Mommy dan bayi dengan teliti untuk mengelakkan sebarang risiko.
Kajian 2012 mendapati terdapat beberapa komplikasi yang mungkin berlaku pada kandungan 41 minggu, termasuk:
- Makrosomi janin: Bayi menjadi lebih besar daripada purata, yang mungkin memerlukan kelahiran dibantu seperti menggunakan forceps, vakum, atau melalui pembedahan caesarean.
- Sindrom selepas matang: Kehadiran mekonium dalam cecair amniotik semasa bersalin.
- Air ketuban rendah: Ini boleh menjejaskan kadar denyutan jantung bayi, menyebabkan tali pusat termampat semasa kontraksi.
Apa Yang Mommy Boleh Lakukan Semasa Kehamilan Lewat?
Pada kandungan 41 minggu, adalah penting untuk Mommy menjaga kesihatan diri dengan lebih teliti. Mommy perlu:
- Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Elakkan tekanan yang tidak perlu.
- Dapatkan tidur yang cukup (walaupun ia mungkin sukar).
Hormon dalam tubuh Mommy mungkin menyukarkan untuk tidur, tetapi penting bagi Mommy mendapatkan sekurang-kurangnya 7 jam rehat kerana tenaga yang banyak diperlukan semasa proses melahirkan.
Jika Mommy mengalami buasir, elakkan duduk terlalu lama di tandas, dan mungkin doktor akan memberi krim untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan tersebut.
Cara-Cara Untuk Mommy Mendorong Kelahiran Secara Semulajadi Semasa Kandungan 41 Minggu
Pada ketika ini, doktor mungkin sudah membincangkan tentang kemungkinan induksi kelahiran.
Namun, jika keadaan masih terkawal, Mommy mungkin ingin mencuba kaedah semulajadi untuk mendorong kelahiran.
Beberapa cara yang disokong sains termasuk:
- Rangsangan payudara: Menurut kajian 2015, rangsangan puting dan payudara boleh membantu mendorong kelahiran. Penggunaan pam susu adalah cara yang baik untuk melakukannya. Ini juga akan merangsang pengeluaran susu ibu.
- Hubungan intim: Jika Mommy masih belum masuk ke wad bersalin, hubungan intim mungkin membantu. Orgasme boleh mencetuskan pengeluaran oksitosin yang merangsang kontraksi rahim, manakala prostaglandin dalam air mani boleh membantu mematangkan serviks.
- Minyak kastor: Kajian 2022 mendapati minyak kastor boleh menjadi bahan semulajadi yang membantu melancarkan kontraksi. Akan tetapi, ia harus dilakukan di bawah pengawasan doktor bertauliah.
Jangan terlalu risau, Mommy!
Bayi kesayangan anda akan lahir pada bila-bila masa, dan bakal membawa kebahagiaan sertai mewarnai hidup Mommy nanti!
Rujukan:
- dr. J.C. Kortekaas. Dhr. dr. J.C. Kortekaas – MSB Peelland. (n.d.). Retrieved January 27, 2023, from https://www.msbpeelland.nl/specialisten/5628/
- Galal, M., Symonds, I., Murray, H., Petraglia, F., & Smith, R. (2012). Postterm pregnancy. Facts, views & vision in ObGyn. Retrieved January 27, 2023, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3991404/
- H;, D. G. G. (n.d.). The effect of uterine and nipple stimulation on induction with oxytocin and the labor process. Worldviews on evidence-based nursing. Retrieved January 27, 2023, from https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26444882/
- Kortekaas, J. C., Bruinsma, A., Keulen, J. K. J., Vandenbussche, F. P. H. A., van Dillen, J., & de Miranda, E. (2019, May 22). Management of late-term pregnancy in midwifery- and obstetrician-led care. BMC pregnancy and childbirth. Retrieved January 27, 2023, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6532173/
- Marcin, A. (2020, January 29). Can having sex induce labor? Retrieved January 27, 2023, from https://www.healthline.com/health/pregnancy/sex-to-induce-labor#what-the-research-says
- Moradi, M., Niazi, A., Mazloumi, E., & Lopez, V. (2022, June 30). Effect of castor oil on cervical ripening and labor induction: A systematic review and meta-analysis. Journal of pharmacopuncture. Retrieved January 27, 2023, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC9240406/
- Prolonged pregnancy. Prolonged Pregnancy – an overview | ScienceDirect Topics. (n.d.). Retrieved January 27, 2023, from https://www.sciencedirect.com/topics/medicine-and-dentistry/prolonged-pregnancy
Jika Mommy dan Daddy inginkan lebih maklumat berkenaan dengan parenting atau penjagaan bayi, jangan risau.
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood atau download aplikasi Motherhood sekarang!
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Jom Mommy! Tambah ilmu dan terokai banyak lagi info dan perkongsian menarik yang lain di SINI!